Lumrah kanak-kanak suka bermain di mana saja, tidak kiralah ketika sedang sihat atau pun sedang sakit. Apalah yang dia faham selain mencari keseronokan.
Seperti kejadian yang berlaku ini, kepala kanak-kanak perempuan yang positif Covid-19 tersangkut di celah katil wad ketika sedang asyik bermain.
Kepala Kanak-kanak Positif Covid-19 Tersangkut
Kepala kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga pesakit Covid-19 tersepit besi katil di wad Hospital Tumpat, Kelantan kelmarin. Dalam kejadian pada 10.20 malam itu, mangsa dikatakan sedang bermain seorang diri di katilnya.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu memasukkan kepalanya di celah besi itu dengan kakinya terjulur ke bawah sebelum gagal mengeluarkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.27 malam dan lapan anggota bergegas ke lokasi.
“Ketika tiba anggota kami mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan tersepit namun dia tidak menangis atau merengek.
“Operasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memotong besi katil dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Baijuri berkata, kerja menyelamat itu dipantau oleh pegawai perubatan serta jururawat hospital berkenaan dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ambil Sedikit Masa Patuhi SOP
Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil sedikit masa sebelum dapat menjalankan operasi menyelamat kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan mangsa adalah pesakit Covid-19.
Ads
“Anggota yang terbabit perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan membuat sanitasi selepas operasi.
“Selain sanitasi diri, jentera serta dua kenderaan utiliti yang digunakan turut perlu disanitasi bagi mengelakkan penularan wabak itu,” katanya.
MW: Dalam kejadian ini tiada siapa yang harus dipersalahkan, biasalah walaupun berada di rumah di bawah pemantauan mak, ayah perkara sebegini tetap berlaku. Apatah lagi berada jauh daripada ibu, bapa segalanya ingin dicuba anak-anak.
Peningkatan kes Covid-19 membuatkan ramai antara kita mula panik dan gelisah. Selain mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dan elakkan tempat yang sesak, mak ayah juga boleh membaca Qunut Nazilah.
Dia qunut Nazilah ialah salah satu qunut daripada tiga qunut yang sunat dibaca di dalam solat dalam solat mengikut Mazhab Shafie.
Kebiasaannya doa qunut nazilah dibacakan ketika umah Islam menghadapi bencana, ditimpa musibah, wabak seperti mana sekarang kita sedang dilanda pendemik Covid-19.
Disaran Membaca Qunut Nazilah
Malahan, semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran membaca Qunut Nazilah ketika solat fardu Jumaat esok bagi memohon dihindari daripada wabak Covid-19.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail berkata, selain itu, ia juga digalakkan dibuat ketika solat Subuh setiap hari.
Katanya saranan pelaksanaan itu sudah pun diberikan menerusi surat pekeliling kepada pentadbiran masjid dan surau untuk tindakan lanjut.
“Umum sedia maklum bahawa kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 13,993 setakat ini.
“Peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak dan kemunculan kluster baharu amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Untuk rekod, Jawi mempunyai 89 buah masjid, 123 buah surau Jumaat dan 561 surau biasa di seluruh Wilayah Persekutuan.
MW: Rasanya mak,ayah di rumah boleh mengamalkan doa qunut nazilah bagi menghindarkan diri dan Keluarga daripada virus Covid-19. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah SWT. Insyallah.
Selamat Pengantin Baru Syifa & Safawi. Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru, pempangaruh Syifa Melvin, 28 dan juga pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 27.
Dengan sekali lafaz, Safawi selamat bernikah dengan Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin 8.46 malam tadi.
Selamat Pengantin Baru Syifa & Safawi
Difahamkan pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa Syifa sendiri iaitu Amirol Melvin Abdullah.
Pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin berlian kepada Syifa manakala wang hantaran tidak didedahkan.
Seperti mana gambar-gambar yang tersebar di laman Instagram majlis pernikahan berkonsep dalam taman menyaksikan pasangan mempelai menggayakan persalinan pengantin sedondon berona nude.
Mengharapkan Doa Yang Baik-Baik Dari Orang Ramai
Seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online, Syifa mengharapkan orang ramai tidak terlalu menguar-uarkan tentang majlis pernikahannya dengan Safawi dan hanya mengharapkan doa yang baik-baik.
“Tak payahlah dihebohkan lagi tentang hal ini (perkahwinan dengan Safawi). Saya minta sangat-sangat,”
“Kalau betul dah sampai waktunya nanti, anda semua akan tahu. Saya cuma mohon doa yang baik-baik daripada semua agar perhubungan ini mendapat reda Allah SWT,” ujarnya.
Untuk pengetahuan sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan sudah dihidu lebih awal oleh penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.
Mempunyai rak dapur sangatlah penting untuk susun barang-barang agar nampak lebih kemas dan teratur. Jika selalu rak dapur kita beli je, dengan idea menarik dan kreatif sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri rak dapur mudah alih pelbagai guna ini semudah ABC. Lebih menjimatkan dan puas hati buat sendiri.Guna kepingan kayu pallet untuk menghasilkan rak dapur ini, bukan sahaja berfungsi untuk letak barang tapi juga mampu menaikkan lagi seri dapur.
Ikut langkah mudah ini;
Bahan-Bahan:
Kayu Pallet (Terpulang kepada pilihan jenis kayu masing-masing)
Paku
Penukul Besi
Alas Rumput
Cara Membuat:
1. Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood)
2. Potong mengikut bentuk kotak-kotak dan paku. Anggaran panjang dan lebar kayu mengikut anggaran sendiri, jika mahu panjang atau pendek, besar atau kecil.
3. Gosok dgn kertas pasir atau mesin keatas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
4. Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
5. Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
6. Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).
** Rak sengaja di susun serong pada bahagian atas dan tegak pada bahagian bawah bagi memudahkan untuk meletak botol-botol.
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...