Ads

Fashionably Modest Asia 2026 Bakal Berlangsung 13-15 November, Himpunkan Pereka Fesyen Asia Tenggara

Fashionably Modest Asia 2026

Fashionably Modest Asia 2026 bakal berlangsung pada 13 hingga 15 November ini di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur dengan menghimpunkan barisan pereka fesyen terkenal dan bakat kreatif dari seluruh Asia Tenggara.

Memasuki edisi kedua penganjurannya, acara tiga hari ini bukan sekadar menjanjikan pertunjukan busana yang memukau malah menjadi pentas meraikan perubahan dunia fesyen sopan yang kini semakin berani, moden dan tidak lagi terikat dengan satu gaya. FMA 2026 menjadi pentas untuk membuktikan perubahan itu.

Fesyen sopan tidak lagi terhad kepada satu bentuk pemakaian. Ia kini menjadi bahasa ekspresi wanita moden yang mahu tampil beridentiti, elegan dan yakin tanpa mengorbankan prinsip berpakaian.

Fashionably Modest Asia 2026
Barisan penggiat industri fesyen dan model sempena pelancaran Fashionably Modest Asia 2026.
Pentas Kreativiti Pereka Fesyen Asia Tenggara

Antara nama yang bakal menyerikan pentas FMA 2026 ialah Radzuan Radziwill, Asyraf Arrif, Syomirizwa Gupta (SYOMSZ), Inna Ddin, Jeff Yeong, Enya Chok, Jeffery Goh, Shaznash, Zachrin Jaafars, Raja Irfan, Russell Chin, Bumi Arman, Sara J, Nanalyana, Wan & Mary × Labreya, Atelier Prive Melson, Ashley@Kapas, Bidadara by DanielDolt, Thalia × Dayah dan Sharifah Kirana.

Kemeriahan turut diserikan dengan penyertaan jenama dari Singapura iaitu Monoloq, Ja.Socha, San & Sans dan Island Shops manakala Indonesia menampilkan Ayn Abaya, IKYK (I Know You Know) serta Nada Puspita.

Ads

Pertemuan pereka dari pelbagai latar belakang ini bukan hanya meraikan keindahan busana tetapi turut memperlihatkan bagaimana warisan budaya dan sentuhan moden mampu diterjemahkan menjadi karya fesyen yang mempunyai karakter tersendiri.

Menurut penasihat gaya hidup FMA 2026, Andrew Tan, dunia fesyen hari ini menuntut lebih daripada sekadar penghasilan koleksi yang cantik.

“Setiap pereka perlu mempunyai identiti tersendiri. Memahami siapa yang ingin mereka dekati serta membina jenama yang mampu dikenali dan dekat di hati khalayak. Justeru, FMA 2026 menjadi medan pertemuan pelbagai bakat, idea dan kreativiti dalam memperkukuh perkembangan industri fesyen sopan di rantau ini,”jelasnya.

Ads
Fashionably Modest Asia 2026
Potongan moden dan perincian dramatik menyerlahkan kreativiti serta keunikan fesyen sopan kontemporari.
Fesyen, Kecantikan & Gaya Hidup Dalam Satu Pentas

Menariknya, FMA 2026 turut bekerjasama dengan pempengaruh dan penggaya fesyen Khainina Khalil yang sebelum ini mempersembahkan pertunjukan khas sempena pelancaran media acara tersebut.

Fashionably Modest Asia 2026 Bakal Berlangsung 13-15 November, Himpunkan Pereka Fesyen Asia Tenggara
Pertunjukan fesyen yang dikurasi Khainina Khalil menampilkan kepelbagaian gaya dan identiti fesyen sopan.

Jenama Wardah kembali sebagai Rakan Rasmi Solekan dan Kecantikan manakala Eternity by ELFI menyertai penganjuran sebagai Rakan Rasmi Barang Kemas menerusi kolaborasi bersama pereka Wan & Mary.

Gabungan ini memperlihatkan bahawa dunia fesyen bukan hanya tentang apa yang disarungkan tetapi juga bagaimana seseorang wanita membina penampilan yang mencerminkan personaliti dan keyakinan dirinya.

Ads
Mingguan Wanita Tampil Bersama Inna Ddin & Jeff Yeong

Buat pembaca setia Mingguan Wanita, pentas FMA 2026 turut menjanjikan sesuatu yang istimewa! Empat jenama media iaitu Mingguan Wanita, Nona, Hijabista dan Majalah WM bakal memeriahkan acara ini menerusi segmen peragaan fesyen masing-masing.

Anda mungkin berminat dengan

Fashionably Modest Asia 2026
Runway Mingguan Wanita bersama Inna Ddin & Jeff Yeong di Fashionably Modest Asia 2026, 14 November ini! Tempat terhad, siapa cepat dia dapat!

Mingguan Wanita bakal mempersembahkan segmen runway khas bersama dua pereka fesyen, Inna Ddin dan Jeff Yeong pada Sabtu, 14 November 2026, jam 9.00 malam, bertempat di Pavilion Arena, Aras 5, Pavilion Damansara Heights.

Ingin menyaksikan sendiri kreativiti Inna Ddin dan Jeff Yeong di pentas peragaan? Tempat duduk adalah terhad!

Klik di sini untuk mengesahkan kehadiran anda dan menjadi sebahagian daripada kemeriahan Fashionably Modest Asia 2026.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Rutin Pagi Deepavali,

Rutin Pagi Deepavali, Lelaki Ini Kongsi Suasana Pesta Cahaya Penganut Hindu

Pernah tak anda tertanya-tanya bagaimana rutin pagi Deepavali dan sambutan bermula sebelum tetamu datang berkunjung?