Pokok Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora memang ada peminatnya yang tersendiri. Ada macam-macam warna dan cantik kiranya tanam ros Jepun sebagai pokok hiasan di halaman rumah. Uniknya bunga Ros Jepun ni akan kembang penuh pada waktu pagi dan menguncup selepas pukul 10 pagi.

Pokok ini mudah dibiakkan dengan kaedah keratan batang, namun kena ikut cara yang betul.Barulah pokoknya berbunga meriah dan cantik merimbun. Mak-mak yang berminat nak tanam pokok Ros Jepun di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Mohd Shaifful ini. Barulah pokoknya subur berbunga meriah!

Baca Lagi Di Sini:
Bunga Hydrangea Tumbuhan Beracun, BAHAYA Jika Terkena Getahnya!
Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!

Berikut perkongsian tersebut;

Ros Jepun Terbantut, Cuba Tip Ini:

1. Keratan Pendek

Kerat Keratan Rose Jepun pendek-pendek.

Kenapa perlu kerat ?

Keratan pendek diperlukan untuk merangsang pokok tumbuh dengan cepat. Tunasnya akan membesar dengan cepat. Pokok akan bercabang banyak. Lagi banyak cabang. Lagi cepat pokok menutupi pasu. Keratan pendek akan menghasil kan pokok yang tumbuh secara menegak.

Apa jadi kalau saya tak kerat pendek, cucuk je ke tanah?

IKLAN

Tak salah. Pokok tumbuh macam biasa. Tapi tak akan cantik atau naik secantik tanam pendek-pendek.

Pokok juga lambat besar kerana akar yang tumbuh terpaksa menyerap nutrisi untuk bunga yang masih ada pada keratan yang ditanam. Kalau anda kerat, nutrisi itu digunakan untuk membesarkan tunas/pucuk baru disisi keratan pokok.(rujuk gambar). Saya buang semua bunga pada keratan.

Tanam ROS JEPUN Kerat Batang Pendek-Pendek, Pokok Cepat Besar Bunga Cantik Merimbun!

2. Tanam Jarak-Jarak

Kenapa perlu tanam jarak-jarak dalam pasu ?

Supaya pokok tidak bersaing ( berebut ) baja dalam tanah. Bila pokok tiada persaingan maka tumbuh dengan sihat.

IKLAN

3. Perlukan Tempat Panas Matahari

Rumah tak kena panas pagi dan terlindung, lupakan niat untuk tanam rose jepun. Rose jepun 100% nak panas. Baja dan panas akan menghasilkan pokok berbunga banyak. Pastikan tempat anda tanam Rose Jepun kena panas. Jangan tanam bawah pokok atau tepi rumah yang redup. Matahari dan Rose jepun berpisah tiada.

Nak tanam boleh, tak ada masalah. Tapi tak de lah secantik kena panas pagi.

Tanam ROS JEPUN Kerat Batang Pendek-Pendek, Pokok Cepat Besar Bunga Cantik Merimbun!

4. Letak Tempat Panas Selepas 4 Hari

Lepas tanam apa saya perlu buat ?

Siram keratan batang yang telah dicucuk ke tanah dan letak tempat redup. Letak tempat panas hanya selepas 4 hari. Masa ni pokok dah tumbuh akar dan kuat. Namun, lepas tanam nak letak tengah panas terus pun boleh.

IKLAN

*Siram tiap-tiap pagi kecuali hujan.
*Baja 1 kali setiap seminggu. Paling lewat 1 kali setiap 2 minggu.

Pada peminat ros jepun. Cuba lah Insha Allah menjadi.

Boleh juga beli keratan ros jepun murah dekat sini : https://invol.co/cl5e1xg

Tanam ROS JEPUN Kerat Batang Pendek-Pendek, Pokok Cepat Besar Bunga Cantik Merimbun!

Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak peminat pokok bunga Ros Jepun boleh cuba tanam di rumah, ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah pokoknya subur, bunga cantik merimbun.

Sumber: Mohd Shaifful

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI