Diam tak diam, kurang sebulan kita akan menyambut ramadan. Bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam. Selain rindu untuk solat teraweh di masjid, antara yang paling dirindui adalah bazar Ramadan.
Tapi apakan daya, dalam keadaan sekarang mungkin seluruh negara akan mengambil keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan demi kepentingan bersama.
Setakat ini beberapa negeri telah membatalkan bazar Ramadan dan ada juga segelintirnya masih belum ada kata putus.
Pihak KKM pula buat masa ini menyeru dan mengalu-alukan idea dan inovasi daripada orang awam sama ada mengadakan perniagaan atas talian atau pandu lalu bagi mengelakkan orang ramai berkumpul dalam satu masa.
Ramadan Makin Dekat
Tarikh 1 Ramadan menandakan bermulanya puasa yang jatuh pada tarikh 24 April ini.Selain umat Islam mula menunaikan rukun Islam, ketibaannya dinantikan penduduk Malaysia tanpa mengira bangsa serta agama susulan tarikan bazar Ramadan diadakan di seluruh negara.
Namun wabak pandemik virus Covid-19 melanda negara menyebabkan sebarang aktiviti orang ramai berkumpul disifatkan tidak sesuai diadakan.
Negeri Sembilan Pertama Batalkan
Negeri Sembilan menjadi negeri pertama membuat keputusan melarang penganjuran bazar Ramadan apabila Menteri Besarnya Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan perkara itu pada 26 Mac lalu.
Terengganu Gantikan Dengan Bazar Dalam Talian
Kerajaan Terengganu turut mengambil keputusan membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini dan alternatifnya digantikan dengan bazar secara dalam talian selepas diumumkan pada 30 Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Terengganu Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman menyifatkan ia langkah terbaik dalam memastikan keselamatan rakyat negeri itu.
Ads
Kedah & Selangor Pada Hari Yang Sama
Ia diikuti pengumuman 1 April lalu oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa kerajaan negeri membatalkan operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri itu bagi mengekang penularan Covid-19.
Pada hari sama di Selangor, Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari turut mengambil langkah sama membatalkan penganjuran bazar Ramadan selepas perkara itu dibincangkannya secara dalam talian dengan yang dipertua pihak berkuasa tempatan seluruh negeri itu.
Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa wabak di negeri berkenaan namun sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan bazar Ramadan dianjurkan, pihaknya akan mengguna pakai saranan itu.
Johor Lupakan Bazar & Fikirkan Risiko
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar semalam menitahkan supaya rakyat melupakan dulu bazar Ramadan disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar.
Baginda meluahkan kebimbangan sekiranya berlaku penularan virus berkenaan secara berleluasa akan turut memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi sepenuhnya wabak itu.
Ads
Wilayah Persekutuan Minta Kemuka Cadangan
Dalam kenyataan berasingan, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa pula berkata beliau selaku menteri bertanggungjawab memberikan masa sehingga hari ini kepada pihak berkuasa iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan untuk mengemukakan cadangan terlebih dulu.
Katanya, belum ada sebarang keputusan mengenai penganjuran bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini seperti yang ditimbulkan sesetengah pihak.
Melaka & Pahang Belum Ada Kata Putus
Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali pula menyatakan belum memutuskan sama ada penganjuran bazar Ramadan di negeri itu diteruskan atau sebaliknya.
Bagi kerajaan negeri Pahang pula, setakat ini belum ada keputusan rasmi bagi seluruh negeri namun Majlis Daerah Pekan (MDP) lebih awal bertindak apabila Yang Dipertuanya Datuk Rose Shamsul Abdul Razak pada 31 Mac lalu memutuskan dua bazar Ramadan utama di daerah itu tidak akan diadakan.
Ads
Katanya, walaupun terlalu berat untuk diterima keputusan itu namun pihaknya terpaksa berbuat demikian demi keselamatan dan kesihatan masyarakat setempat.
Kelantan Mungkin Tiada Bazar
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada 29 Mac lalu pula membayangkan kemungkinan tiada bazar Ramadan di negeri itu tahun ini.
KKM Perlukan Idea & Inovasi Untuk Dipertimbangkan
Mengulas mengenai sama ada perlu bazar Ramadan diadakan tahun ini, KKM mengalu-alukan idea dan inovasi daripada orang ramai, untuk dipertimbangkan.
“Masa inilah kita menggunakan idea yang inovatif, sebagai contoh e-bazar Ramadan, online bazar Ramadan atau bazar Ramadan pandu lalu. Kita alu-alukan idea baharu kerana hendak mengelakkan perhimpunan orang ramai,” kata Ketua Pengarah Kesihatan KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Pemerhatian Harian Metro mendapati belum ada kenyataan atau keputusan dari Sabah, Sarawak, Perak dan Pulau Pinang berhubung pembatalan bazar Ramadan.
Sumber: Harian Metro
MW: Buat masa sekarang apa yang paling penting adalah kesihatan mak, ayah dan juga keluarga. Tidak dinafikan ramai peniaga yang bergantung kepada hasil pendapatan berjual di bazar ramadan, namun jika ini yang terbaik untuk semua terpaksalah seluruh negara membatalkan bazar ramadan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mungkin sudah hilang rasa malu, demi ‘content’ dan ‘likes’ atau entah apa dalam fikiran segelintir pasangan pengantin baru, apabila trend ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’ menjadi ikutan terutamanya di kalangan pengantin wanita bertudung baru-baru ini.
Kritikan Ramai
Menerusi perkongsian pengguna di laman TikTok mahupun di platform media sosial yang lain, trend yang semakin digilai ramai itu mendapat kecaman dan kritikan yang hebat daripada orang ramai.
Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.
Sementara itu, kedua-dua mereka masih memakai busana pengantin dan ia akan dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan.
Rata-rata orang ramai yang menonton akan memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Tak ada rasa malu ka rakam video seperti ini, aurat isteri perlu dijaga oleh suami,” kata Faez.
“Pengantin muda zaman sekarang ini mudah sangat terikut dengan perkara yang kurang baik, kononnya ikut trend, tapi lebih ke arah memalukan diri dan keluarga,” ujar Wan Putri.
Dalam pada itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai Cikgu Dell yang turut memuat naik video teguran kepada pasangan terlibat.
“Ramai orang perempuan saya tengok kurang rasa malu muat naik video rakaman ‘unboxing by husband’ di TikTok.
“Semua benda nak dirakam, kalau ada orang lain komen dan kecam, awak akan marah pula,” katanya.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Boleh fikir sendiri yang mana baik dan buruk.Jangan malukan diri dan keluarga semata-mata nak mengikut trend yang boleh menjadi fitnah.
Seperti mana yang dilaporkan baru-baru ini pelawak Atu Zero telah rebah tiba-tiba selepas menunaikan solat Isyak sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam .
Menurut isterinya Shafeeqa Johari, Atu alami strok haba berikutan cuaca yang panas. Malah suaminya juga diminta berehat sepenuhnya buat masa ini.
Isteri Atu Zero Terangkan Suami Kena Strok Haba
Sewaktu kejadian Shafeeqa menerangkan Atu tiba-tiba pitam dan rebah di hadapannya.
“Saya ingatkan dia penat sangat disebabkan sehari suntuk menjalani penggambaran semalam. Selepas solat Isyak, dia terduduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah depan saya.
“Saya terus bergegas membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia terkena serangan strok haba. Menurut doktor, badannya kekurangan air disebabkan cuaca panas yang melanda sekarang.
“Doktor juga menyatakan strok haba berbahaya dan mampu membuatkan badan lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Malah, Atu pun ada juga mengadu tidak dapat merasa separuh tangannya sebelum ini,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Kena Berehat Sekurang-Kurangnya Tiga Hari Sebelum Boleh Bekerja
Bukan itu saja malah Atu dinasihatkan berehat lebih kurang tiga hari sebelum boleh bekerja semula.
