smoothies

Lama tak mendengar cerita pelakon cantik Emelda Rosmila Abdul Hamid, yang juga merupakan suri hati kepada pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramlie, 46, ini. Pada usia 39 tahun, wanita ini masih kekal cantik dan ramping menawan, malah tidak keberatan berkongsi antara rahsia cantik yang dirinya amalkan.

Selain jus selery, rupa-rupanya Emelda sangat menggemari pelbagai jenis buah-buahan, membuat smoothies sendiri dan meminumnya setiap hari sebagai amalan ketika waktu sarapan pagi.

Berikut 3 jenis resipi smoothies yang dikongsikan dan menjadi kegemaran pelakon ini.

Resipi 1

Bahan-Bahan:
2 biji Mangga (Beku)
2 biji pisang (Beku)
2 biji Peach
Setengah biji nenas
Sedikit Madu (Optional)
Kiub Ais (Optional)
Sedikit Air supaya mudah dikisar

Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.

Pelakon Emelda Rosmila Kongsi 3 Resipi Smoothies Sedap, Pekat & Creamy, Tak Tinggi Kalori

Menurut Emelda, smoothie ini boleh minum untuk 3 orang. Kombinasi buah mangga dan pisang menjadikan smoothie ini pekat dan berkrim. Namun tidak perlu bimbang, kerana ia tidak tinggi kalori malah manis buah tak sama dengan manisnya gula.

View this post on Instagram

[ sorry video tadi tu cam bodo ? ] ini baru REAL! Haha! Start balik ek?????? komen balik? Salam Jumaat penuh Barokah. Hi Good Morning My Loves! Morning Smoothie Mel selepas minum 500ml of Celery Juice everyeayyy!? Harinie kita upgrade sikit pakai peach. Nyum. Bahan2 Frozen mango – 2biji Frozen banana – 2 Peach – 2biji Pineapple – Half jer Some honey ( optional) Ice cubes ( optional ) Air sikit supaya mudah blend. Boleh minum utk 3 org. Mel mmg suka combination mango n banana sbb jadi pekat and creamy. Dont wory guys, tak tinggi calorie, manis buah tak sama dgn manis gula. Makanlaa buah sebanyakknya. Okeh? Sesungguhnya buah lebih baik dari mee goreng mamak?. 1st few videos nie mmg share fruit smoothies. Nnt kita pegi sayur pulak ek! Biar muka tu berkerut sikit bila minum?. Have a good day semua!❤️

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

IKLAN

Resipi 2

Bahan-Bahan:
2 biji Epal Merah (Dibuang kulit & potong kiub)
1 biji pisang (Beku) (buat jadi pekat )
1 biji pisang
1 cawan atau lebih susu badam
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 sudu kecil serbuk kayu manis
sedikit madu untuk rasa manis
sedikit kiub ais

Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.

Pelakon Emelda Rosmila Kongsi 3 Resipi Smoothies Sedap, Pekat & Creamy, Tak Tinggi Kalori

Menurut Emelda, smoothie ini sesuai diminum ketika waktu pagi dan petang. Ia buatkan kita kenyang dan boleh dijadikan sarapan pagi. Rasanya sangat sedap, berkrim, beraroma dan sangat baik untuk penghadaman.

IKLAN

Resipi 3

Bahan-Bahan:
1 biji mangga ( optional: boleh guna fresh atau frozen)
Nenas 1 biji ( optional: boleh guna separuh, 1 biji untuk 2 hidangan)
1 inci halia
1 cawan air sejuk atau suhu bilik *Nak sedap lagi boleh guna air kelapa
Sedikit kiub ais

Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.

IKLAN

Pelakon Emelda Rosmila Kongsi 3 Resipi Smoothies Sedap, Pekat & Creamy, Tak Tinggi Kalori

Menurut Emelda, smoothie ini kombinasi buah-buahan dan herba. Mangga, nenas dan halia mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Mangga kaya dengan beta-carotene untuk menyokong kulit dan mengelakkan kanser kulit.

Nenas pula, merupakan buah tropika yang kaya dengan vitamin, enzim dan anti oksidan. Ia meningkatkan sistem pertahanan tubuh, membina tulang yang kuat serta membantu penghadaman lebih baik serta rendah kalori. Halia pula mempunyai banyak mineral, amino asid dan lebih 500 enzim yang memberi ketenangan. Ia anti viral, anti bakteria dan anti parasit serta memnggalakan sistem imun yang sihat.

View this post on Instagram

Hi, boleh try smoothies nie klu rajin. Kombinasi fruits and herb. Fresh Mango – 1 biji ( optional: boleh guna fresh atau frozen) Pineapple – 1biji ( optional, boleh guna half, 1 biji for 2 serving ) Ginger – 1 inci ( salah cakap )? 1 cawan air sejuk or room temperature Nak sedap lagi boleh guna coconut water ( kat rumah out stock ) so guna air je laah? Some ice cubes Mango – wonderful for stress assistance and viral protection, rich in beta-carotene to support the skin and prevent skin cancers. Pineapple – are tropical fruit that are rich in vitamins, enzymes and antioxidents. They may help boost the immune system, build strong bones and aid indigestion, low in calories. Ginger / Halia -60 trace minerals, over 30 amino acids, more than 500 enxymes all come together to calm reactivity. Antiviral,antibacterial and anti parasitic. It promotes healthy immune system Klu rajin nnt mel bagi more recipes and infos kay☺️

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

MW: Banyak sungguh kelebihan minum smoothies yang dikongsikan oleh pelakon ini, terutamanya jika di ambil ketika sarapan pagi. Jadi buat mak-mak yang nak kekal cantik dan jaga badan, bolehlah amalkan minum smoothies ini seperti yang dikongsikan oleh Emelda.

Sumber:Instagram emeldarosemila

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI