Mak mentua suka audit menantu, rumah tangga jadi kacau bilau. Bertengkar disebabkan cemburu dengan pasangan tidak sebisa bertengkar kerana campur tangan keluarga mentua.
Mak Mentua Suka Audit Menantu, Rumah Tangga Jadi Kacau Bilau
Hari ini semakin ramai pasangan muda yang duduk bersama mentua. Mungkin untuk tempoh awal perkahwinan tidak menjadi masalah. Elok juga mentua memberi petua bagaimana nak menjaga anaknya. Tapi apabila sudah terlalu lama, maka akan berisiko untuk timbul hal-hal lain.
Ada mentua yang seperti juruaudit yang selalu membuat pemeriksaan mengejut cara menantu menguruskan anak dan cucunya. Memang niatnya tulus suci mahukan yang terbaik. Tetapi terus-terang cakap, siapa yang suka setiap hari diaudit?
Lebih mencabar apabila suami pula terpaksa menyebelahi ibunya. Oleh itu, elok jika disebut begini. Cukuplah sekadar enam bulan dan selepas itu berdirilah di atas kaki sendiri. Betul, banyak faktor penjimatan tetapi jangan lupa cabarannya juga besar.
Sebab Lain Timbulnya Konflik:
Cemburu
Tanpa mengikut urutan keutamaan, saya melihat faktor cemburu kepada rakan pasangan, sering menjadi isu perbalahan antara suami dan isteri. Suami cemburu kepada rakan isteri dan isteri pula sakit mata dengan rakan suami.
Mengikut satu kajian, konflik yang berpunca daripada rakan pasangan merangkumi 7% pada pihak suami dan 8% pada pihak isteri.
Suka atau tidak suka, media sosial memang menyumbang kepada perkara ini. Bekas kekasih lama bertemu semula. Mungkin tidak secara berdepan dan sekadar dalam laman sosial tetapi sudah cukup menggetarkan hati pasangan.
Ads
Walaupun masing-masing menyedari status yang sudah berubah tetapi itu memang kerap menjadi penguji tegar kepada keyakinan pasangan sendiri. Oleh itu, pilihan keutamaan ada di tangan anda.
Hubungan Intim
Bertengkar tentang hal dalam bilik tidur juga kerap menjadi isu. Ada isu pasal terlebih dan ada juga isu terkurang. Isu begini jarang berlaku pada pasangan muda tetapi lebih kerap berlaku pada pasangan yang boleh dianggap sudah berpengalaman lima hingga 10 tahun perkahwinan.
Perubahan hormon, kekuatan fizikal dan ayunan emosi yang berbeza menjadikan aktiviti di bilik tidur tidak seringkas seperti waktu berbulan madu dahulu. Waktu itu pantang tersentuh terus ‘menjadi’, tetapi sekarang tidak lagi begitu. Lelaki perlukan layanan fizikal tetapi isteri mahukan lebih perhatian emosi. Memang berlaga!
Isteri Lebih Berduit
Masa bercinta semua nampak cantik dan elok. Setelah habis tempoh bulan madu barulah dunia sebenar rumah tangga bermula.
Ads
Cinta memang indah tetapi komitmen dalam rumah tangga itu perlu dibuktikan.
Hari ini ramai pasangan yang isterinya mempunyai pendapatan jauh lebih tinggi daripada suami. Ini adalah asid pekat yang pasti menguji kesabaran dan keikhlasan anda.
Tidak salah anda ikhlas membayar lebih kos pengurusan rumah tangga tetapi anda perlu lebih kebijaksanaan untuk berbincang tentang hal tanggungjawab suami. Suka atau tidak realiti ramai pasangan muda hari ini bercerai kerana faktor komitmen kewangan ini.
Cara Didik Anak Berbeza
Jangan lupa yang terakhir ialah faktor cara mendidik anak-anak terutama apabila kedua-dua suami isteri berpendidikan tinggi. Ada pertengkaran disebabkan kelakuan anak-anak yang dianggap berpunca daripada sikap atau cara didikan sama ada si suami atau isteri di rumah. Suami salahkan isteri dan isteri menunding jari kepada suami kerana tidak peduli pasal anak-anak.
Keadaan menjadi lebih runcing apabila pasangan itu dikurniakan anak istimewa. Percayalah, hanya pasangan yang ada anak istimewa sahaja yang tahu betapa hebat cabarannya. Berat mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Masalah besar timbul apabila hanya ada satu bahu sahaja yang memikul dan yang satu lagi berlepas tangan. Oleh itu bersedialah!
Artikel ini dikongsikan oleh Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation, juga penulis tetap ruangan Nota Untuk Isteri di dalam majalah Mingguan Wanita.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Tak dinafikan kehadiran anak-anak merupakan penyeri, menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga tak kiralah berapa pun jumlahnya. Ada pasangan suami isteri yang sanggup mencuba pelbagai kaedah dan cara demi untuk mendapatkan anak. Jika berkemampuan, memang tiada salahnya untuk memiliki anak ramai dan keluarga besar, malah lebih meriah!
Impian Miliki 100 Anak
Sepasang suami isteri jutawan, Galip Ozturk, 56, dan Christina, 23, menyimpan impian besar untuk memiliki sekurang-kurangnya 100 anak dalam keluarga mereka.
Menurut Christina, mereka sudah memiliki 11 anak dan akan menggunakan khidmat ibu tumpang bagi menambah koleksi cahaya mata, lapor akhbar The Sun, baru-baru ini.
“Ketika ini, saya mempunyai 10 anak dengan yang bongsu bernama Olivia, dilahirkan hujung bulan lalu.
“Saya melahirkan sendiri anak sulung, Vika, enam tahun lalu manakala anak-anak lain dilahirkan oleh ibu tumpang,” katanya kepada portal Newsflash.
Guna Khidmat Ibu Tumpang
Tambah Christina, dia sangat obses dengan idea kehidupan dikelilingi anak-anak yang ramai sejak berkahwin dengan suaminya.
Sehingga kini, pasangan itu tidak pernah meletakkan sebarang had jumlah anak yang mahu dimiliki namun 100 cahaya mata adalah sasaran utama.
Mereka berdua juga sanggup membelanjakan £800,000 (RM4.4 juta) bagi menggunakan khidmat ibu tumpang untuk merealisasikan misi 100 anak mereka. Kos bagi menggunakan khidmat seorang ibu tumpang di Batumi ialah sekitar £8,000 (RM39,206) bagi setiap kelahiran.
Sementara itu, Christina berkata, mereka tidak terlibat secara langsung dengan ibu tumpang bagi mengelakkan sebarang masalah terutama ketika sesi penyerahan bayi.
Dia hanya bertindak sebagai penasihat dalam memberi cadangan berkaitan diet pemakanan dan pelan nutrisi sepanjang kehamilan ibu tumpang anak-anaknya.
MW: Memang meriah bila dikelilingi anak-anak yang ramai, keluarga besar. Jika berkemampuan tiada salahnya. Namun dalam Islam, miliki anak dengan cara ibu tumpang tidak benarkan dan hukumnya haram iya.
Anak sulung, dialah insan pertama yang menghuni rahim seorang ibu. Dialah juga membawa kegembiraan pada setiap isteri yang bakal bergelar ibu, umi, mama dan pelbagai gelaran untuk dipanggil anak ini kelak.
Anak sulung, ditantang bagai minyak yang penuh. Dibelai dan dikasihi sebelum adanya adik-adik yang lain. Bila adanya adik, perhatian padanya mula beralih buat adik pula. Kadang-kadang anak sulung mula terasa terabai dan mula pandai membawa diri. Sedar tanggungjawabnya sebagai anak pertama.
Ini bila ada dua orang anak. Bagaimana dengan ahli keluarga yang ramai. Adik-adik di bawahnya sehingga tiga empat orang. Tanggungjawab diletakkan di bahunya. Jika adik buat nakal, mak ayah akan cari anak sulung. Begitu juga dalam menjaga adik-adik. Kadng-kadang silap adik, anak sulung pula yang kena marah. Begitulah tanggungjawab anak sulung yang sangat berat.
Perkongsian daripada Rose Farra mampu membuka mata mak-mak tentang beruntungnya mempunyai anak sulung yang sangat bertanggungjawab pada adik-adiknya dan keluarga.
Semuanya Anak Sulung Kena Buat
“Ummi minta maaf tau, terima kasih Sofia jaga adik, ummi hargai sangat. “
Setiap kali tidur malam mesti ayat ini yang saya bagitau anak sulung. Susah payah dia jaga sambil tengok kartun pun mata tu kena pantau adik dia.
Sambil makan pinggan sendiri pun adik minta makanan untuk di suapkan. Ngangalah si adik. Walaupun suapan yang mungkin akan comot.
Bila nak mandi sendiri pun adik juga minta bukakan baju dan pampers. Walaupun dia tak mampu nak angkat berat nya si adik.
Lagi susah bila mainan disepahkan adik, terpaksa akur kutip tunduk satu satu ambil simpan di tempat nya. Walau pun adik yang buat akhirnya dia di marahi.
Bila nak tidur malam ummi asyik menyusu adik saja, sampai lupa nak peluk akhirnya tertidur sendirian.
Bila tengah tidur enak si adik pulak menangis, terpaksa akur turut bangun juga sekali. Yela suara adik menangis satu rumah pun dengar.
Begitulah.
Kadang kala kita lupa yang sulung lebih banyak memberi tetapi kita lebih banyak memarahi.
Bila tengok balik cara si sulung nasihat kan adik pun dah sama gaya mak mak potpet. Sebab terikut sama cara kita marahkan dia.
Bila di tanya “kakak tak sayang kan adik ke? ”
Lalu jawab lah si dia ” tak! ”
Dah soalan kita tanya pun dah tau jawapan nya.
Tukarlah cara kita tanya kakak kan sayangkan adik. Kakak kan jaga adik baik baik. Peluk lah adik jangan di pukul.
Saya rasa perlu saya tanam dalam hatinya, marah boleh tapi sebab sayang. Peluklah adik, mungkin adik juga tidak mengerti tetapi tahu kakak sayang kan dia melalui pelukan.
Ada kalanya kita letih sebagai ibu ayah dalam mendidik, tapi ingat lah setiap detik Allah rasa kan tangggungjawab lepas lahirnya si sulung ke dunia.
Ceriakan Hari
Anak sulunglah yang membawa menceriakan hari kita, Dialah yang menutup mulut orang bertanya bila nak ada anak, Dialah yang menjadikan kita ibu dan ayah buat pertama kali, Dan Dialah biasa kita paling marahi.
Walaupun kita salah erti akan maksudnya, perkataan nya dan kurang faham.
Ketahuilah kita hanya memarahi anak-anak syurga.
Moga kita di beri kefahaman dalam mendidik anak-anak yang bakal bawa kita ke syurga.
MW: Baik anak sulung lelaki atau perempuan, didiklah supaya bertanggungjawab pada keluarga dan adik-adiknya. Esok-esok, adik pun akan ikut cara abang atau kakaknya juga.
Masa bercinta, bukan main lagi pasangan layan berborak. Ada saja topik yang dibincangkan. Malah, pasangan ikut saja dan iya kan saja apa yang dikatakan. Kadang-kadang siap bagi idea lagi.
Begitulah…sebelum berkahwin tak kisah pun. Tapi bila sudah berkahwin, mulalah malas nak melayan, sepulu ditanya isteri, satu saja jawapan. Itupun kalau dia rajin nak menjawab. Kalu tak anggukan saja.
Kadang-kadang boleh naik pelik bila tengok perubahan suami. Mungkinkah sebab dah bosan atau rimas dengan apa yang dikatakan oleh isteri.
Jangan rimas atau jemu, layan saja isteri. Mungkin, cara ini boleh bagi berjuta idea untuk suami nanti. Malah, dikatakan otak lelaki akan menjadi geliga kalau sentiasa layan isteri borak.
Betul atau tidak, bacalah perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini. Cukup menarik.
Ini fakta tau, otak lelaki jadi makin geliga kalau selalu layan isteri borak!
Otak kita akan jadi geliga kalau layan isteri borak. Ini memang serius sebab semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ini jadi bergeliga, selalu idea fresh datang dengan sendiri.
Padahal yang isteri berceloteh itu tak ada kaitan langsung dengan kerja kita pun
Dikatakan secara purata wanita boleh bercakap 20 ribu patah perkataan sehari. Lelaki pula hanya 7 ribu saja. Sikit sangat kan! 3 kali ganda lebih banyak.
Jadi, memang logiklah suami layan isteri borak, otak suami akan jadi lebih bijak tiga kali ganda lebih tinggi daripada suami borak dengan kawan-kawan lelaki.
Bayangkan jika borak dengan lelaki, otak suami hanya akan memproses 7 ribu patah perkataan saja. Lebih baik borak dengan isteri.
Borak dengan isteri, otak suami dipaksa untuk proses 20 ribu patah perkataan sekaligus.
Lebih banyak memproses akan membuatkan otak suami jadi lebih cepat berfikir.
Patutlah wanita boleh berfikir 10 kali ganda lebih cepat dari lelaki. Sejak kecil lagi sudah proses 20 ribu patah kata sehari.
Jadi, memang tidak hairanlah kalau isteri dalam kereta dia boleh bercakap basuh pinggan, lipat baju dia bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap.
Sebabnya, dia ada kuota 20 ribu patah kata yang perlu dipenuhi.
Lepas ini, kalau nampak isteri berceloteh jangan rimas, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang dengan tiba-tiba.
Makin suami layan isteri berborak, makin kita faham isi hati dia. Kerana wanita sentiasa bercakap dari hati.
Mingguan Wanita : Isteri kena habiskan patah kata itu setiap hari. Kalau tak, nanti akan dibawa ke hadapan, lagi banyak pula akan diboraknya. Mampu ke suami dengar…opppsss…
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bayi 3 bulan maut dipercayai tertindih lengan bapa yang tidak bernyawa. Allahu isteri mana tidak sedih apabila mendapati bayi bongsu dan suaminya telah meninggal...