“Doktor sudah memasukkan air sebanyak dua botol ke dalam badannya. Kemungkinan besar, hari ini juga dia akan dibenarkan keluar dari wad.
“Namun begitu, dia perlu berehat paling kurang tiga hari sebelum boleh bekerja semula. Atu memang sentiasa terfikir komitmen kerjanya yang tertangguh, namun buat masa ini dia kena lupakan seketika,” ungkapnya.
“Alhamdulillah, Terima Kasih Yang Mendoakan Saya”
Terbaru menerusi entri di Instagramnya, Atu mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan kesihatannya.
“Salam semua. Alhamdulilah. Terima kasih semua,kepada semua saudara2 yang mendoakan saya semoga menjadi asbab kebaikan semua dapat Rahmat dan kasih daripada Allah S.W.T Amin. Terima kasih biniku juga @shafeeqajohari,” tulisnya.
Sebelum itu, isteriny Shafeeqa telah memuat naik entri di laman Instagram dan memberitahu tentang keadaan Atu yang kecundang kerana kurang rehat.
“Kecundang jua hero kami…. bukan Covid ya… rehydrate, kepenatan, keletihan… slalu nya kami yg sakit, dia yg gagah… x pernah ak lihat dia di atas katil hospital…. time nk cucuk air pon dia masih tanya, boleh ambil wuduk kah kalau cucuk masuk air ni … boleh b… pedih pon sikit je lah. Kita tayamum… doakan hero kami sehat cepat,” luahnya.
“Salam subuh…. Allah tahu kau strugle cari rezeki b. Dia suh rehat jap. Tak apa b, jangan risau… ada lagi rezeki lain… Suami, orang paling gagah dalam rumah tangga. Kalau sakit pon dia gagahkan juga mencari rezeki. Sayu tgk muka suami… syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang serius… kalau sakit jangan biarkan lama-lama… terus lah pergi hospital… Kadang-kadang suami ni pura-pura sihat, tak kan kita ni risau… Atu ni rajin… tapi dah sampai limit dah kekuatan badan tu… tak boleh nak buat apa-apa terus,” tulisnya.
Netizen Doakan “Jangan Putus! Semoga Baik-Baik Buat Kalian Berdua”. Begitulah antara bait-bait doa yang diucapkan oleh netizen menerusi ruangan komen salah satu status Dini Schatzmann.
Gosip hubungan cinta cinta pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann sekali lagi diuji apabila dikhabarkan sudah berakhir. Dek kerana itu, netizen mendoakan agar hubungan mereka terus kekal hingga ke jenjang pelamin.
Netizen Doakan “Jangan Putus! Semoga Baik-Baik Buat Kalian Berdua”
Spekulasi tersebut timbul selepas Janna memuat naik hantaran di Instagram seolah-olah sudah berpisah dengan Dini.
“KEPADA KAMU, MOGAKAN BERBAHAGIA. KINI CINTA KITA TELAH BERAKHIR UNTUK SELAMANYA,” TULIS JANNA RINGKAS.
Bukan itu saja malah pelakon itu juga menutup ruangan komen pada hantaran itu. Janna menerusi perkongsian berasingan di Instagram Story malam semalam sempat meluahkan keinginan untuk melancong.
Malah perkongsian yang menggunakan lagu berjudul If I Would Have Known nyanyian Kyle Hume seolah-olah memberikan gambaran tentang situasi Janna ketika ini.
Untuk rekod sebelum ini, Dini dan Janna memang ada perancangan ke arah perkahwinan berikutan hubungan cinta mereka juga difahamkan sudah tiga tahun terjalin sejak Jun 2019 lalu.
“Janganlah Putus Janna” Netizen
Ramai rupanya yang mendoakan pasangan ini hubungan mereka berpanjangan hingga ke jenjang pelamin.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...