Adik Beradik Bila Ditolong Berterima Kasihlah, Jangan Ambil Kesempatan Pulak!

Sengketa di antara adik beradik sering kali terjadi. Rasanya jarang ada adik beradik yang tak pernah bermasam muka atau bergaduh sepanjang hayat mereka? Bahkan MUSTAHIL Tak PERNAH kot!

Tapi, terpulang pada cara masing-masing menangani hal itu yang membuatkan persengketaan itu berkekalan untuk tempoh yang lama atau sekejap je. Ada yang memang kuat gaduh tapi lepas tu elok je macam tak ada apa-apa.

Itulah agaknya ‘aura’ di antara adik beradik. Nak marah macam mana pun, rasa bengang teramat pun, tak boleh nak lama-lama. Tak sampai hati rasanya. Kata orang, ‘busuk-busuk’ pun adik beradik, darah daging sendiri. Hati kertas bila dengan saudara kandung ni…

Adik Beradik Bila Ditolong Berterima Kasihlah, Jangan Ambil Kesempatan Pulak!

Jangan Sampai Bermusuh Adik Beradik

Kadangkala dengan adik beradik kita lagi cepat terasa. Bila kita minta tolong dan mungkin mereka lambat nak tolong, mulalah macam-macam perasaan datang; rasa diri dipinggirkan, rasa diri tak disukai dan macam-macam lagi.

Tak elok tu. Kadangkala bukan orang tak nak tolong tapi ambil masa juga. Takkan on the spot atau ‘dan dan tu’ jugak nak orang tolong. Alasan sebab adik beradik. Eh, adik beradik pun ada masalah masing-masing.

Bila Ditolong, Berterima Kasihlah!

Semua orang sayang adik beradik mereka. Mana taknya, sedarah sedaging. Marah macam mana pun, darah yang sama juga mengalir dalam tubuh. Kena terima hakikat itu.

Kalau susah, kalau pun tak semua bantu, mesti ada di antara adik beradik yang akan tolong. Cuma nak pesan, yang ditolong tu kena sedar diri. Berterima kasihlah. Bukan sekadar ucapan TERIMA KASIH tapi tolong INGAT BUDI dan kebaikan saudara kandung yang menolong tu.

IKLAN

Baca lagi artikel tentang adik beradik di sini  Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka!

Harta Pusaka Adik Beradik, Rezeki Terpijak Atau Tanggungjawab?

Boleh ke sini juga https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Kena Perbaiki Diri Sendiri

Ada juga yang sentiasa mengharapkan pertolongan adik beradik. Dia berasakan dia yang paling susah di kalangan adik beradiknya dan dirinya MESTI dibantu oleh yang lain. Ya, mungkin mereka tak kisah nak tolong tapi kalau asyik harapkan pertolongan mereka je, payahlah!

Tak ikhlas tolong ke? Bukan tak ikhlas, tapi sesiapa pun akan rasa bengang juga sebab yang ditolong itu umpama tak nak keluar dari masalah. Kalau tahu tak cukup duit, kenalah usaha lebih. Sampai bila nak harapkan bantuan orang lain walau ahli keluarga sendiri. Kena ingat, masing-masing dah ada kehidupan dan masalah sendiri yang nak dihadap.

Ini, kalau susu anak pun asyik minta ‘sponsor’ tiap bulan, memang tak patut sungguh. Tak nak ditolong tak sampai hati fikirkan anak buah yang masih bayi. Tapi sampai bila nak harapkan orang?

Canang Keburukan Adik Beradik Pada Orang

Yang lebih tak eloknya, bila saudara kandung dah tak nak tolong, reti pula bercerita sana sini kononnya dirinya dipinggirkan saudara sendiri. Susah tak ada yang tolong. Tak pula diceritakan banyak mana kebaikan dan bantuan yang dah dihulurkan selama ini. Buruk pula nama adik beradik yang tak bersalah tu.

Saudara kandung umpama air yang dicencang takkan putus. Namun pertalian itu boleh musnah dalam sekelip mata jika tak dipelihara keharmoniannya. Dalam hubungan sedarah, kena sentiasa bertolak ansur, saling bermaafan dan memahami. Kadangkala kita rasa diri kita susah tapi kita tak tahu adik beradik yang lain lagi susah tapi mereka pandai ‘cover’ susah mereka sebab tak nak susahkan saudara yang lain. Kita pula bila susah je, sibuk canang pada semua orang.

Taulan Untuk Anak Di Masa Depan

Normal lah kalau ada rasa tak puas hati sesama sendiri. Tapi jangan diperbesarkan itu. Seeloknya bersemuka dan luahkan secara berdepan. Banyak perkara boleh selesai bila berbincang daripada dipendam atau bercakap belakang-belakang. Itu yang boleh buat masalah besar walau pun mungkin puncanya hanya daripada salah faham.

Yang paling penting, INGAT! Bila kita hidup harmoni dan sentiasa menjaga silaturahim dengan saudara kandung yang lain, tentu mak ayah orang paling gembira. Siapa tak seronok anak-anak mampu hidup aman damai? Ia juga secara tak langsung contoh teladan baik untuk anak-anak untuk melakukan hal yang sama di masa depan.

Renungkanlah.