Pelbagai ragam manusia dan kadang-kadang tak terjangkau dek akal. Benarlah kata orang, manusia terkadang sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi seperti yang dilakukan oleh wanita ini.
Gara-gara tidak mahu berpindah rumah, wanita ini nekad simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu. Tidak dapat bayangkan dia lalui hari-hari tinggal bersama jasad ibunya yang tidak bernyawa.
Tidak Mahu Berpindah
Segala kebenaran akhirnya terbongkar apabila pihak polis di Tokyo, Jepun menahan seorang wanita selepas menjumpai mayat ibunya yang disembunyikan dalam sebuah peti sejuk di sebuah apartment di Tokyo.
Suspek, Yumi Yoshino, 48, berkata, dia menemui ibunya meninggal dunia dan menyembunyikan dalam peti sejuk sejak 10 tahun lalu kerana ‘enggan berpindah’ dari rumahnya itu.
Setiap hari sebenarnya tuhan sedang menguji hati setiap orang. Baik tanpa kita sedari mahupun tidak sama sekali diri sedari. Penulis novel dan buku motivasi, Bonda Nor terkesan dengan apa yang dilaluinya sendiri dengan rider Grab Food.
Tentang pelajaran hati yang tuhan gerakkan melalui seorang pemandu Grab Food yang kurang upaya mendengar dan bercakap. Indahnya kisah ini, diakhirnya tanpa disangka-sangka, tuhan anugerahkan nikmat rezeki terpijak buat pemandu Grab Food istimewa ini.
Tentu ada perkara baik yang pemandu ini telah buat, dan hanya dia dan tuhan saja yang tahu.
Tadi terasa sangat nak makan Yong Tau Fu. Laju tangan order guna Grab Food.
Ikut sistem, dah dapat rider dan patutnya sampai pukul 6.15 tapi sampai 6.45 tak sampai-sampai.
Geramlah juga sebab tak suka buka pintu rumah kalau dah nak maghrib.
Antara jam 6.15 ke 6.45 tu, banyak kali dapat call daripada nombor yang sama.
Memang biasanya saya tak angkat call kalau nombor tak dikenali. Tapi sebab ni tengah tunggu Grab Food kan, terpaksalah angkat juga takut rider susah nak cari rumah.
Angkat, senyap.
5 minit lepas tu, dia call lagi. Saya angkat, senyap.
Ya, berulang kali jadi macam tu. Makin geramlah pulak! Main-main ke apa dia ni!
Lebih jam 7 malam, tergerak hati nak cek mesej kat Grab order tu.
Ya Allah, terus sebak teramat! Bergenang air mata.
Rupa-rupanya rider tu pekak dan bisu.
Rupa-rupanya, banyak kali dia mesej saya tanya lokasi rumah nak hantar. Dia siap bagitau dia pekak dan dia bisu. Tapi saya tak semak inbox. Saya tak baca. Saya tak tahu masalahnya!
Dia call banyak kali tu sebab nak tarik perhatian saya suruh cek inbox rupa-rupanya.
Allahu Rabbi. Hampir sejam dia berpusing-pusing cari lokasi nak hantarkan makanan yang saya teringin nak makan.
Langit dah makin gelap, tapi dia masih tak tahu kat mana nak hantar makanan yang customer order. Tapi dia tetap setia tunggu dan mencuba.
Padahal bukannya banyak pun upah hantar tu cuma RM3 saja. Tapi seksanya dia nak dapat rezeki banyak tu.
Saya sebak! Rasa bersalah sungguh!
Sebelum sistem close, sempat tangan saya tekan tips for rider untuk tebus rasa bersalah ini. Bagi dia nilai tips paling tinggi yang ada di situ, tapi tetap rasa tak cukup. Tetap juga rasa bersalah terlalu mencengkam hati.
Moga Allah ampuni salah sangka saya dan limpah ruahkan rezeki buat adik Grab Food tadi.
Itulah kita manusia, kadang mudah berprasangka, hanya fikir apa yang kita nak tanpa fikir apa masalah orang.
Saya tulis kat sini untuk jadi peringatan pada saya lain kali. Mana tahu jadi pada tuan puan pula suatu hari nanti, tidaklah tuan puan lakukan kesilapan yang sama macam saya hari ini.
Yang kadang kita ingat salah orang, rupa-rupanya salah sendiri. Allahu Rabbi.
Malam tadi saya tulis kisah seorang rider Grab Food OKU.
Tentang salah faham saya yang tidak tahu dia pekak dan bisu lalu stres mengapa dia asyik call saya bertalu-talu tapi diam.
Call, diam.
Call, diam.
Ya, tentang sukarnya dia menyampaikan makanan yang saya order kerana gagal mengesan lokasi. Namun tetap berusaha melakukannya walaupun terpaksa mengambil masa yang lebih lama.
Sepatutnya sampai jam 6.15 petang namun dia hanya berjaya sampai saat azan Maghrib sudah berkumandang.
Kisah yang saya kongsikan dengan deraian air mata. Terbayang kesusahannya dalam memikul amanah kerja. Gigihnya dia walaupun untuk upah delivery sebanyak RM3 itu sahaja!
Kata Ustazah Asma Harun, betapa mulianya pemuda ini yang lisannya tidak pernah menyakiti dan telinganya tidak pernah bermaksiat.
Allahu Akbar. Sungguhlah, jauh mulia dia daripada kita yang tampak lebih sempurna.
Bangun awal pagi ini, saya sebak sekali lagi apabila menerima mesej daripada seorang ustaz selebriti yang saya hormati.
Katanya mahu taja apa-apa keperluan pemuda OKU itu. Subhanallah! Betapa setiap ujian membawakan hikmah!
Hanya selepas 10 hari, jenazah Rabitah Hamed, 49, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Griffith, Australia, pada 8 Februari lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Griffith, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Abang iparnya, Mukhti Mat Jusoh, 58, berkata mereka sekeluarga bersyukur kerana penantian keluarga yang mahu jenazah dikebumikan segera akhirnya tercapai, walaupun terpaksa menunggu 10 hari.
Katanya, mereka sekeluarga termasuk tiga anak arwah berusia 14 hingga 26 tahun tetap redha dengan apa yang berlaku, walaupun tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.
“Memang kami berharap sangat jenazah dapat dibawa pulang ke Malaysia, namun disebabkan banyak proses yang perlu dilakukan, kami reda arwah dikebumi di Australia.
“Kami minta rakan arwah di sana, membuat rakaman langsung keadaan di sana ketika pengebumian dilakukan, dapatlah juga kami melihat dari sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mukhti berkata, ahli keluarga sayu sepanjang rakaman berlangsung dan mendapati ramai dalam kalangan rakan arwah yang bekerja bersamanya hadir menziarahi jenazah.Katanya, mereka turut melihat wajah arwah yang berseri, walaupun sudah meninggal hampir dua minggu.
“Kami sekeluarga akan meneruskan kenduri tahlil untuk arwah di masjid dan surau di kawasan ini sehingga hari ke-14.
“Saya juga akan menunaikan amanah arwah untuk menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Rushaniena Izani, 26, Ridwana Ardini, 19, dan Rafiq Afif Rusman, 14,” katanya.
Mukhti berkata, mereka sekeluarga turut merakamkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan derma bagi menampung kos pengebumian jenazah.
Dalam kejadian 8 Februari lalu, Rabitah maut selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai cuba mengelak haiwan yang melintas di Griffith.Rabitah maut di tempat kejadian akibat terpelanting keluar dari kereta dipandunya yang kemudian terjatuh ke dalam tali air berdekatan.
MW:Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan di Australia walaupun terpaksa menunggu hampir 2 minggu. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Pelakon terkenal, Norman Hakim berkongsi klip video bila mana anak perempuannya, Marissa Dania hulur duit poket untuknya. Daripada gambar yang dikongsikan di instagram sejumlah not RM50 yang kesemuanya bernilai RM500.
Sebelumnya, anak lelaki Norman, Danish Hakim berbuat sebagaimana yang adiknya lakukan. Alangkah beruntung dan gembira hati ayah. Kerana, ayah ini tahu yang anaknya kelak akan mendapat ganjaran yang lebih besar daripada kebaikan yang telah mereka lakukan untuknya.
Dan inilah yang Norman luahkan,
“Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan? Surah Ar-Rahman m/s 531 Surah ke-55.
Nikmat rezeki & kasih sayangNya yang tak bersempadan. Allah terlalu baik. Dia pilih anak perempuan saya pulak untuk hulur ‘duit poket’ selepas abang @danishhakimofficial dia buat sebelum ni.
Saya sebak bukan sebab dapat duit, tapi sebab nikmat,rahmat & barakah rezeki yang Allah bakal gandakan buat anak2 saya in shaa Allah diatas jariah mereka buat keramat hidup mereka.
Ada yang tanya macam mana didik anak untuk bagi kita duit belanja. Benda ni mana ada istilah ‘didik’. Paling tepat ‘we lead by example’. Apa yang kita buat pada ayah mak kita, itulah yang anak-anak akan belajar dan buat pada kita semula.
Alhamdulillah hikmah di sebalik PKP. Saya nampak ikhtiar anak-anak untuk buat pendapatan melalui atas talian. Itu pun dia belajar dari apa yang kita buat. Diorang nampak ikhtiar untuk sara hidup kami sebab diorang tau yang papa, mama, mummy, abah diorang bukan asal dari orang senang.
Long story short, terima kasih banyak-banyak cayang papa @marissadania_ untuk jariah ini. Pandai eh, dia main ‘salam kaut’ je pastu tu terus cabut lari dalam rumah. Terpinga-pinga papa ingat duit apa la ni kat tangan. Baby @m_danishaa jangan bagi pulak lepas ni sebab baby belum buat income sendiri lagi tau cayang.
Papa doakan anak-anak papa semua menjadi soleh solehah diiringi kejayaan duniawi & ukhrawi Aamiin Ya Rabb.
Mana-mana ibu bapa pun pasti akan jadi terharu, sebak bila anak-anak ada secebis ingatan untuk beri duit belanja pada orang tuanya. Biarpun mereka tidak meminta, tapi ingatan dari anak-anak inilah yang buatkan hati mak ayah bahagia.
Dan sebagaimana yang Norman kongsikan, rezeki anak akan semakin murah dan berganda. Jadi, wahai anak-anak, usahlah bimbang untuk beri duit poket pada mak ayah ya. Malah, ketika tidak berduit itulah pahala sedekah itu berganda-ganda.