Rupanya untuk memastikan pokok ros lebih sihat dan segar, pada musim hujan kena pastikan buang dan elakkan air bertakung dalam pasu.
Pokok Ros dan Mawar antara pokok kesayangan ramai. Selain baunya yang wangi, ia sangatlah cantik dengan pelbagai warna menarik. Namun penjagaan pokok ros ini agak rumit dan perlukan penjagaan rapi, lebih-lebih lagi pada musim hujan ni.
Taman Zety Roses ada kongsikan panduan betul penjagaan Ros ketika musim hujan, agar pokok kekal segar dan sihat serta rimbun berbunga.
Panduan Penjagaan Pokok Ros Ketika Musim Hujan
1. Elak Pangkas Dahan
Elak dari membuat pangkasan dahan ketika musim hujan. Jika membuat pangkasan hanya bahagian tangkai bunga kering sahaja, tidak perlu bilang 3 atau 5 daun.
2. Air Tidak Bertakung Dalam Pasu
Pastikan air tidak bertakung lama (sehari semalam) di dalam pasu.Sekiranya air bertakung di dalam pasu lebih dari 1 hari, korek tanah menggunakan batang kayu atau besi panjang mengena kepada lubang pasu supaya air boleh mengalir keluar.Bagi yang tanam atas tanah yang menggunakan medium khas ros zety roses tidak ada masalah sekiranya air bertakung.
3.Buat Semburan
Buat semburan anti kanker zety roses bagi mencegah & merawat kanker. Buat semburan rose guard & membaja seperti biasa.
Sekiranya mengikuti tip di atas tidak perlu mengalih pokok di bawah teduhan. InsyaAllah pokok lebih sihat dan segar di musim hujan.
Tip Pokok Ros Berbunga Lebat
Menerusi perkongsian daripada Puan Kamariah Ahmad pula, ada caranya bagi menggalakkan pengeluaran bunga ros yang ditanam.
1. Buang Daun
Buang daun-daun yang telah rosak dan mula kuning.
2. Cantas Dahan
Bagi yang bunga dah berkembang mekar dan mula nak layu, ia perlu dicantas dan tanam pada tanah untuk hasilkan anak baru. Namun untuk hasilkan anak pokok, potongan dahan perlu disertakan dengan 3-5 helai daun dari bahagian bawah bunga.
3. Guna Baja Kulit Telur
Gunakan baja dari kulit telur. Hancurkan kulit telur yang telah dibersihkan dan tabur pada pangkal pokok. Ia akan membekalkan kalsium dan menghasilkan daun yang bersaiz lebar.
4. Tanam Semula Guna Pasu Besar
Sebaiknya, lakukan penamanan semula atau repotting dengan saiz pasu yang lebih besar untuk memberi keselesaan kepada akar pokok bergerak bebas.
Kalau rajin, boleh pecah-pecahkan rumpun ros yang dibeli ini kerana kebiasaanya satu pasu yang dibeli dari nurseri mengandungi 3-4 pokok.
5. Matahari Pagi
Pastikan ros menerima pengamatan cahaya secara terus terutamanya di waktu pagi sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
6. Siram 2 Kali Sehari
Siraman perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Namun ketika musim hujan, pastikan medium tanaman kering sepenuhnya sebelum lakukan siraman. Jika masih lembap, tak perlu disiram.
Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca:Tanam ROS JEPUN Kerat Batang Pendek-Pendek, Pokok Cepat Besar Bunga Cantik Merimbun!
Baca Lagi Di Sini:Serbuk Kopi & Kulit Telur, Baja BERKESAN Kawalan Perosak Organik!
Artikel Menarik:Begini Caranya Pokok KEMBOJA CINA Banyak Tunas, Berbunga Lebat Merimbun!
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang ada tanam pokok Ros di rumah, boleh manfaatkan dan cuba tip yang dikongsikan ini. Supaya pokok ros, lebat berbunga dan tetap sihat serta lebih segar walaupun musim hujan.
Sumber: Taman Zety Roses, Kamariah Ahmad
Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI