Dilema wanita bekerja, terpaksa bantu suami, tak mahu dikata jadi beban, nak ada wang sendiri. Dahulu, isteri sering dianggap sebagai suri rumah yang sepenuhnya bergantung kepada suami dari segi kewangan.
Dilema Wanita Bekerja, Terpaksa Bantu Suami, Tak Mahu Dikata Jadi Beban, Nak Ada Wang Sendiri
Namun, kini semakin ramai wanita yang memilih untuk bekerja. Wanita bekerja sama ada sebagai langkah untuk membantu suami atau sebagai cara untuk berdikari dan tidak menjadi beban kepada pasangan mereka.
Bagi ramai isteri, bekerja adalah cara untuk meringankan beban suami dalam menguruskan kewangan keluarga. Kehidupan di bandar atau kawasan yang kos sara hidupnya tinggi memerlukan pendapatan yang lebih besar untuk memastikan keluarga dapat hidup dengan selesa. Dalam situasi sebegini, isteri yang bekerja dapat menyumbang kepada pendapatan keluarga dan membantu mencapai kestabilan kewangan.
Rupanya, ramai juga wanita merasa terpaksa bekerja kerana dirinya dianggap ‘membebankan’ oleh si suami, sedangkan hasrat di hati ialah dia mahu bersama anak di rumah, mendidik mereka dengan acuan sendiri dan melengkapkan keperluan rumahtangga dengan sempurna. Kalau pun mahu bekerja, dia bekerja kerana minat dan cinta, bukan kerana rasa diri diperhina suami kerana tidak bekerja.
Tetapi kerana diri dianggap ‘membebankan’ oleh si suami, maka wanita tadi (yang sebelum-sebelum ini juga) memaksa diri untuk bekerja dan menguruskan segala urusan rumahtangga dalam masa yang sama – seorang diri.
Mengurus anak ke taska dan sekolah, membayar bil bulanan, kereta dan rumah, menyiapkan makanan dan keperluan dapur, menguruskan perbelanjaan harian dan sebagainya.
Hanya dari isu ‘berkecil hati’ kerana dianggap membebankan, wanita berkorban supaya tidak lagi dianggap membebankan. Bila diajak berkomunikasi, suami berang dan naik suara tinggi. Kadang-kadang naik tangan dan kaki. Wanita pun pujuk diri, “Tak apalah, berkorban lagi untuk suami,”
Tapi Selepas Berkorban Bekerja…
Selepas dia berkorban, dan tidak lagi menjadi beban sebaliknya dialah yang menanggung segala beban, tiba-tiba si suaminya pun berkata,
Ads
“Isteri saya pandai berdikari, cuma tak pandai ‘jaga diri’ dan berhias untuk saya. Sebab tu saya nak cari pengganti. Dia dah pandai berdikari. Pandai-pandailah dia hidup sendiri”
Saya berdoa generasi jantan sebegini kian dipupuskan dari dunia ini. Biarlah yang hidup atas bumi ini, yang berkahwin dan berkeluarga ialah LELAKI, dan bukan jantan.
Lelaki Dan Jantan
Beza lelaki dengan jantan, lelaki adalah makhluk yang ALLAH muliakan dengan qawwam yang diberi kepadanya. Dia melindungi wanita, menjaga wanita, bekerjasama dengan wanita dalam membawa agama ALLAH. Berbahagi tenaga, berkongsi rasa, menguatkan langkah dan menguatkan antara satu sama lain.
Jantan? Dia cuma tahu dan mahu betina. Lain-lain dia lupa. Anak, nafkah, agama keluarga, tanggungjawab, itu semua dia lupa.
Cari duit malas, tolong jaga anak malas, bayar bil malas, lunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga malas, semua malas. Yang dia tahu, nak bebas.
Saya cuma dapat geleng kepala. Sambil pesan kepada wanita,
Ads
Akal ALLAH beri tu, mesti GUNA. Jangan guna emosi saja. Sebab sayang suami, sanggup jadi alas kaki. Akal juga mesti diguna. InshaALLAH, pandailah kita buat keputusan yang akan mengurangkan ruang-ruang zalim dan dosa atas dunia ini.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
Ads
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sememangnya isteri diberi kelebihan deria keenam dalam merasai apa yang tersirat di hati tatkala ada pasangan cuba menipu atau berbohong. Hanya isteri-isteri sahaja yang tahu apa yang terlintas di fikiran dan apa yang difikirkan itu ada benarnya. Malah, tidak terkecuali isteri pun suka membohong. Bohong untuk selamatkan diri atau untuk tidak mahu keadaan rumah tangga menjadi parah. Jadi, lebih baik berbohong. Mengulas lebih lanjut tentang bercakap bohong ini, Dr Ahmad Kamal, Pakar Kaunseling Keluarga ada jawapannya.
Dr Ahmad Kamal
Punca Bohong
Kini, banyak kes kaunseling yang melibatkan isu pasangan berbohong, baik suami mahupun isteri. Antara sebab kes pembohongan suami isteri ini ialah:
Ingin selamatkan diri daripada dimarahi atau diceraikan.
Ingin memastikan dirinya dapat meneruskan tindakan yang dilakukan itu tanpa prasangka.
Kepuasan diri.
Di antara perkara-perkara yang menjadi pokok persoalan berkaitan kes pembohongan dalam hubungan suami isteri ialah:
Kewangan
Skandal
Kesihatan
Banyak kalangan suami isteri dalam masyarakat kita didapati tidak jelas akan bahaya berbohong dalam kehidupan berumah tangga. Ketirisan kefahaman mengenainya adalah kesan daripada:
Lupa akan nasihat para guru agama, moral dan ibu bapa
Lalai dengan kemewahan hidup
Gagal menahan sabar dengan kesulitan hidup
Bagi mengatasi kesulitan, kekurangan dan tekanan perasaan kendiri, maka banyak kalangan suami isteri melakukan pembohongan terhadap pasangan masing-masing.
Kesan Berbohong
Kesan daripada membohong sebenarnya sangat buruk. Di samping dosa, hati orang yang suka membohong juga akan rosak. Akibat berbohong itulah, hati menjadi jahat, zalim dan cenderung melakukan kecurian. Menyedari bahaya bohong itulah, orang-orang tua dahulu hasilkan ungkapan “Mula-mula membohong, lama-lama mencuri!”.
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda, maksudnya:
“Amatlah besarnya khianatmu jika engkau cakapkan kepada saudaramu suatu perkara, yang dia mengangka perkataanmu benar. Padahal engkau sendiri merasa bahawa engkau berbohong”. (HR Muslim).
Akibat pembohongan suami isteri juga akan memberi natijah kepada perkara berikut:
Terbitnya rasa duka
Krisis komunikasi perorangan
Rasa ketidakbolehan kepercayaan
Masalah kecelaruan emosi sama ada satu pihak atau keduanya
Isu perceraian
Anak-anak tertekan
Kejeleketan pasangan menjadi terlerai
Terhakisnya kasih sayang
Hilang fokus membina keutuhan ekonomi institusi keluarga
Kebahagiaan hidup terhakis dan mungkin hilang
Rawat Pembohongan Kendiri
Imam Al Ghazali pernah mengingatkan bahawa sikap bohong itu boleh dibasmi atau dirawat dengan sikap benar (jujur). Sikap benar itu termasuklah:
Dalam berkata-kata
Niat
Azam
Tindakan
Kerjaya
Penghayatan agama
Berdoa, bertaubat dan berusahalah supaya menjadi suami atau isteri atau insan yang jujur lagi benar dalam setiap tindakan.
Kesimpulan
Hidup berumah tangga biarlah berobjektif untuk sama-sama berbahagia, saling melengkapi seterusnya dapat melahirkan zuriat yang unggul, terbilang. Kelak dewasa nanti menjadi insan soleh dan berbakti.
Rumahku syurgaku. Itu adalah satu ungkapan indah dan mampan. Buang yang keruh ambillah yang jernih, nescaya indah peribadi. Harga sebuah kemaafan tidaklah boleh sampai memaksa pasangan kita untuk menerima kebohongan kita ‘membabi buta’.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila ada sesuatu masalah, suamilah tempat untuk diluahkan apa yang tersimpan dalam hati. Sekurangnnya dengan luahan ini mampu meredakan dan buat isteri tenang. Lebih-lebih lagi bila suami mendengar dan memberi respon apa yang diberitahu isteri.
Maklum sahaja, ada sesetengah suami mula buat endah tak endah dengar apa yang diluahkan isteri. Inilah yang membuatkan isteri rasa jauh hati. Seolah-olah dia bukan orang yang penting pula.
Sebenarnya, bila isteri luahkan dan suami dengar pun dah cukup buat isteri tenang dan bahagia. Daripada masalah yang dirasakan besar mampu diselesaikan dengan suami ada di sebelah mendengarnya.
Percaya atau tidak, dengar suami melayan masalah suami pun isteri rasa cukup terharu. Seperti apa yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa ini tentang bagaimana suami menggunakan kuasa sabarnya dalam rumah tangga.
Saya lihat isteri menung di hujung katil. Tangannya memegang telefon. Ada banyak whatsapp yang belum dibalas.
Jam dah 12.30 malam.
“Saya rasa nak tutuplah taska ni bang, dah tak larat dan saya penat”
Airmata isteri jatuh jua kali ini.
Perlahan-lahan saya bangun dari tempat tidur anak. Saya duduk di sebelahnya dan saya offkan hp dia. Lalu, saya berikan bahu untuk disandarkan lelah dan kesah ini.
“Dalam dunia ni, kalau awak nak tahu, awaklah orang yang paling kuat saya jumpa. Awaklah orang perempuan yang keras kepala dan kuat jiwa. Bertahun dah awak usaha, habis darah dan air mata untuk bina impian dan cita-cita, takkan awak nak tutup?”
Tangisan isteri makin kuat.
“Kita ni kuat sebab Allah, sebab anak-anak dan kita kuat sebab ramai yang doakan kita. Anak-anak taska yang awak dan semua cikgu jaga tu, semua doakan kita. Awak kata taska dan syurga kita? Kita sama-sama jaga syurga tu. Allah bina syurga kita kat sana”
Alhamdulilah. Isteri tenang. Saya hulurkan air dan isteri terus lena.
Guna Kuasa Suami
Kadang,
Sebagai suami kita lupa satu perkara.
Kita ada power dan kuasa yang Allah bagi untuk kita jaga dan pimpin isteri serta anak-anak kita.
Duduk sebelah isteri yang tengah serabut pun, kita hanya diam dan pesan dengan sabar, isteri terus tenang dan bahagia.
Isteri penat di dapur dan rumah, cukup kita tolong basuh pinggan dan bantu uruskan anak-anak, isteri terus mampu senyum walau penatnya dia Allah saja tahu.
Powernya seorang suami bila dia benar-benar menggunakan sabarnya buat rumah tangga.
Kekuatan sabar itu hanya kita akan dapat bila dimalam yang sunyi sepi, airmata dan doa ini jatuh mengenangkan betapa lemahnya diri ini dalam menjadi suami.
Satu kaki sudah di neraka.
Tinggal satu lagi didunia untuk berusaha melangkah ke syurga.
Bantulah wahai Allah.
#sweeterapi
MW: Isteri ni kalau suami dengar apa yang dikatakan atau diluahkan olehnya pun dah cukup. Jangan suami buat tak tahu sudahlah.
Ketika menghadiri majlis keraian seperti majlis rumah terbuka, majlis harijadi dan sebagainya pelbagai hidangan enak terhidang di atas meja. Si kecil pasti teruja melihat aneka hidangan manis yang menjadi dambaan mereka. Sebagai ibu anda perlu peka dan pantau dengan makanan yang si kecil ambil bagi memastikan mereka tidak mengambil makanan yang tidak baik secara berlebihan. Anda mungkin tak punya banyak masa dan mata untuk memerhatikan gerak langkah si kecil namun apa yang boleh anda buat adalah:
Seimbangkan makanan
Hal ini dapat dilakukan dengan mengajar anak-anak untuk makan secara bersederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, ia perlu diambil dalam jumlah yang banyak tetapi tetap perlu diseimbangkan dengan jenis kumpulan makanan yang lain juga.
Apa yang berlaku pada masa kini ialah si anak dibiarkan makan secara berlebihan. Lemak yang terlalu banyak daripada makanan yang diambil akhirnya disimpan di dalam tubuh lalu menjadi penyebab obesiti terjadi.
Minimumkan makanan ringan
Makanan ringan mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera si dia untuk memakannya secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpama dengannya boleh menyebabkan anak enggan mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Ketahuilah, bahan tambahan yang terdapat dalam makanan sebegini juga boleh menjejaskan kesihatan anak anda apabila meningkat dewasa.
Sekat minum berkarbonat
Ada sesetengah rumah yang anda kunjungi menyediakan air minuman berkarbonat di musim perayaan. Minuman berkarbonat tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kandungan gulanya yang tinggi. Gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Jika meminum air berkarbonat menjadi amalan biasa, kegagalan buah pinggang boleh berlaku di usia muda.
Banyakkan minum air
Selepas makan pelbagai makanan di hari raya sebaiknya anda menyuruh si kecil minum air kosong. Anak perlu dididik minum air antara enam hingga lapan gelas sehari. Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh, mengawal suhu badan dan mengeluarkan toksik.
Hadkan gula tambahan
Gula tambahan sering dirujuk sebagai kalori kosong. Pengambilannya secara berlebihan meningkatkan risiko obesiti. Tindakan mengehadkan jumlah gula tambahan dalam diet kanak-kanak memang disyorkan. Anda perlu sedar hakikat ini apabila membuat keputusan mengenai jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk anak. Hal ini kerana wujud gula tambahan dalam pelbagai makanan dan minuman yang diproses.
Disebabkan nama ramuan yang kurang dikenali digunakan seperti sukrosa, maltose, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa, ramai tidak menyedari bahawa mereka memberikan anak terlalu banyak gula.
Info:
Ketahuilah bahawa kanak-kanak perlukan makanan yang segar. Makanan ini pula tidak perlu ditambah dengan garam ataupun gula. Pengambilan garam yang berlebihan dikhuatiri boleh merosakkan buah pinggang mereka manakala gula pula boleh menyebabkan masalah kerosakan gigi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...