“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.
Pelakon cantik, Aprena mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal”
Pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, berkata, dia sudah berusaha mempertahankan rumah tangga namun berakhir dengan jalan buntu.
“Sedih pula bila skrol gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama.
“Ya, saya bukan lagi isteri kepada Afiq.
“Kalau ada jodoh tak ke mana.
“Selamat tinggal untuk sekarang atau mungkin selamanya. Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal. Tiada lagi kita,” luahnya menerusi akaun media sosial Instagramnya.
Ads
Doakan Yang Terbaik Buat Bekas Suami
Walau sudah berpisah namun Aprena tetap mendoakan yang terbaik buat bekas suami selain meminta mereka di luar sana dapat mendoakan kehidupan baharunya.
“Terima kasih atas rasa yang diberi. Rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia.
“Saya undur diri dulu. Kebelakangan ini banyak media yang telefon dan bertanyakan tentang status saya.
“Jadi, ini kenyataan saya. Doakan saya mengharungi fasa baharu ini dengan tenang ya,” jelasnya lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Saksi terawal nahas penuntut UPSI – “Hanya sempat ajar mengucap sebelum dia senyap…”. “Dia mengadu sakit seluruh badan. Saya cuma mampu membimbingnya mengucapkan kalimah syahadah. Dua minit kemudian, dia terdiam selama-lamanya.”
Begitulah luahan penuh emosi oleh Leftenan (PA) Nuysirwan Shaari, Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Barat Daya, tentang detik menyayat hati yang dilalui ketika menyelamatkan mangsa kemalangan.
Nuysirwan, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, sedang dalam perjalanan kembali bertugas di Pulau Pinang selepas bercuti sempena sambutan Aidiladha apabila beliau secara tidak sengaja menjadi saksi kepada tragedi itu.
Beliau menyedari kejadian berkenaan selepas melintasi sebuah bas dan terdengar esakan dan rintihan meminta tolong yang memilukan. Dalam keadaan malam yang gelap, hanya samar-samar kelihatan beberapa mangsa dengan kecederaan serius, manakala yang terselamat sedang cuba menenangkan rakan-rakan mereka yang cedera parah.
“Saya dan isteri, Norawati Osman, 42, menenangkan mereka dan memberitahu pasukan bantuan sedang dalam perjalanan. Beberapa mangsa terhumban ke dalam longkang, enjin bas masih hidup dan bau bahan api sangat kuat. Saya bimbang risiko kebakaran, jadi saya minta pengguna jalan raya lain bantu kami pindahkan mereka yang cedera,” katanya ketika ditemui.
Walaupun bukan dalam waktu tugas rasmi, Nuysirwan mengakui tanggungjawab kemanusiaan dan pengalaman lapan tahunnya dalam APM menggerakkan dirinya untuk bertindak pantas. Dia turut segera menghubungi pasukan penyelamat yang berdekatan.
Katanya, berikutan ihsan kepada mangsa, Nuysirwan turut menyertai pegawai dan anggota APM dari Hulu Perak yang terbabit operasi itu.
“Saya tidak nafikan, saya turut dilanda panik kerana ini pengalaman pertama saya berdepan kejadian besar sebegini yang berlaku dalam beberapa minit sahaja,” katanya.
“Paling menyentuh hati dan tidak akan lupa apabila melihat mangsa wanita yang enggan melepas pelukan tangan isteri dan merayu supaya tidak tinggalkan.
“Dia beritahu sudah tidak tahan menanggung sakit dan saya dapati tangan dan kakinya patah.
“Saya pesan pada isteri supaya terus bantu beri sokongan kepada mangsa kerana ada yang mengalami trauma dan ketakutan.
Selepas semua mangsa dibawa ke hospital, barulah Nuysirwan mengetahui jumlah sebenar korban yang terlibat. Beliau tidak dapat menahan rasa sebak apabila membaca berita bahawa hampir separuh penumpang bas terkorban dalam nahas itu.
Insiden menyayat hati itu melibatkan kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding pada awal pagi semalam.
“Memang rasa terkilan kerana saya tak mampu bantu lebih ramai. Tapi saya reda, itu sahaja yang termampu. Allah lebih mengetahui,” katanya dengan penuh hiba.
“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa-apa,”Fikry Ibrahim.
Perkahwinan yang baru sahaja berusia beberapa bulan antara pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah, kini sedang melalui fasa ujian. Tindakan Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis nyata mengejutkan ramai, termasuk Fikry sendiri.
Menurut laporan portal Gempak, Fikry, 31, mengakui langsung tidak mengetahui mengenai tindakan isterinya itu dan menyatakan hubungan mereka sebelum ini dalam keadaan baik.
“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa-apa,” katanya ringkas, mencerminkan kebingungan dan terkejut dengan situasi yang berlaku.
Namun begitu, menurut peguam mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, surat saman telah diserahkan kepada Fikry beberapa hari sebelum prosiding bermula.
“Pihak kami telah serahkan surat saman kepada pihak defendan, dan dia sendiri yang menerimanya,” jelas Afiq ketika ditemui media di mahkamah.
Mahkamah turut memaklumkan bahawa sebutan pertama kes telah berlangsung, namun Fikry tidak hadir. Maka, satu tarikh baharu telah ditetapkan untuk membolehkan kedua-dua pihak mencari kata sepakat bagi tujuan perdamaian, iaitu pada 10 September 2025.
Dalam kenyataan lanjut, Afiq menjelaskan bahawa punca utama permohonan cerai adalah kerana tiada persefahaman antara pasangan tersebut. Namun, dalam perkembangan yang lebih positif, Khalizah tidak menutup ruang untuk berbincang dan berdamai.
“Khalizah memfailkan cerai sekitar Mei. Tapi buat masa ini, beliau masih mahu berbincang untuk berdamai, masih mahu beri ruang untuk pendamaian,” katanya.
Untuk rekod, pasangan ini telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan mereka telah bernikah secara rahsia pada 12 Februari lalu, dalam sebuah majlis tertutup di masjid di Jitra, Kedah. Perkahwinan yang penuh misteri itu pada awalnya menjadi topik hangat kerana disorokkan daripada pengetahuan umum.
Namun, baru sahaja melangkah ke fasa awal perkahwinan, kini mereka sedang diuji dengan cabaran yang cukup besar. Semoga Fikry dan Khalizah menemui jalan terbaik, sama ada untuk kembali bersatu, atau berpisah secara baik jika itu takdirnya. Apa pun keputusannya nanti, semoga yang terbaik buat mereka berdua.
Info Tambahan:
Isteri boleh memfailkan cerai jika menghadapi salah satu atau lebih situasi berikut:
Tiada persefahaman / sering berlaku pertengkaran
Suami tidak memberi nafkah zahir dan batin
Didera secara fizikal atau emosi
Suami menghilangkan diri atau tidak pulang ke rumah dalam tempoh lama
Suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami
Isteri tidak rela hidup dalam perkahwinan tersebut dan ada sebab kukuh
Cerai biasa (Talaq dengan persetujuan suami)
Isteri minta suami lafaz cerai di hadapan mahkamah.
Fasakh (Cerai melalui kuasa mahkamah)
Jika suami enggan menceraikan, isteri boleh mohon fasakh dengan bukti kukuh.
Khuluk (Tebus talaq)
Isteri minta cerai dan sanggup membayar pampasan (tebusan) kepada suami.
Cerai taklik
Jika suami melanggar lafaz taklik selepas akad nikah (seperti tidak beri nafkah 4 bulan berturut-turut), isteri boleh tuntut cerai berdasarkan taklik tersebut.
Suami isteri mandilah bersama sekali sekala, barulah hubungan makin intim, bukan sekadar jimat air. Mandi bersama pasangan mungkin dianggap perkara kecil, namun ia sebenarnya memberi banyak manfaat dalam hubungan suami isteri.
Dalam kehidupan berumah tangga yang sibuk dengan urusan kerja, anak-anak dan rutin harian, masa berkualiti bersama pasangan sering kali terabai. Aktiviti mandi bersama boleh menjadi satu ruang peribadi untuk mempererat hubungan suami isteri.
Selain memberi keintiman fizikal, mandi bersama juga mampu mengeratkan komunikasi dan meningkatkan rasa sayang antara satu sama lain. Ia adalah momen privasi yang tidak diganggu, di mana pasangan boleh berbual santai, bergurau atau saling membantu membersihkan tubuh, sekaligus mengurangkan tekanan seharian.
Mandi bersama juga dapat meningkatkan kepercayaan dan keterbukaan dalam hubungan, malah kajian menunjukkan sentuhan fizikal seperti ini boleh merangsang hormon oksitosin yang menjadikan pasangan lebih rapat secara emosi.
Perkongsian daripada Dr. Samhan di akaun X beliau membuktikan bahawa mandi bersama bukan sekadar jimat air, tetapi ia juga boleh menjadi ruang eksklusif untuk membina semula kasih sayang, kepercayaan dan keintiman.
Berikut enam manfaat mandi bersama suami isteri yang mungkin anda tak sangka:
Dalam bilik mandi, tiada gajet, tiada TV dan tiada gangguan luar. Hanya suami dan isteri yang meluangkan masa saling menyentuh dan berbual. Ini waktu yang sangat berharga untuk fokus sepenuhnya pada pasangan.
Sentuhan kulit ke kulit merangsang hormon oxytocin iaitu hormon yang bantu pasangan rasa lebih sayang, tenang dan ‘connected’. Ia seperti terapi semula jadi untuk hubungan.
Selepas perselisihan faham, mandi bersama boleh jadi ‘jambatan damai’. Suasana bilik mandi yang santai melembutkan hati dan merendahkan ego, membuka ruang untuk berbaik semula.
Dengan berkongsi ruang mandi, pasangan belajar menerima bentuk tubuh masing-masing seadanya. Ini memperkukuh keintiman dan membina kepercayaan tanpa penilaian atau rasa malu.
Perbualan di bilik mandi selalunya lebih jujur dan santai. Tanpa tekanan atau formaliti, pasangan lebih mudah meluahkan perasaan. Kadang-kadang, sembang ringan boleh jadi sesi ‘healing’ yang mendalam.
Tiada paksaan atau skrip. Sentuhan sabun, tuala dikongsi dan gurauan kecil semuanya boleh bertukar menjadi ‘foreplay’ paling jujur. Ini bantu wujudkan hubungan yang lebih ikhlas dan menyenangkan.
Kesimpulannya, mandi bersama pasangan adalah satu amalan yang patut dipertimbangkan oleh setiap suami isteri dalam usaha mengeratkan hubungan rumahtangga. Ia bukan sahaja menambah keintiman fizikal, malah menjadi ruang terbaik untuk membina komunikasi yang lebih baik, mengurangkan tekanan harian dan meningkatkan keharmonian emosi antara pasangan.
Dalam kehidupan moden yang serba sibuk ini, setiap detik bersama pasangan sangat berharga. Jadi, jangan anggap mandi bersama itu sesuatu yang janggal, sebaliknya jadikan ia rutin kecil yang membawa impak besar dalam hubungan suami isteri.
Lelaki Bangladesh kahwini wanita lumpuh berusia 69 tahun sebelum dipercayai mempergunakan isterinya untuk mendaftarkan tiga syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan menyediakan permit kerja palsu kepada warga asing.