Ads

Anak Anzalna Nasir Mula Berpuasa, Tiada Paksaan Untuk Eidress

Anak Anzalna Nasir

Anak Anzalna Nasir mula berpuasa, rutin ibu bapa buat Eidress rasa nak cuba. Menurut pelakon wanita ini, dia mula mendedahkan putera sulungnya, Mohamad Eidress, 7, dengan ibadah berpuasa.

“Ya, tahun ini saya baru nak latih Eidrees berpuasa, mahu cuba,” kongsi Anzalna.

Anak Anzalna Nasir Mula Berpuasa

Anak Anzalna Nasir Mula Berpuasa, Tiada Paksaan Untuk Eidress

Bagaimanapun, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 38, tidak meletakkan sebarang paksaan sebaliknya membiarkan Eidrees belajar mengikut kemampuannya sendiri.

“Sebab baru nak latih dia, kalau dia nak berbuka, saya bagi saja sebab dia masih kecil.

“Tapi saya kenalah mula awal,” katanya lagi.

 Tiada Paksaan Untuk Eidress

Anak Anzalna Nasir Mula Berpuasa, Tiada Paksaan Untuk Eidress

Berkongsi lanjut, pelakon drama Aku Isterinya itu mendedahkan keinginan untuk berpuasa lahir dari rasa ingin tahu Eidress apabila melihat rutin harian ibu bapanya setiap kali tiba Ramadan.

Ads

“Perbualan menjanjikan ganjaran kalau puasa penuh, belum mula lagi.

“Sebelum ini dia tengok saya berpuasa dia akan tanya ‘kenapa mommy dan daddy berpuasa’ dan dia pun nak puasa,” ujarnya.

Tip Latih Anak Puasa

Anak Anzalna Nasir Mula Berpuasa, Tiada Paksaan Untuk Eidress

Pertama kali melatih anak puasa sepatutnya janganlah menggunakan kekerasan atau paksaan. Tetapi anak boleh dilatih secara perlahan-lahan hingga anak rasa seronok dan ‘teringin’ untuk puasa.

Ads

Melatih anak puasa boleh dilakukan sejak usianya mencecah 4 ke 5 tahun atau selepas dia akil baligh (menurut Islam), ini kerana perkembangan kognitif anak sudah semakin baik dan lengkap. Jadi, mereka mudah tangkap apa yang diajar.

Sebagai ibu bapa kita perlu terangkan pada anak apakah maksud puasa dan kebaikannya terlebih dulu. Selain itu, lihat dulu kemampuan anak dan tahap kesihatannya.

Berbalik kepada cerita Anzalna, ibu kepada dua cahaya mata itu berhasrat membantu golongan memerlukan sepanjang bulan mulia ini.

Harap dengan rezeki Allah bagi, saya boleh kongsi dengan ramai orang pada bulan puasa tahun ini,” tuturnya.

Ads

Terdahulu, Anzalna dan Muhammad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 7 dan Mohamad Emirhan yang kini berusia empat tahun.

Gambar: Anzalna Nasir

Anak Anzalna Nasir Mula Berpuasa, Tiada Paksaan Untuk Eidress

Amalkan kurma setiap hari sepanjang Ramadan untuk membantu sistem penghadaman dan keseimbangan tenaga.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

wanita malaysia di dubai

Wanita Malaysia di Dubai Kongsi Detik Cemas, Terpaksa Pulang Awal Demi...

Wanita Malaysia di Dubai kongsi detik cemas Ramadan akibat ketegangan Iran–AS dan keputusan pulang awal demi keselamatan keluarga.