Kita sibuk bekerja sampai tak sedar anak banyak berkorban dan pendam rasa.

Sebenarnya anak dah lama berkorban dan pendam rasa kita je tak sedar. Apabila bercakap soal pengorbanan, ramai yang terbayangkan jerih perih mak ayah melahirkan dan membesarkan kita.

Ada juga yang terkenang isteri berkorban mengurus rumah tangga dan membantu ekonomi suami. Si isteri pula teringatkan keringat suami yang mengalir demi mencari rezeki untuk keluarga. Ini antara pengorbanan yang sinonim dengan kehidupan kita.

Anak Berkorban Hati Dan Perasaan

Hakikatnya, saya merasakan pada zaman kini pengorbanan anak lebih besar untuk mak ayah. Kita bekerja mencari rezeki sehingga terpaksa meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh atau nurseri. Kita juga sering pulang lewat demi menyiapkan tugasan.

Pada hujung minggu pula, ada mak ayah yang bekerja dan tidak kurang juga bertugas di luar daerah. Sekembali dari pejabat, kita sudah penat.

Kita mahu berehat. Kita hiburkan hati dengan rancangan kegemaran, mengadap handphone atau melakukan aktiviti bersama teman-teman.

Anak Membesar Di Tangan Orang Lain

Masa terus berlalu, tanpa kita sedari anak membesar di tangan orang lain. Tanpa kita sedari, kita sudah banyak mengabaikan anak dan lalai menjalankan tanggung jawab.

IKLAN

Berapa ramai mak ayah hari ini yang mengajar anaknya mengaji? Berapa ramai antara kita yang benar-benar meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak? Adakah kita setia menemani anak-anak menyiapkan tugasan sekolah atau mendengar cerita mereka?

Di rumah pun kita sibuk dengan kerja yang tidak pernah habis. Mengemas, memasak, membasuh kereta dan sebagainya. Demi menyiapkan kerja rumah dan  memastikan rumah bersih, kita lupa kita sudah nafikan hak anak. Masa berkualiti untuk mereka kita abaikan.

Abaikan Anak

Biasanya, kita ambil jalan mudah membiarkan anak menonton rancangan kartun atau bermain game. Supaya mereka tak ganggu kita buat kerja rumah. Sebab itulah, tv dan gajet lebih berpengaruh berbanding teguran ibu dan ayah.

IKLAN

Kerana masa anak-anak selain banyak dihabiskan di sekolah, rumah pengasuh atau nurseri, mereka menjadi penonton setia pelbagai rancangan tv. Di sinilah anak-anak belajar perkataan yang kasar atau tidak baik.

Apabila mendengar anak mengucapkan kata-kata kesat, kita marah, kita pukul mereka. Sedangkan kita lupa kita yang menyuruh mereka menonton tv untuk menyenangkan diri kita.

Mak Ayah Yang Salah

Ya Allah, kita sudah jauh tersasar. Ini bukan cara untuk mendidik anak-anak. Sedarlah semua. Kita kena kembali kepada agama, kembali kepada fitrah.

IKLAN

Anak-anak sudah banyak berkorban masa dan memendam rasa. Mereka dahagakan kasih sayang, belaian dan didikan kita. Jom kita muhasabah diri, perbaiki kelemahan yang ada dan berubah perlahan-lahan.

Beri perhatian yang sewajarnya pada anak-anak. Jangan berkompromi soal didikan anak-anak, berikan yang terbaik. Usah melepaskan tanggung jawab kepada orang lain, jangan biar tv mendidik anak-anak kita.

Mereka zuriat kita, pewaris bangsa kita pewaris keluarga kita. Didik mereka agar menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Semoga Allah bantu kita menjadi mak ayah yang terbaik. Amin.

 Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI