Sumber/Sumber Foto: Instagram Emelda Rosemila

Selebriti Emelda Rosemila menerusi perkongsian di laman sosial berasa sangat bersyukur apabila makanan yang dijual Pulut Nenek Kebayan mendapat sambutan hangat.

Perniagaan makanan antara bisnes online terlaris musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Golongan selebriti turut mengambil kesempatan menunjukkan skil memasak mereka. Begitu juga dengan pelakon cantik ini yang juga isteri kepada pelakon, pengarah Adlin Aman Ramli.

Emelda Jual Pulut Nenek Kebayan “Bila Order Banyak, Puji Sedap, Penat Pun Hilang”

Jual Pulut Nenek Kebayan, Emelda Rosemila Isi Masa Luang PKP

Akui sudah lama berniat mahu menjalankan perniagaan masakan, Emelda memulakan langkah apabila mendapat sokongan dari ahli keluarga.

Emelda Jual Pulut Nenek Kebayan “Bila Order Banyak, Puji Sedap, Penat Pun Hilang”

“Chewaaah. Mel tak pernah bayangkan pun nak buat perniagaan makanan sebab mesti memenatkan. Tapi bila dah rehat dari penggambaran sejak dua bulan lalu dengan PKP lagi, badan rasa lemah bila lama-lama duduk rumah.

“Kawan-kawan suruh Mel buat sesuatu, masa orang duduk rumah ni, perniagaan makanan punya permintaan yang tinggi. Nak kena masak ke? lama fikir. Nak jual apa?

“Memandangkan Mel suka makan pulut dengan rendang Perak, kemudian pulut dan rendang Mel memang special sikit, buat pulut je lah. Jadi Mel masak dulu few times buat food testing, bagi Masterchef mama dengan family Mel rasa.

“Mereka komen sedap dan bagi green lite, memang pun niat dalam hati sambil masak bisnes, sambil sama-sama share rezeki dengan kawan-kawan lain, Why Not?

Nenek Kebayan Sosok Yang Penuh Dengan Petua Tradisional

Emelda Jual Pulut Nenek Kebayan “Bila Order Banyak, Puji Sedap, Penat Pun Hilang”

“Maka terhasil la PULUT NENEK KEBAYAN, jangan lihat Nenek Kebayan tu as benda yang negatif, pandang dan lihat nenek kebayan sebagai satu sosok yang penuh dengan petua-petua tradisi. Nama tu memang Mel dah park untuk food bisnes Mel dah lama, cuma belum start sebab bila shooting, dah busy semua on hold.

“Alhamdulillah, walaupun mmg sangat-sangat memenatkan, sebab tak pandai masak banyak, tapi bila orang order banyak, puji makanan sedap, penat pun hilang. Tak perfect, tapi dapatla rasa air tangan Mel yang tak seberapa ini.

Emelda Masak Dengan Penuh Kasih Sayang

“Masakan Mel nie dibuat dengan penuh kasih sayang, ramuan berqualiti dan bersih InshaaAllah. Mel pun dah upgrade peralatan hebat, semua dah besar-besar sebab order berterusan, kena cari formula memudahkan kerja.

“Thank you yang order & support. Penat lagi banyak dari untung tapi tak apalaah, sebab Mel buat atas niat-niat yang lain juga. So thank you. PULUT PANDAN WANGI & PULUT SERAI WANGI, RM15,” tulis Emelda.

Baca Disini Juga:

Pelakon Emelda Rosmila Kongsi 3 Resipi Smoothies Sedap, Pekat & Creamy, Tak Tinggi Kalori

‘Kalau Penat Dia Akan Senyap’ Luahan Hati Emelda Rosemila, Simpati & Bangga Dengan Suami

Boleh Makan Di Restoran Terhad 2 Orang Semeja, Perniagaan Sektor Peruncitan DIBENARKAN

Emelda Jual Pulut Nenek Kebayan “Bila Order Banyak, Puji Sedap, Penat Pun Hilang”

Pujian Dari Rakan & Warganet 

Emelda Jual Pulut Nenek Kebayan “Bila Order Banyak, Puji Sedap, Penat Pun Hilang”

Emelda Jual Pulut Nenek Kebayan “Bila Order Banyak, Puji Sedap, Penat Pun Hilang”

Sumber/Sumber Foto: Instagram Emelda Rosemila
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI