Pokok Sawi antara sayuran berdaun hijau yang selalu kita gunakan dalam masakan. Baik untuk digoreng, dibuat sup dan dicampurkan dan mee. Seronok sungguh jika dapat tanam pokok sawi yang subur, berdaun lebar dan besar-besar di rumah. Jimat kos dan paling penting bebas racun dan di tanam secara semula jadi.
Jika mak-mak nak cuba tanam sendiri, pokok sawi gergasi ni, boleh cuba tanam ikut cara dan teknik yang dikongsikan oleh Mohd Shaifful ini sebagai rujukan.
Sawi Gergasi : Cara tanam mudah dan betul.
Daun separa tegak, bujur dan lebar berwarna hijau berminyak. Batang daun lebar dan tersusun rapat. Kutipan hasil 33 hari selepas di semai.
1. Proses Penyediaan tanah
Penyediaan tanah adalah sangat penting sama ada di tanah ataupun di dalam pasu Penggunaan pasu tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad.
Jenis tanah yang digunakan pula perlulah mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah: 2 kompos: 1 pasir. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini, penggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pasu tanaman sehingga ¾ paras pasu tanaman.
2. Semaian Biji Benih
Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat, sawi tidak menerima nutrien yang cukup dan menyebabkan sawi bersaiz kecil.
Ads
Teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur pada tapak semaian. Penanaman yang teratur akan membuatkan tanaman tumbuh secara seragam.
Siram secara perlahan, adalah lebih baik disiram menggunakan spray halus . Siram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang.
3. Penjarakkan atau Pemindahan sawi
Setelah 3 atau 4 hari, sawi akan bercambah. Sekiranya sawi telah mencapai saiz 3 inci ataupun memiliki 4 daun, penjarakkan atau penjarangan sawi perlu dilakukan di mana setiap pokok sawi perlulah mempunyai sedikit jarak iaitu 10cm diantara satu sama lain (jika di tanam dalam bekas yang besar).
Jika berminat untuk memiliki sawi yang bersaiz gergasi. Pindahkan anak pokok 1 pokok untuk 1 pasu.
Penjarangan atau pemindahan pokok dijalankan bagi memberikan ruang dan nutrien yang cukup pada tanaman sawi.
Ads
4. Pembajaan
Seterusnya, proses pembajaan sawi adalah cukup jika digunakan baja organik sama ada yang dibeli ataupun dibuat sendiri dari sisa dapur. Sekiranya membeli baja, pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi boleh dilakukan seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman.
Pemberian baja tersebut pada kadar 5 gram /1sudu teh sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Sebaiknya tidak terlalu rapat sehingga terkena batang pokok. Setelah membaja, pokok perlu disiram supaya baja lebih mudah diserap masuk ke dalam tanah dan diambil oleh akar pokok.
5. Kawalan Penyakit
Sayur sawi tidak dapat dielakkan dari gangguan penyakit dan juga perosak. Kawalan penyakit dan perosak juga adalah penting dalam tanaman sawi kerana perosak gemar dengan sayuran berdaun dan tanpa kawalan yang rapi, daun akan dimakan oleh perosak dengan cepat.
Ads
Adalah digalakkan untuk menggunakan kaedah secara biologi ataupun kawalan secara organik. Racun organik di sembur seminggu sekali.
6. Penuaian
Sayur sawi boleh dituai dalam masa 33 hari atau 35 hari selepas pemindahan anak pokok. Sawi dipotong pada bahagian batang paling bawah dan akar boleh dibiarkan sehingga menjadi reput dalam tanah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba tanam pokok sawi sendiri di rumah, ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Segar, boleh terus petik dan masak di dapur.
Rupanya guna serbuk jintan putih, antara petua berkesan yang selalu digunakan oleh orang Arab dalam mengatasi masalah perut kembung. Bukan apa bila perut kembung, keras dan rasa asyik nak muntah memang membuatkan kita tak selesa. Walaupun dah makan ubat, masih tak berkesan juga.
Boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Emma Wan Noordin sebagai panduan.
Pernah tak kena bloated stomach sampai makan gaviscon dan ubat gastric pun tak jalan.Asyik nak muntah dan perut keras macam batu?
Ni my husband bagitau petua yang orang arab selalu guna kalau ada masalah perut kembung.
Mingguan Wanita: Jika ada masalah kembung perut, boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Guna serbuk jintan putih dan sedikit perahan lemon. Terbukti keberkesanannya dalam mengatasi masalah perut kembung.
Ada caranya untuk simpan petai supaya tahan lama, kekal segar dan rangup macam baru dikupas.Bukan apa bagi mak-mak yang suka petai, waktu musim petai ni lah kena buat stok jadi bila teringin nak makan tu dah ada. Tapi kena tahu cara simpan yang betul barulah petai kekal segar dan rangup.
Boleh cuba cara simpan petai seperti yang dikongsikan oleh Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali Cikgu Kebun ini.
Hari ni Cikgu Kebun nak kongsi kat hangpa yang ‘hantu petai’ macam kami suami istri suka makan petai, dikatakan setiap bulan 2-3 kali akan ada menu berasaskan petai.
Nasib baik lagi CK dan bidadari CK, kami kedua-dua suka makan petai, kalau tandas bau petai okey ja..hehe
Sapa-sapa yang suka makan petai boleh ikut cara CK macam mana nak simpan petai supaya segar dan boleh terus masak bila-bila masa sahaja.
Syukur rezeki jugak ayah mertua CK ada tanam petai banyak, lebih 100 pokok petai ada di dusun tu, jadi stok petai sentiasa ada. Kalau nk beli boleh tahan harga dia kan.
Cara-cara hangpa nak simpan petai bagi kekal segar dan tahan lama.
Tips simpan petai supaya tahan lama dan masih segar seperti baru dikupas.
1. Letak Tempat Sejuk
Setiap kali petai di ambil dan turun dari pokok, selalunya CK akan letak dalam surat khabar dan plastik hitam. Letak dalam bilik air, kira tempat sejuk la..
2. Kupas Satu Persatu
Kami akan ambil masa untuk kupas petai satu demi satu. caranya potong mata petai tersebut 2 bahagian (rujuk gambar di bawah). supaya jika ada ulat atau rosak boleh di buang terus.
3. Buang Selaput Putih
Kupas setiap biji petai dan buang kulit dan selaput putih yang ada pada biji petai tersebut, jangan tak buang nanti petai cepat rosak kalau ada selaput tu.
4. Simpan Dalam Plastik
Masukkan dalam plastik kecik, bahagikan setiap plastik sekali masak. Nanti senang nak masak terus ambil sahaja.
5. Ikat Dengan Getah
Ikat dengan getah plastik tersebut dan letak dalam peti sejuk bahagian beku & frozen tu.
Petai akan membeku, kalau hangpa tengok gambar di bawah dah lebih sebulan petai masih nampak segarkan.
Rendamkan dahulu biji petai yang beku dalam mangkuk sekejab sebelum masak.
Basuh-basuh dan terus boleh masak bersama daging korban. pehhhh sedap. “sambal petai daging”
hangpa jangan tengok gambar last sekali kalau tak kuat. nanti auto lapar..hehe
Sedang anda berjalan-jalan, tiba-tiba ternampak duit RM100 atau terpandang seutas gelang tangan emas. Apa yang anda buat? Ambil barangan itu dan terus berjalan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku atau ambil dan bertanyakan orang yang ada di sekeliling situ?
Dari situlah, orang dapat menilai diri kita jujur dan amanah dengan harta orang lain. Walaupun tidak tahu milik siapa, sekurang-kurangnya anda berusaha untuk mencari empunya milik. Namun, jika itu bukan rezeki si pemiliknya, jalan terbaik adalah sedekahkan pada mereka yang memerlukan.
Tetapi, bagaimana pula apabila anda terjumpa sebuah telefon bimbit? Tidak kira telefon bimbit biasa atau telefon canggih? Sanggupkan anda matikan telefon itu dan mengambilnya? Ini umpama mencuri, mengambil hak orang dan semestinya anda soerang yang benar-benar tidak jujur dan amanah. Berapa ramaikah orang yang betul-betul amanah dan jujur ini?
Saya mengalami dua situasi berbeza berkenaan dengan telefon bimbit ini.
Situasi 1:
Telefon tercicir di sebuah pasar raya ketika sedang membeli belah. Seingatnya, terjatuh ketika sedang membuat pengiraan tentang barangan yang dibeli. Bila kembali ke tempat tersebut dan bertanyakan kepada sekumpulan pelajar perempuan, terus mereka menunjukkan telefon itu dan katanya menunggu sesiapa yang telefon untuk memulangkan balik. Syukur.
Situasi 2:
Telefon tercicir tanpa disedari selepas pulang ke rumah. Cuba telefon kembali tetapi hanya dengar adalah suara operator perempuan di talian. Memang sah, telefon bimbit itu sudah dimatikan. Cuba bertanyakan di kawasan yang terakhir berhenti. Jawapan mereka, seperti ada seseorang yang telah berhenti dan mengambilnya. Allahualam.
Sedihnya, sebab semua nombor telefon keluarga dan kawan-kawan hilang dan paling menyedihkan koleksi gambar keluarga turut hilang. Ralatnya bila gambar kenangan itu hilang sebelum sempat kita simpan di mana-mana google drive. Apa pula perasaan orang yang mengambilnya? Suka, gembira kerana dapat ‘durian runtuh’. Tidak terfikirkan, jika terjadi pada diri sendiri.
Memang sudah ditakdirkan dan bukan rezeki kita. Namun, jika seseorang itu benar-benar jujur dan amanah, dia boleh pulangkan kembali sebab sudah tertera pemilik telefon bimbit itu. Lainlah, jika terjumpa duit atau barang kemas yang memang kita tidak tahu siapa pemiliknya.
Untuk ingatan saya dan sesiapa sahaja, jika barang itu bukan hak kita, cubalah jujur dan amanah. Jangan sewenang-wenangnya mengambil hak orang lain. Percayalah, setiap apa yang kita lakukan baik atau jahat akan ada balas. Cuma cepat atau lambat..
]Walaupun isu ini dianggap kecil atau remeh tetapi bila ia berlaku pada diri sendiri, bermacam-macam perasaan yang bermain dalam fikiran. Marah, sedih semuanya ada.
Jadi, bagi yang pernah alami seperti ini angaplah bukan rezeki dan bagi mereka yang mengambil sesuka hati, percayalah ada balasan yang menunggu.
Jumpa Lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...