Lebat sungguh dan memang meriah hasilnya apabila cili kampung yang ditanam, sekali petik sahaja pun dan boleh dapat sedulang! Memang jimat, tak perlu beli cili kampung lagi di pasar.

Rupanya ada caranya untuk dapatkan hasil cili kampung yang meriah merimbun macam ni.Selain dengan siraman air baja, kena pastikan pangkal pokok ditutup dengan sabut, untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Bagi yang tanam pokok cili di rumah, boleh tip tanam pokok cili kampung yang dikongsikan oleh Puan So Na Ta ini supaya meriah hasilnya.

Memang simpan untuk raya. Halia & kelapa je kena beli. Dua pokok je yang dipetik, dapat satu dulang.

CILI KAMPUNG Sekali Petik Dapat Sedulang, Pangkal Pokok Tutup Dengan Sabut!

Baca Lagi Di Sini: Buat Sendiri Cili Padi Jeruk. Rendam Air Kapur, Baru Tahan Lama Dan Rangup

CILI KAMPUNG Sekali Petik Dapat Sedulang, Pangkal Pokok Tutup Dengan Sabut!

Tipnya:

1. Simpan air basuhan ikan (air basuhan pertama dan kedua) dan siram pada pokok cili.

2. Siram juga pokok dengan air beras.

IKLAN

3. Dua minggu sekali letak baja organik (Milagro).

CILI KAMPUNG Sekali Petik Dapat Sedulang, Pangkal Pokok Tutup Dengan Sabut!

Info Ekstra!

  • Tanam dalam bag beras pun dah ok.Sebelah bawah lapiskan dengan sabut kelapa untuk lembabkan tanah. Saya pun bukan tanam kat tanah, tanam dalam tong cat je.
  • Nak cantikkan daunnya dan banyak buah, biasanya yang saya buat kalau daun keriting saya akan potong pokok tu.Buang mana yang kerinting. Tinggalkan tiga atau empat jari dari tanah.Kalau pokok dah besar potong sejengkal dari tanah

Mudah saja. Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Boleh beli baja Milagro murah di sini: https://invol.co/cla6s7w

CILI KAMPUNG Sekali Petik Dapat Sedulang, Pangkal Pokok Tutup Dengan Sabut!

IKLAN

Mesti Baca: Cantas POKOK CILI Sewaktu Tinggi Sejengkal, Pucuk Baru Naik Merimbun Berbuah Banyak!

Sumber: So Na Ta

Mingguan Wanita:Memang meriah dan lebat sungguh hasil cili kampung ni. Boleh ikut tip yang dikongsikan dan pastikan pangkal pokok ditutup dengan sabut, untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Artikel Menarik: Guna Kaedah CUBIT-CUBIT Buang Pucuk, Bertambah Tunas Baru Merimbun POKOK CILI!

IKLAN

Begini cara Alif Satar ajar anak-anak puasa.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke suami isteri bila dah kahwin, perangai berbeza?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI