Zulin Aziz bercerai cara baik, anggap jodoh tidak panjang. Itulah yang berlaku kepada pelakon dan pengacara wanita dalam rumah tangganya.
Farah Azleenda Abdul Aziz, nama sebenar kepada selebriti ini mendedahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini sejak 18 Disember tahun lalu.
Zulin Aziz Bercerai Cara Baik
Ads
Apabila ditanya punca perceraian mereka, kata Zulin, dia enggan mendedahkan sebab dia mengambil keputusan untuk bercerai.
“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.
Ads
“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.
“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” jelasnya.
Nora Danish baiki diri sepanjang Ramadan, tak mahu buat solat dengan tergesa-gesa. Semakin manis dan dilihat semakin banyak berkongsi perkara yang baik, pelakon Nora Danish mengakui sedang berusaha memperbaiki diri sepanjang Ramadan dengan memberi fokus terhadap kualiti ibadah, khususnya solat agar dilakukan dengan lebih tenang dan penuh penghayatan.
Ujar Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, antara perubahan kecil yang ingin dilakukan ialah tidak lagi tergesa-gesa ketika menunaikan solat sehingga menghilangkan rasa khusyuk.
“Apakah satu tabiat kecil yang anda cuba perbaiki pada Ramadan ini?”
Bagi saya, saya cuba untuk memperlahankan diri dan tidak tergesa-gesa ketika solat.
“Saya tidak mahu ibadah itu terasa seperti satu tugasan semata-mata,” kongsinya dalam Threads.
Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian netizen yang tersentuh dengan kejujuran pelakon siri popular, Puteri itu dalam memperbaiki hubungan dengan Tuhan.
Rata-rata menyifatkan luahan tersebut sangat dekat dengan realiti kehidupan umat Islam masa kini.
Perkongsian jujur macam ini buat saya rasa tak keseorangan. Memang ramai bergelut nak kekal khusyuk,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Ramadan memang masa terbaik untuk perbaiki diri sedikit demi sedikit. Semoga kita semua dipermudahkan,” komen seorang netizen.
“Terima kasih sebab ingatkan perkara penting ini. Kadang-kadang kita solat tapi hati di tempat lain,” ujar seorang pengikut.
Namun, ada juga segelintir pihak yang berpendapat perubahan sebenar memerlukan usaha berterusan dan bukan hanya azam bermusim. Pendek kata, memerlukan istiqomah. Apa pun kita doakan yang baik-baik buat pelakon ini.
Selepas bercerai dengan suami, Aprena Manrose rawat hati di Mekah. Pelakon wanita ini mengakui peluang menjalani penggambaran drama Rindu Medina di Makkah pada Mac tahun lalu menjadi detik bermakna untuk merawat luka di hati selepas bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
Walaupun tujuan kehadirannya ke Tanah Suci adalah atas tuntutan kerja, Aprena berkata dia tidak melepaskan peluang memanjatkan doa dan menunaikan umrah sepanjang berada di sana.
“Ketika itu, hubungan saya dengan bekas suami tidak begitu baik. Apabila sampai ke Tanah Suci, secara tidak langsung saya dapat menenangkan diri.
“Waktu itu saya baru bercerai dan masih dalam tempoh idah. Berlakon pula dalam cerita yang sarat emosi. Jadi, ‘mood’ ketika berlakon dan realiti kehidupan saya ketika itu seakan sama. Ini memudahkan saya menjiwai watak.
“Semoga penonton juga dapat merasai kesedihan itu. Banyak air mata yang mengalir, sama ada di dalam atau di luar penggambaran,” katanya.
Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata antara doa yang dipanjatkan ketika di Tanah Suci adalah agar dia dan bekas suami dipertemukan jodoh sekali lagi.
Bagaimanapun, anak kepada penyanyi Iwan Syahman itu mengakui perasaan sedihnya mula beransur hilang dan dia akhirnya reda dengan ketentuan takdir sebaik pulang ke tanah air.
“Dalam tempoh idah, kebanyakan doa saya jika boleh mahu hubungan kami dipermudahkan untuk kembali bersama. Sudah tentu kita mahu cuba perbaiki keadaan.
“Tiada pasangan berkahwin yang mahu bercerai. Selama 14 tahun bersama, saya tak dapat bayangkan hidup tanpa suami. Saya berharap kami berjodoh semula.
“Namun, apabila pulang ke Malaysia, Allah beri satu rasa yang berbeza. Seolah-olah dia bukan lagi orangnya. Cukuplah sampai di sini sahaja. Perasaan itu berubah dan saya reda,” katanya.
Aprena juga menyifatkan pengalaman menjalani penggambaran di Tanah Suci sebagai sesuatu yang amat berharga. Jika sebelum ini pergi fokus ibadah, kali ini ada tanggung jawab lain yang dia kena galas sebaiknya.
Begitulah hati seorang wanita yang berpisah, tidak semudah yang kita lihat di media sosial. Orang boleh komen macam-macam tetapi yang duduk dalam saiz kasutnya, cuma dia. Moga ada ‘ubatnya’ untuk Aprena jadi wanita yang kuat berdepan dengan ujian Allah. Pasti akan tiba hari bahagia, doakan baik-baik.
Nabila Huda diserang slip disc, waspada kalau ada petanda ini! Aktres ini kini memerlukan bantuan orang lain bagi mengangkat barang berat kerana bimbang akan menambah lagi sakit tulang belakangnya.
“Sekarang kalau penat ketika penggambaran, saya akan duduk atau baring sekejap dan tak boleh buat kerja berat-berat sangat.
“Pergerakan pun perlu lebih perlahan, bangun tidur sudah tak boleh secara mengejut. Kena tarik nafas dulu, baring mengiring, baru bangun.
Sekarang kalua mahu bergerak, kena langkah demi langkah, sedangkan sebelum ini jenis buat semua benda cepat, bangun tidur terus nak masak dan turun tangga laju.
“Jadi, kalau nampak saya lambat lepas ini, maafkanlah dan fahamlah keadaan saya ini,” katanya.
Menurut ceritanya, sakit tulang belakang tersebut pernah dialaminya namun memilih untuk tidak mengambil serius sebelum ini kerana lebih fokus dengan kerjaya.
“Dahulu pernah ada kemalangan, ketika itu masih muda, dan tidak ambil serius walaupun doktor kata ada sesuatu yang tak kena.
“Kemudian ketika sibuk dengan teater Masmona, tiba-tiba pinggang sangat sakit selepas bangun tidur, berdiri pun kena kaku sekejap sebelum boleh berjalan.
“Sangat risau sebab saya nak buat persembahan dan memilih untuk terus pergi hospital menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnet (MRI) untuk tahu keadaan sebenar” katanya lagi.
Ujarnya, dia bakal menjalani rawatan fisioterapi pada minggu depan bagi memulihkan kecederaan tulang belakangnya.
“Selepas ini saya kena lebih berdisiplin sebab tak nak bangun tidur dalam keadaan sakit.
“Sekarang Alhamdulillah dah tak sakit macam sebelum ini sebab saya ada sapu krim dan doktor kata rawatan terbaik adalah dengan fisioterapi saja.
“Saya tak akan lakukan pembedahan sebab orang kata pembedahan ada risikonya. Doktor kata insya-Allah boleh sembuh dengan fisioterapi, cuma kena rajin,” ujarnya.
Sekitar Disember lalu, Nabila mula membuat pemeriksaan fizikal selepas diserang kesakitan pada bahagian pinggang apabila bangun daripada tidur.
Untuk pengetahuan, slip disc bukan penyakit orang tua. Sakit ini boleh berlaku pada usia 20-an, 30-an pada orang yang kerja lama duduk, angkat berat, pernah jatuh, pernah kemalangan kecil, atau bertahun-tahun tahan sakit belakang tanpa pemeriksaan.
Kadang-kadang kita nampak seseorang masih muda, masih kemas berpakaian tapi hakikatnya dia sedang menyembunyikan kesakitan yang orang lain tak nampak.
Menerusi perkongsian Public Health, lip disc boleh bermula senyap, bukan terus lumpuh. Bukan terus berkerusi roda. Ini antara tanda-tanda awal yang sering diabaikan:
• sakit belakang yang menjalar ke punggung atau kaki
• kebas atau semut-semut di paha, betis atau tapak kaki
• kaki cepat letih atau rasa lemah sebelah
• sakit bertambah bila duduk lama, bangun, batuk atau bersin
• rasa tak stabil bila berjalan
Jadi jika anda pernah melalui simptom di atas, boleh terus jumpa doktor untuk rawatan. Jangan dibiar sampai berlarutan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!