Tahukah anda, selain kulit bawang, kulit nanas pun boleh dijadikan baja organik. Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah.

Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas. Selepas ini bila makan buah nanas, pastikan jangan buang kulitnya. Kita gunakan sebaik mungkin untuk menyuburkan pokok tanaman.

DIY Baja Guna Kulit Nanas

DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik

Bahan-bahan:

1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral

Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik

Cara-cara:

1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.

DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik

IKLAN

DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik

2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.

3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.

DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik

IKLAN

4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)

5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.

DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik

 

IKLAN

DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik

6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.

Cara guna:

1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.

2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.

INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.

Sumber: Cikwan redzuan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI