Untitled design - 2020-06-12T055530.841

Sekarang ini, air fryer cukup disukai oleh mak-mak. Bukan apa, dengan satu periuk tu, mak-mak boleh masak macam-macam. Daripada lauk pauk hinggalah ke pencuci mulut. Memang berbaloilah. Jimat masa.

Walau bagaimana pun, kalau guna tanpa dibersihkan, rasanya memang kotor. Setakat bersihkan yang dalam sahaja tidak mencukupi. Kali ini Amanda Tan @ Amijamu siap ajar satu persatu cara nak bersihkan air fryer. Amat berguna buat mak-mak yang tak tahu cara bersihkan secara mendalam.

Saya kongsikan cara membersihkan Air Fryer kita. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!

Peralatan Yang Diperlukan:
Cuka Buatan
Soda Bikarbonat
Span Lembut
Sabun Cuci Pinggan
Kain Bersih
Berus Plastik

NOTA KAKI:
1. Sebelum mencuci Air Fryer, pastikan Air Fryer sudah sejuk dan dicabut suisnya. Ini langkah keselamatan.

2.Gunakan berus plastik atau span lembut untuk menyental, menggosok dan bilas. Jangan gunakan span besi nanti coating akan tercalar dan tertanggal.

Cara cuci bakul
a. Keluarkan bakul dari AF.
b. Lapkan bakul dan bakul jaring menggunakan tisu untuk menyerap lebihan minyak dari bakul.

3. Bahan rendaman bakul ialah soda bikarbonat 1/2 sudu dan cuka putih 1 penutup. Langkah ini untuk mencuci dan menanggalkan kotoran yang degil. Kalau bakul tiada sisa yang melekat, boleh terus guna sabun.

IKLAN

4. Tuang air panas ke dalam bakul dan rendam selama 5 ke 10 minit sambil itu gosok dengan berus plastik untuk menanggalkan sisa kotoran degil. Buangkan air bersama sisa kotoran

5. Guna span lembut bersama sabun pencuci untuk membilas bakul jaring dan bakul Air Fryer. Cuci dengan air bersih. Lap kering dan ketepikan.

Ini Cara Betul Nak Bersihkan Air Fryer. Siap Ajar Satu Per Satu

Cara Cuci Bahagian Dalam Air Fryer

1. Baringkan Air Fryer pada bahan lembut seperti tuala atau bubble wrap untuk elakkan calar. Pastikan bahagian wayar tidak dihempit untuk mengelakkan kerosakkan atau patah.

Ini Cara Betul Nak Bersihkan Air Fryer. Siap Ajar Satu Per Satu

IKLAN

2. Ambilkan kain lembap untuk lap bahagian pemanas /koil Air Fryer ikut bulatan. Pastikan perah keluar semua air supaya tiada titisan air. Ini untuk mengelakkan kerosakan bahagian pemanas.

Ini Cara Betul Nak Bersihkan Air Fryer. Siap Ajar Satu Per Satu

3. Lap sekitar bawah Air Fryer. Kalau kain kotor, sila cuci dengan sabun dan perah keluar air dan sambung lap sehingga bersih.

Ini Cara Betul Nak Bersihkan Air Fryer. Siap Ajar Satu Per Satu
Ini Cara Betul Nak Bersihkan Air Fryer. Siap Ajar Satu Per Satu4. Lap bahagian badan luar Air Fryer.

Ini Cara Betul Nak Bersihkan Air Fryer. Siap Ajar Satu Per Satu5. Lap bahagian ekzos belakang Air Fryer untuk memastikan tiada gumpalan habuk.

Ini Cara Betul Nak Bersihkan Air Fryer. Siap Ajar Satu Per SatuMW: Senang kan. Lepas nie , cuba tengok air fryer mak-mak bersih ke tidak? Nanti bolehlah bersihkan cara Amoijamu ini. Sangat membantu kan!

Artikel ini telah disunting dan mendapat keizinan daripada penulis
Sumber: Amanda Tan @ Amoijamu

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI