Bab DIY, mak-mak kena rajin. Benda biasa, tetiba anak yang kreatif tunjuk hasil seni di dinding dan barang perabot rumah.
Jangan marah dulu sebab benda boleh settle, sebenarnya.
Nak pujuk hati bagi hilangkan rasa marah, mak-mak boleh guna idea yang dikongsi oleh Puan Lailatul Hilalliah. Serius, hasilnya sangat kebabom!
Jom, DIY Drawer Yang Diconteng!
Cerita asalnya, sebelum kejadian anak lelakinya yang digelar Qaqal menghasilkan seni lukis kat drawer rast ikea mamanya.
Haa… tengok lah suspek kejadian siap buat muka tak bersalah. Masa ini mak-mak memerlukan kesabaran yang amat tinggi ya.
Tadaaaa… setelah siap, hitam-hitam si tampok manggis tau.
Macam mewah tetapi sebenarnya guna barang murah saja. Spray flat black Mr. Diy and Platinum paint marker beli kat daiso.
Coffee table pun jd mangsa. Sebelum ni kaler pink hijau.
Haaa… inilah hasil sebelum dan selepas!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Wajib, Tapi Hadis Sahih Sebut āDituntut Berdoa Ketika Ayam Berkokokā
Pernah dengarkan kisah bila mana ayam berkokok itu, tandanya ayam melihat malaikat. Jadi, kita yang mendengar itu berdoalah moga doa kita cepat sampai kepadaNya dan dimakbulkan.
Bermacam kemusykilan timbul tentang kisah ini. Benarkah ada hadis sahih tentangnya. Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias menjelaskan tentang hadis sahih doa ketika ayam berkokok ini.
Ini Hadis Yang Sangat Sahih, Berdoa Ketika Ayam Berkokok
Cik Man kongsikan hadis yang sangat sahih berkenaan doa ketika ayam berkokok.
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا
Maksud :”Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan“. (Hadis Sohih Riwayat Bukhari dab Muslim)
Ada satu lagi hadis dengan tambahan salakan anjing.
إِذَا سَمِعْتُمْ نُبَاحَ الْكِلَابِ وَنَهِيقَ الْحُمُرِ بِاللَّيْلِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ ، فَإِنَّهُنَّ يَرَيْنَ مَا لَا تَرَوْنَ
Apabila kamu mendengar salakan anjing dan bunyi keldai pada waktu malam, maka pohonlah pertolongan dengan Allah, maka sesungguhnya mereka (anjing dan keldai) melihat apa yang kamu tidak lihat“. (Hadis Riwayat Abu Daud) Hadis ini dinilai sohih oleh Al Albani.
6 Kelebihan Hadis Sahih Ini Yang Ramai Tak Tahu
Ada beberapa faedah dari hadis ini :
1) Kita dituntut berdoa (tapi tak wajib) ketika ayam berkokok.
2) Diharapkan berdoa ketika ayam berkokok, doa akan dimakbulkan. Ini kerana dalam hadis, disebut keberadaan malaikat, maka diharapkan malaikat turut sama mengaminkan doa itu.
3) Hadis tidak menyatakan bahawa ayam berkokok kerana melihat malaikat saja. Boleh jadi ayam berkokok sebab lain seperti diganggu manusia atau faktor-faktor lain.
4) Kita tidak hanya membataskan doa hanya ketika ayam berkokok saja. Bahkan kalau ayam tak berkokok pun memang kita dituntut berdoa. Sebab banyak lagi waktu dan tempat yang mustajab doa yang disebut dalam hadis hadis sahih. Waktu ayam berkokok pun tak wajib berdoa.
5) Korang tak perlu nak pertikai atau bahasa mendalam tentang bagaimana keadaan ayam melihat malaikat, sebab ini adalah urusan ghoib yang diuruskan oleh Allah. Tugas kita berbuat sebagaimana yang disebut dalam hadis sebagai ikut perintah Nabi. Iaitu berdoa.
6) Dalam hadis kedua berkenaan salakan anjing, maksud ayat “mereka melihat apa yang kamu tidak lihat” ialah anjing dan keldai melihat jin dan syaitan.
Sumber/Foto : Cik Man (PU Azman)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidak Mustahil PKP Akan Dilaksanakan Semula, Jangan AMBIL Mudah, Terlalu BEBAS
Biar pun negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ramai yang alpa lalu menjalani kehidupan seharian seperti sebelum ini. Dengan tidak rasa bersalah membawa anak-anak keluar membeli keperluan dan tidak kurang juga melepak di kedai makan.
Beringatlah negara kita masih belum bebas Covid-19, malahan barisan hadapan masih berjuang berhabis-habisan. Jika semua mengambil mudah dan tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan, tidak mustahil PKP akan dilaksanakan semula.
Jangan Ambil Mudah, PKP Mungkin Akan Dilaksana Semula
Kerajaan mendapati masyarakat seolah-olah mengambil mudah kelonggaran diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seolah-olah tiada undang-undang.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada orang ramai mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah dan ia tidak sepatutnya berlaku.
Beliau berkata, contohnya semalam beliau menerima video tular mengenai keadaan orang ramai di warung di Kampung Pandan dan menyangkakan ia adalah palsu.
“Saya nak tekankan bahawa Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa dan apabila kita melonggarkan, rakyat mesti patut kerana bimbang kes baru akan berlaku dan kes positif Covid-19 meningkat.
“Saya beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal PKPB, sebaliknya ia boleh menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri berkata, jika berlaku ketidak patuhan, bukan mustahil, PKP Fasa 1, 2 dan 3 akan diperkenalkan semula.
Bergantung Kepada Rakyat Patuh PKPB
Beliau berkata, jika rakyat mahu terus menikmati PKPB atau mungkin menyaksikan ia ditamatkan, semuanya bergantung kepada pematuhan rakyat.
“Tidak mustahil kembali ke PKP dan pergerakan terbatas semula. Jadi lebih baik rakyat patuh dan PKPB ditamatkan sebelum kita bebas bergerak semula dengan SOP diperkenalkan nanti.
“Pesanan saya, teruskan berada di rumah, patuh kepada undang-undang dan saranan kerajaan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Setelah kita mematuhi beberapa fasa PKP sebelum ini dengan baik, jangan pula bila PKPB dilaksanakan kita menjadi terlampau bebas hingga merosakkan segala usaha yang kita lakukan selama ini. Jadi beringatlah sebelum keadaan bertambah buruk.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
23 Tahun Selepas Pembedahan, Penerima Hati Pertama Afiq Ikmal Dilaporkan KRITIKAL
Selepas 23 tahun menjalani pembedahan, penerima hati pertama di Malaysia Afiq Ikmal Muhammad Zaini kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati serta berdepan kemungkinan perlu menjalani prosedur pembedahan pemindahan organ itu sekali lagi.
Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini berkemungkinan perlu menjalani semula prosedur itu, jika berlaku penolakan kritikal pada organ hati yang diterimanya, pada 1999.
Pemuda berusia 23 tahun itu kini dirawat di wad rawatan separa rapi (HDW) Hospital Selayang, Selangor, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat pernafasan, sejak Sabtu lalu.
Bimbang Keadaan Anak
Bapanya, Muhammad Zaini Rahim, 50, berkata pasukan perubatan kini sedang berusaha menstabilkan keadaan anaknya, selain belum memuktamadkan tindakan lanjut.
Beliau mengakui bimbang keadaan Mohd Afiq Ikmal, walaupun anaknya itu kerap dimasukkan ke hospital sebelum ini, selain menyifatkan keadaan itu sangat teruk dan pertama kali berlaku selepas jalani pemindahan organ.
“Afiq sebenarnya baru tiga hari dibenarkan pulang dari hospital selepas dirawat akibat jaundis. Keadaan dia masih okay sejurus tiba di rumah, tetapi semakin merudum sejak hari kedua dan terus tidak sedarkan diri, Sabtu lalu.
“Doktor juga ada terangkan kemungkinan berkenaan, tetapi prosedur ini rumit dengan keadaan Afiq dan persekitaran semasa.
“Kita pun belum berbincang atau buat keputusan mengenai penderma setakat ini, jika Afiq perlu menjalani semula prosedur ini,” katanya.
Tidak Sedarkan Diri Selepas Sarapan
Berkongsi detik cemas itu, Muhammad Zaini berkata, pihaknya terpaksa menghubungi ambulans selepas menyedari anaknya tidak sedarkan diri selepas selesai bersarapan, Sabtu lalu.
“Pagi itu dia bangun sarapan dan seperti biasa selepas makan dia akan tidur sekejap. Kemudian, saya kejutkannya untuk makan tengah hari dan makan ubat, namun dia tidak bangun saya ingatkan dia letih.
“Saya cuba kejutkannya lagi sekali, dia masih tidak memberikan reaksi sebelum kami menghubungi ambulans membawanya ke hospital,” katanya.
Dalam pada itu, bapa tiga anak itu menyifatkan, Mohd Afiq Ikmal sebagai individu yang tabah dan kuat melawan penyakitnya.
“Selama ini kami tidak pernah dengar Afiq mengeluh sampaikan kadang-kadang kita tak tahu pun dia sakit, mungkin dia tidak mahu menyusahkan kami.
“Kami sudah usaha cuma doa dan tawakal saja mudah-mudahan Allah mudahkan dia melawan penyakitnya, memberi kesembuhan dan panjangkan usianya.
“Sebagai bapa, dengan rasa rendah hati saya memohon rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kesembuhan Afiq, mana tahu mungkin ada doa hamba Allah lain yang dimakbulkan,” katanya.
Doakan Terbaik
Sementara itu, penderma hati pertama di Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, mendoakan yang terbaik buat Afiq Ikmal.
“Saya harapkan terbaik bagi adik Afiq kerana jangka hayat penerima mampu bertahan lebih 20 tahun selepas menjalani pembedahan pemindahan hati.
“Saya agak risau jika berlaku penolakan, selepas 22 tahun pembedahan dilakukan kerana ada kes penerima lain, Nurul Afiqah Mohd Zahir, meninggal dunia selepas puluhan tahun menjalani pembedahan sama.
“Afiq sebelum ini, dikatakan sudah beberapa kali keluar masuk hospital, tetapi keadaannya kali ini agak membimbangkan. Saya bercadang untuk menziarah Afiq, kira-kira jam 9 pagi esok,” katanya.
Sebelum ini, Wan Mohd Hafizam dilapor mendermakan sebahagian hatinya kepada Mohd Afiq Ikmal yang ketika itu berusia 14 bulan.
Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.
Baca Lagi Di Sini:
‘Syukur Alhamdulillah’ Ayat Yang WAJIB Kita Ucap Setiap Hari, Hati Pasti Tenang
MW: Sama-sama kita doakan kesejahteraan adik Mohd Afiq Ikmal. Semoga dia diberikan kesembuhan dan panjang umur untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: Bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI