Bertengkar sebelum jadi kes bunuh, akhirnya isteri, ibu dan anak berlumuran darah. Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku.
Bertengkar Sebelum Jadi Kes Bunuh
Saksi yang juga adik bongsu suspek memaklumkan kejadian itu didengari kira-kira jam 7 pagi semasa dia berada di bilik tidur.
“Apabila saksi keluar bilik dan menoleh ke arah dapur, didapati ibunya dalam keadaan berlumuran darah dan menjerit supaya dia pergi meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan sama.
Ads
“Saksi kemudian meminta bantuan bapa saudaranya dan setelah tiba di rumah, didapati kesemua mangsa dan suspek berada dalam keadaan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri,” katanya.
Akhirnya Isteri, Ibu dan Anak Berlumuran Darah
Beliau berkata, rumah berkenaan didiami lapan ahli keluarga termasuk suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, isteri seorang suri rumah, dua anak perempuan, ibu serta tiga adik lelakinya, namun semasa kejadian hanya terdapat enam ahli keluarga.
Ads
Ashari berkata, semakan mendapati suspek yang berusia 32 tahun tiada sebarang rekod rawatan mental atau kesalahan lampau.
Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati suspek telah mencederakan isteri, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, terlebih dahulu dan kemudian ibunya Tuan Kamaria Tuan Puteh, 55, seterusnya dua anak perempuan Nur Saffiyah Humairah, 4, dan Nur Sumayyah Humairah, 2, sebelum mencederakan diri serta turut maut.
Ads
Kesan kecederaan terhadap mangsa ditemukan antaranya di bahagian tangan, telinga dan leher manakala polis turut merampas sebilah pisau berukuran 29 sentimeter di lokasi kejadian.
Difahamkan, bedah siasat terhadap suspek dan isteri telah dijalankan semalam manakala ibu dan dua anaknya bersambung jam 9 pagi tadi.
Da’i Syed dibebaskan sementara selepas 21 hari di penjara, Mahkamah Rayuan benarkan ikat jamin RM40,000. Selepas 21 hari dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dirinya bersalah atas kesalahan rogol, hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan sementara Da’i Syed.
Tiga hakim diketuai oleh Datuk Azmi Ariffin secara sebulat suara membenarkan permohonan Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31, untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.
“Pemohon dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM40,000 dengan dua penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis Seksyen 6, Shah Alam antara 1 hingga 5 haribulan setiap bulan bermula Mac 2026,” kata Hakim Azmi.
Memetik laporan Kosmo Online, isterinya, Hana Ismail yang sentiasa tidak lelah di sisi suami dlihat memeluk suaminya selepas keputusan itu dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan.Terdahulu Hakim Azmi dalam berkata antara alasan Mahkamah Rayuan membenarkan penggantungan perlaksanaan hukuman kerana pemohon tidak pernah gagal menghadiri perbicaraan sama ada di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Selain itu tiada keterangan yang menunjukkan pemohon pernah melarikan diri ataupun menghilangkan diri dari menghadiri prosiding.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid.
Da’i Syed selaku pemohon diwakili peguam M.Athimulan manakala pendakwaan yang bertindak sebagai responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim@Husaini.
Pada 23 Januari lalu, Da’i Syed diperintah ke penjara Kajang serta-merta selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita pada tujuh tahun lalu dan selain penangguhan hukuman tidak dibenarkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Senarai Bazar Ramadan 2026. Setiap tahun, bazar menjadi ‘syurga’ juadah berbuka. Dari kuih tradisional, ayam percik, murtabak panas hingga air balang pelbagai warna, semuanya tersedia di satu tempat.
Lebih daripada itu, bazar Ramadan juga menjadi sumber rezeki buat ramai peniaga kecil, termasuk golongan B40 yang bergantung pada jualan bermusim ini untuk menyara keluarga.
Jadi, buat anda yang suka merancang menu berbuka, berikut senarai lokasi bazar Ramadan sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sharifah Rose jadi tumpuan, Doa Yang Terlindung tepis karakter ‘kayu’. Ternyata aura drama tempatan tersebut membuka mata orang ramai terhadap pelakon dan model wanita cantik ini sehingga tular beberapa video pendek di laman media sosial.
Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah perkembangan lakonan barisan pelakonnya.
Antara yang paling ketara menjadi bualan ialah Sharifah Rose, yang kali ini tampil dengan aura berbeza sehingga menerima pujian terbuka daripada peminat drama tempatan.
Jika sebelum ini dia sering dikritik sebagai pelakon kayu, namun dia memilih untuk tidak terus tenggelam dalam komen negatif itu. Menerusi satu kenyataan media tempatan sebelum ini, beliau mengakui banyak belajar sepanjang penglibatannya dalam drama yang sedang disiarkan kini.
“Melihat lakonan saya di dalam drama tersebut, saya boleh nampak kesalahan kecil yang dibuat. Jujurnya saya banyak belajar di set penggambaran ini dengan semua pelakon yang terbabit dan juga pengarah.
Mereka banyak membantu saya dan mereka juga sangat menyokong. Saya rasa dari drama terdahulu dengan drama ini, memang banyak beza. Malah saya merasakan saya mula selesa dengan lakonan,” katanya.
Kenyataan itu seolah-olah menjadi cerminan kepada apa yang penonton lihat hari ini. Lakonan yang lebih terkawal, emosi yang sampai, dan karakter yang tidak lagi terasa kaku.
Walaupun tampil lebih matang dan yakin, gadis kacukan Melayu, Arab dan Jawa ini tidak menafikan dirinya juga seorang manusia biasa. Ada kalanya, lontaran cemuhan dan kata-kata negatif meninggalkan kesan mendalam dalam dirinya. Namun, Rose memilih untuk bangkit, belajar dan memperbaiki diri dan hasilnya kini mula diakui penonton.
Berkongsi perihal cantik, ramai yang terpegun melihat kecantikan asli Sharifah Rose. Dia yang cukup meminati mekap dan menitikberatkan penjagaan kulit, tidak lokek berkongsi rutin harian yang melibatkan pembersihan, penyegar, dan pelembap.
Beliau juga mengamalkan rutin memakai masker setiap tiga hari sekali untuk mengekalkan kesihatan kulit dan selesa menggunakan beberapa jenama produk kegemaran yang sedia ada di pasaran.
Jadi buat peminat yang teruja mahu menjaga kulit wajah seperti pelakon wanita ini, bolehlah ikut sama mengamalkan set penjagaan wajah yang selamat dan teratur setiap hari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!