Hari ini rakyat Negeri Sembilan berduka di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada usia baginda 100 tahun, yang sangat dekat di hati mereka.
Pengacara kacukan Irish-Melayu, Yang Berbahagia Che Puan Sarimah Ibrahim,45 turut berduka atas kemangkatan baginda. Che Puan Sarimah telah berkahwin dengan Yang Mulia Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar yang juga merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.
Dalam video pendek yang dikongsikan di Instagram, bekas penyampai radio ini turut berkongsi gambar memori manis bersama almarhumah, sekaligus memaklumkan kemangkatan nendanya.
Terdahulu, Tunku Ampuan Najihah menghembuskan nafas terakhir pada 6.53 pagi tadi, di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan itu juga adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman yang menduduki takhta negara pada 1994 hingga1999.
Almarhumah Tunku Najihah diputerikan pada 1 September 1923 di Seri Menanti, Kuala Pilah dan mendapat pendidikan awal di Tengku Mohamad School Kuala Pilah sebelum melanjutkan pelajaran tinggi di School Of Oriental and African Studies, London.
Ads
Baginda mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Jaafar pada 8 Ogos 1942 dan dikurniakan tiga putera serta tiga puteri.
Tuanku Jaafar mangkat pada 2008 ketika berusia 86 tahun.
Tunku Najihah dikenali sebagai seorang permaisuri yang aktif dan meminati sukan serta pernah menjadi penaung beberapa persatuan termasuk Presiden Pasukan Badminton Tunku Ampuan, Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia, Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia dan Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Baginda juga pernah menjadi Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Ads
Almarhumah menerima Anugerah Tun Fatimah ‘Srikandi Negara’ pada 1999.
Baginda turut dikenali sebagai ‘Lady with a Heart of Gold’ berikutan penglibatan dalam membantu golongan miskin, tidak berkemampuan dan kurang bernasib baik.
Atas jasa Almarhumah, beberapa tempat di Negeri Sembilan telah dinamakan sempena nama baginda termasuk Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Yayasan Tuanku Najihah dan Rumah Kanak-kanak Tuanku Najihah.
Negeri Sembilan Berkabung 1 Hari
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini selepas waktu Asar.
Ads
Mohd Zafir berkata tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah adalah selama satu hari iaitu pada hari ini.
“Selepas sahaja pengumuman ini, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan pada hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan,” katanya.
Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa untuk Almarhumah dalam tempoh perkabungan.
Mingguan Wanita merafak takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah. Semoga roh almarhumah baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.
Air mata seorang ayah tumpah lagi di bumi Kemaman. Dalam sekelip mata, senyum dan tawa anak yang dikasihi pergi dibawa arus tenang kolam yang menyimpan duka mendalam.
Begitulah perit yang dirasai oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permasuri, Datuk Abd. Halim Jusoh, apabila anak keduanya, Nurhazwani Abd Halim, 34 tahun, disahkan meninggal dunia akibat lemas di sebuah resort di daerah itu petang semalam.
“Saya kehilangan seorang anak yang penuh kasih sayang dan sangat cakna terhadap keluarga,” ujar beliau dengan nada yang bergetar menahan sebak.
“Segalanya berlaku terlalu pantas”-Abd Halim
Menurut Abd. Halim, ketika kejadian sekitar jam 5.30 petang, beliau dan isteri sedang melayani cucu di kolam kanak-kanak berhampiran, manakala arwah dan suami berada di kolam dewasa. Segalanya berlaku terlalu pantas.
“Menantu saya cuma berpaling seketika… tidak sampai seminit. Bila dia menoleh semula, anak saya sudah tenggelam ke dasar kolam.
Dia segera menyelam dan menarik keluar, cuba berikan bantuan pernafasan dengan dibantu kakitangan resort,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kemaman.
Walau pun usaha menyelamat dijalankan, takdir telah tertulis. Nurhazwani, yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang, disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang, Selangor selepas proses bedah siasat selesai petang tadi. Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said dan ADUN Kijal, Datuk Razali Idris turut hadir menziarahi keluarga mangsa.
“Saya sempat memegang tangannya hingga ke hujung nafasnya. Allah lebih sayangkannya… Saya reda. Dia anak yang baik, lembut tutur katanya, dan tidak pernah lupa bertanya khabar walau jauh di mata,” ujar si ayah, menahan tangis yang pecah di dada.
Bagi Abd. Halim dan keluarga, kehilangan itu terlalu berat, bukan sekadar pemergian seorang anak, tetapi hilangnya sepotong jiwa yang menjadi nadi kasih dalam keluarga.
“Setiap panggilan dan pesanan suara dia kini jadi kenangan yang tak terganti. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang beriman,” tuturnya perlahan.
Tak dengar suara azan di Malaysia, gadis dari Indonesia minta maaf kenyataannya timbulkan kekecohan. Tular di aplikasi X, seorang gadis dari Indonesia mengakui tidak mendengar suara azan sepanjang duduk di Malaysia.
Kenyataannya pantas membuatkan netizen Malaysia naik berang dan menyerang kembali dengan kata-kata buruk hingga soal negara juga jadi ikutan.
Tak Dengar Suara Azan Di Malaysia
Minah indon ni kata dia datang KL , Terengganu & Duduk jobor takda azan langsung ?
Aku jem kepala , dia ni duduk mana sampai tak dengar azan ni dekat malaysia ? Korang dengar la sendiri
Gadis Dari Indonesia Minta Maaf Kenyataannya Timbulkan Kekecohan
Nyata selepas isu ini menjadi panas dan besar selain hebat dikecam, di aplikasi Tik Tiknya @pinotdiah telah membuat naik satu kenyataan memohon maaf di atas kekeliruan yang terjadi selain memaklumkan video asalnya telah dipotong dan hanya diambil bahagian berbaur kontroversi, seolah-olah tiada kedengaran bunyi azan di Malaysia berbanding negaranya Indonesia.
Ini kerana di videonya sebelum itu, @pinotdiah menangis teresak-esak sambil menyebut Astagfirullah sebaik berada di airport negaranya kerana kedengaran suara azan. Hal ini terus membuatkan warga Malaysia trigger kerana semasa datang ke KLCC, Terengganu dan Johor katanya dia tidak mendengar azan.
Dalam kenyataannya, Pinotdiah memaklumkan, ada perbezaan di antara tidak mendengar azan kerana tiada surau atau masjid berdekatan selain duduk di kawasannya majoriti bangsa Cina.
“Seperti saya bercuti di Johor dan duduk di kawasan yang majoriti penduduk taman itu berbangsa Cina, jadi secara logiknya memang tak akan kedengaran azan.
“Begitu juga ketika saya kunjungi KLCC sebelah siangnya. Jadi memang tak azan berkumandang. Semua itu adalah salah faham semata.
Aksi spontan saya menangis kerana mendengar azan semasa mengambil bagasi itu adalah spontan dan tanda hati bergetar kerana mendengar seruan azan. Itu saja,” katanya yang mengakui terkesan dengan kata makian netizen Malaysia yang berang dengan kata-katanya itu. Malah dirinya memaafkan kerana ada salah faham berkaitan isu ini.
Melihat hantaran video menerusi Instagram Datuk Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 40, mengalir air mata penulis.
Anak istimewa anugerah Allah ini membaca sepotong doa buat hari jadi ayah kesayangannya.
Mengalir Air Mata Dengar Zara Adelia Baca Doa Hari Jadi, Datuk Adi Putra
Menerima kapsyen di entri video tersebut juga Adi Putra berasa sungguh sebak bila mendengar puteri kesayangannya membacakan doa.
“Saya sangat sebak bila putri saya Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya.
Hadiah Istimewa Tak Dapat Di beli Di Mana-Mana
“Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli dimana-mana. Terima kasih isteriku, Az-Zahra, Nani, yang meraikan ulang tahun ku ke 40 Tahun. Perasaan sangat bersyukur yang pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin. Allahuakhbar” tulisnya.
Mengimbas kembali temubual menerusi Majalah Nona (terbitan NU Ideaktiv), isteri kepada Adi Putra, Datin Aida Yusof pernah berkongsi mengenai dua anak angkatnya iaitu Az Zahra dan Zara Adelia.
Waktu mereka kecil lagi Aida sudah menyusukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 9 tahun Cuma beza sebulan saja.
“Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, tak boleh bercakap dan dengar. Kami dapat tahu keistimewaan Adelia ni masa masih bayi lagi bila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” jelas Aida.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.