Tak Wajib, Tapi Hadis Sahih Sebut ‘Dituntut Berdoa Ketika Ayam Berkokok’

Pernah dengarkan kisah bila mana ayam berkokok itu, tandanya ayam melihat malaikat. Jadi, kita yang mendengar itu berdoalah moga doa kita cepat sampai kepadaNya dan dimakbulkan.

Bermacam kemusykilan timbul tentang kisah ini. Benarkah ada hadis sahih tentangnya. Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias menjelaskan tentang hadis sahih doa ketika ayam berkokok ini.

Ini Hadis Yang Sangat Sahih, Berdoa Ketika Ayam Berkokok

Cik Man kongsikan hadis yang sangat sahih berkenaan doa ketika ayam berkokok.

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

Maksud :”Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan“. (Hadis Sohih Riwayat Bukhari dab Muslim)

Ada satu lagi hadis dengan tambahan salakan anjing.
إِذَا سَمِعْتُمْ نُبَاحَ الْكِلَابِ وَنَهِيقَ الْحُمُرِ بِاللَّيْلِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ ، فَإِنَّهُنَّ يَرَيْنَ مَا لَا تَرَوْنَ
Apabila kamu mendengar salakan anjing dan bunyi keldai pada waktu malam, maka pohonlah pertolongan dengan Allah, maka sesungguhnya mereka (anjing dan keldai) melihat apa yang kamu tidak lihat“. (Hadis Riwayat Abu Daud) Hadis ini dinilai sohih oleh Al Albani.

 

Tak Wajib, Tapi Hadis Sahih Sebut ‘Dituntut Berdoa Ketika Ayam Berkokok’

6 Kelebihan Hadis Sahih Ini Yang Ramai Tak Tahu

Ada beberapa faedah dari hadis ini :

1) Kita dituntut berdoa (tapi tak wajib) ketika ayam berkokok.

2) Diharapkan berdoa ketika ayam berkokok, doa akan dimakbulkan. Ini kerana dalam hadis, disebut keberadaan malaikat, maka diharapkan malaikat turut sama mengaminkan doa itu.

3) Hadis tidak menyatakan bahawa ayam berkokok kerana melihat malaikat saja. Boleh jadi ayam berkokok sebab lain seperti diganggu manusia atau faktor-faktor lain.

4) Kita tidak hanya membataskan doa hanya ketika ayam berkokok saja. Bahkan kalau ayam tak berkokok pun memang kita dituntut berdoa. Sebab banyak lagi waktu dan tempat yang mustajab doa yang disebut dalam hadis hadis sahih. Waktu ayam berkokok pun tak wajib berdoa.

5) Korang tak perlu nak pertikai atau bahasa mendalam tentang bagaimana keadaan ayam melihat malaikat, sebab ini adalah urusan ghoib yang diuruskan oleh Allah. Tugas kita berbuat sebagaimana yang disebut dalam hadis sebagai ikut perintah Nabi. Iaitu berdoa.

6) Dalam hadis kedua berkenaan salakan anjing, maksud ayat “mereka melihat apa yang kamu tidak lihat” ialah anjing dan keldai melihat jin dan syaitan.

Sumber/Foto : Cik Man (PU Azman)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI