Sudah menjadi tanggungjawab suami, bila berkahwin perlu menyediakan kelengkapan dan keperluan keluarga. Beruntungnya bila isteri bekerja, ia mampu meringankan beban. Walau bagaimanapun, dalam hal ini isteri yang bekerja pun berhak dapat nafkah. Jangan suami ambil mudah ye!

Sesetengah suami berfikir, bila isteri bekerja dan mempunyai duit sendiri, suami tidak berlu memberi nafkah. Sementelah bila gaji isteri lebih banyak daripada suami hinggakan ada yang ambil kesempatan dan mengharapkan isteri pula yang menanggung segala keperluan keluarga.

Jangan begitu, walaupun isteri bekerja, suami kena bertanggungjawab dalam memberi nafkah dan keperluan rumah dan semestinya isteri juga berhak dapat nafkah itu walaupun hanya sedikit. Jangan main-main bab nafkah ini.

Dalam menjawab isu tentang nafkah ini, ada beberapa perkara yang perlu suami tahu dalam memberi nafkah. Seperti apa yang dikongsikan oleh peguam ini, isteri yang bekerja pun berhak dapat nafkah walaupun hanya RM10.

Walau bagaimanapun, suami janganlah terlalu berkira dan hanya bagi RM10, sedangkan ia lebih mampu daripada itu untuk diberikan kepada isteri. Tak rugi pun bagi banyak sebab asbab inilah rezeki suami bertambah-tambah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Terlepas Pandang Tentang Nafkah Isteri, Punca Suami ‘Sempit Rezeki’

IKLAN

3 Perkara WAJIB Isteri Tuntut HAK NAFKAH. Selainnya Ikutlah Kemampuan Suami

Info Lebih Menarik DI SINI

Isteri Yang Bekerja Juga Berhak Untuk Dapat Nafkah Dari Suami

Orang lelaki bila rasa nak kahwin, kena tanya diri sendiri dulu mampu dan sudah dah bersedia ke nak tanggung nafkah isteri, tak sama dengan bujang yang hanya ingat keperluan untuk diri sendiri je..

Kalau mampu silakan berkahwin, kalau tak mampu dah jadi hukum haram berkahwin jika dengan berkahwin tersebut dia menganiaya isterinya disebabkan tidak mampu memberi nafkah.

IKLAN

Jangan pula dari awal sebelum kahwin lagi dah ingat dalam hati “takpelah bakal isteri aku tu nanti bekerja, ada duit sendiri..tak kisahlah tak bagi nafkah pun kat dia”..

Tanggungjawab Suami

Isteri adalah tanggungjawab suami, wajib diberi nafkah walaupun dia bekerja, matlamat perkahwinan bukan untuk berseronok sahaja, perlu laksanakan tanggungjawab masing-masing, kena ada kasih sayang, bila salah satu pihak tidak melaksanakan tanggungjawab, bagaimana kasih sayang nak wujud, sebaliknya penganiayaan & derita yang di tanggung.

Kes:
Boleh bayangkan tak seorang isteri ini nafkahnya hanya diberi sebanyak RM10 sahaja seminggu dengan alasan suami, isteri bekerja & mampu tanggung nafkah sendiri, tiada duit tambahan lain, tempat tinggal bayar sendiri, pakaian & makanan belilah dengan wang RM10 seminggu itu sahaja.

Mungkin akan ada yang komen..dah banyak itu sahaja yang suami mampu..saya dah lihat penyata gaji suami..sepatutnya lebih daripada RM10 seminggu yang dia mampu. Sekurang-kurangny, bagilah RM50 seminggu pun isteri dah gembira.

IKLAN

Isteri ini sebenarnya dia faham kemampuan suami dia macam mana, kebanyakan isteri ni sanggup bersusah payah demi suami.tapi janganlah suami-suami ambil kesempatan..

Pasangan ini telah bercerai..sedang dalam tuntutan kes nafkah tertunggak isteri..semoga Allah bantu mudahkan tuntutan ini & yang berhak mendapat haknya..

MW: Sebenarnya isteri tak kisah pun tentang hak-hak nafkah ini, tak kiralah berapa yang suami bagi, asalkan suami dapat menjalankan tanggungjawab terbaik pada keluarga. Tapi, dalam tak berkira ini, suami janganlah pula ambil kesempatan atas kebaikan isteri. Ingat ye!

Sumber: Suriati Ghani

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI