Agak-agak macam mana wanita yang tak bekerja boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?
Ini realiti ya, apabila seorang wanita yang tak keluar bekerja mendengar tentang keutamaan bersedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: “Bagaimana, sedang aku tak punya duit?” Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan macam mana caranya?
Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah bersedekah.
Jangan susah hati sebab kalau betul nak bersedekah kita ada seribu satu cara yang kita boleh buat…
1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.
2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.
3. Amar ma’ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.
Ads
4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.
5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.
6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.
7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.
8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.
Ads
9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.
10. Kongsi makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.
11. Pernah tak rumah ‘diziarahi’ binatang yang tak diundang? Haa… berilah makan pada kucing yang entah siapa-siapa itu makan. Bagi burung atau binatang lain makan pun dikira sedekah.
12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.
13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.
Ads
14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, ya itu pun masih dikategorikan sedekah.
15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.
Milik Allah lah segala puji dan kurnia.
Kaedah Penting:
Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun.
Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu).
Mereka yang paling utama… yang paling dekat, kemudian yang terdekat.
Perlu diingatkan bahawa;
“Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api”.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang ada benarnya, sesetengah isteri memang asal naik kereta je mulalah mata nak terlelap tidur. Bukan kata tak nak temankan suami bawa kereta, tapi mungkin keadaan selesa dalam kereta tu membuatkan diri senang ‘terbuai mimpi’. Malah waktu itulah sebenar-benarnya saat isteri sedang berehat.
Jemput baca perkongsian santai Farhad Hassan ini buat panduan suami;
ASAL NAIK KERETA JE MESTI TIDUR AWAK NI
Tidur sama serentak, sama 8 jam, sama sedar 16 jam, tapi kalau naik kereta, sekejap je mesti wife tertidur. Tak de pun nak teman husband drive ke apa.
Tuan-tuan, fikiran lelaki tak sama dengan fikiran perempuan.
Kita lelaki, tengah-tengah drive tu pun boleh jadi blank. Kosong. Tau-tau je dah sampai destinasi. Badan jadi auto pilot. Kalau boleh masuk kotak fikiran dalam tu, macam 1 dewan yang besar dan kosong.
Jerit hello pun boleh bergema-gema.
Fikiran Perempuan Lain
Sebelum naik kereta, dia fikir suis seterika dah tutup ke belum? Seterika untuk baju. Baju kotor dah basuh ke belum. Nak basuh guna air. Paip air dah tutup ke belum. Bil air dan elektrik naik nanti.
Nak bayar bil kena pakai duit. Duit kena cari. Mana nak cari duit. Kalau tak ada duit, macam mana nak makan. Nak makan kena minum. Minum apa sedap? Bubble tea sedap kot. Nak bubble tea apa eh? Makan apa sedap dengan bubble tea?
Macam tu lah fikiran nya. Non stop dan sering berkait, umpama wayar yang bercantum tapi terikat sana sini.
Waktu Sebenar Isteri Berehat
Tapi bila keadaan dia “terkepit” tak boleh buat apa duduk dalam kereta.. Waktu tu lah otak mula bagi signal untuk slow down. Rest.
Dengan sejuk aircond, gegar-gegar kereta macam massage chair, tak boleh buat apa-apa kecuali duduk.. Waktu tu lah yang sebenar-benarnya wife sedang berehat. Memang tak fikir apa-apa. Wayar-wayar tadi mula terpisah, keadaan jadi tenang.
Berapa jam sangat. Jangan lah dikacau dia berehat. Kalau boleh bagi kusyen, bantal biar dia peluk. Nanti dah sampai destinasi, otak dia kembali bekerja.
Apalah sangat drive sorang-sorang tu. Nanti dah bangun dia juga yang fikirkan makan minum kita, hal urusan kita.
Waktu dia tidur la kita bantai lagu-lagu Metallica, A7X, Trivium yang keras tu, tapi volume slow lah.
Tapi jangan salah sangka, walaupun diaorang tidur, sensor vibration dia tetap on. Ko tekan sikit 120km/j, nanti akan kedengaran suara sayu-sayu..
Macam tau-tau pulak dah lebih had laju 110km/j mamai-mamai pun.
MW: Semoga perkongsian ini memberi penjelasan buat para suami, perkara yang menjadi punca, asal naik kereta je isteri mudah terlena. Bagilah peluang isteri berehat, itulah waktunya isteri dapat berehat dengan tenang. huhu
Ada anak ramai ini sebenarnya rezeki mahal yang mana tak semua orang mampu handle. Tambah mencabar kalau mak ayah memang jenis bekerja. Haaa… kalau silap gaya, memang pening kepala mak ayah dengan karenah anak-anak yang langsung tak sama.
Namun ini rezeki saudara Baharuddin Mohamed, dia mampu jaga anak seramai 9 orang dengan anak-anak yang pandai berdikari walau orang rumahnya suri rumah sepenuh masa. Ikuti perkongsian lelaki berstatus ayah ini…
Rutin Jaga Anak
Anak saya sembilan orang. Lapan darinya sudah bersekolah. 3 lelaki dan 6 perempuan. Paling dewasa 17 tahun. Kami tinggal di kampung.
Ramai orang tanya saya macam mana jaga anak ramai zaman sekarang. Sebenarnya kalau dah ramai tak terasa susah pun. Bila ada anak yang lebih besar, mereka akan jaga adik-adik mereka. Selalu je saya pergi dating dengan isteri saya Zawiyah Saimin berdua-duaan.
Saya dan isteri membuat keputusan besar berhenti kerja dan berkerja sendiri (berniaga). Kami menjaga anak kami sendiri dari menghantar ke sekolah setiap pagi hinggalah segalanya. Hidup ini terasa indah.
Hiraki dalam keluarga.
Cara Didik Anak
Saya mendidik anak-anak saya mengikut hiraki umur. Jika saya tak ada dirumah, anak saya yang sulonglah mengambil tanggungjawab saya. Adik-adiknya perlu ikut cakap abang. Itupun selalunya. Kalau solat berjamaah, abang yang sulong jadi imam jika saya tak ada.
Cara macam tu senang dan melatih mereka bertanggungjawab. Seminggu atau sebulan sekali buat usrah. Selalu ingatkan mereka hormat menghormati. Mereka boleh meluahkan perasaan yang terbuku dihati kepada setiap adik beradik.
Kalau ada apa-apa hal, saya akan tanya mereka yang lebih tua. Saya wujudkan bintang dan idola dalam keluarga. Anak-anak yang lebih kecil akan menjadikan abang dan kakaknya sebagai ikutan dan idola mereka.
Perkara ini perlu kita pupuk dari kecil. Anak yang dewasa kita tak boleh marah depan adik-adik mereka. Beri mereka beberapa keputusan dalam keluarga. Anak yang besar kita perlu santuni mereka bersendirian. Selalu nasihat dan jadikan kita sebagai idola mereka.
Bukanlah semuanya sempurna. Tetapi saya dan isteri sentiasa berusaha mencari jalan terbaik mendidik anak-anak. Mereka punya perangai dan potensi yang berbeza setiap seorangnya.
Jangan lupa doakan dan maafkan anak kita setiap hari. Betapa sibuk pun kita ingatlah mereka perlukan kita. Ambil masa setiap hari bergurau dan bermanja dengan mereka. Ketegasan dan prinsip juga perlu ada.
Anak kita adalah amanah dari Allah. Bukanlah kejayaan yang melangit kita pinta asalkan mereka menjadi seorang insan yang soleh. Semuanya adalah pertolongan dari Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai di antara kita, melakukan solat sunat dhuha dengan pengharapan agar Allah memberikan rezeki kepada kita sebanyak-banyaknya.
Rupanya ada doa, yang Rasulullah SAW baca sebaik baginda rasul selesai melakukan solat sunat dhuha. Amalan inilah yang kelak memastikan rezeki mengalir lancar.
Inilah yang dikongsikan oleh Puan Pidah Buyar yang membetulkan perkaitan solat dhuha, rezeki dan diri kita sebagai penerima rezeki.
Inilah Doa Yang Rasulullah SAW Baca Sebaik Selesai Solat Dhuha
Solat Dhuha selalu dikaitkan dengan urusan rezeki, kebanyakan dari kita setelah solat Dhuha doa minta kelancaran rezeki.
Itu yang sering dilakukan…
Tapi tahukah anda apa doa Rasulullah SAW setelah solat Dhuha?
Apa doanya?
Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW selesai solat Dhuha, baginda mengucapkan:
ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM..
(Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) – sampai beliau membacanya seratus kali.
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)
Mengapa doa Rasulullah SAW tiada berkaitan dengan rezeki?
Kata orang solat Dhuha untuk memperlancar rezeki.
Jadi begini…
Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalangi rezeki itu masuk.
Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, Insya Allah rezeki mengalir lancar kerana penyumbatnya, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.
Doanya dibaca 100x, Pagi kan kita sibuk kerja, banyak urusan, kalau harus baca 100x sambil duduk di tempat solat mungkin tiada kesempatan, jadi bagaimana??
Doanya boleh dibaca sambil membuat kerja, kerja sambil dalam hati baca doa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”
(HR. Muslim no. 1893).
Ilmu Harus Diamalkan Agar Menghasilkan manfaat.
Dan Ilmu Harus Disebarluaskan Agar Menjadi Tabungan Kebajikan.
Ilmu itu tidak dinamakan ilmu selagi mana ia tidak diamalkan.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.