Ayam boleh dikatakan barangan mentah wajib ada dalam peti sejuk setiap kali beli ‘lauk’ di pasar. Jika selalu ayam yang dibeli diasingkan dalam beberapa bekas dan disimpan terus dalam peti sejuk. Namun, bila simpan cara begini ayam beku tersebut jadi keras, melekat dan lambat dicairkan.Sebenarnya ada cara mudah untuk simpan ayam dalam peti sejuk. Barulah ayam elok seketul-seketul tak melekat, senang direndam dan cepat dimasak.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Suzana Zainal ini.
Saya nak berkongsi cara saya simpan ayam atau daging atau ikan
Cara-Caranya:
1.Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2.Selepas itu letak dalam dulang, pastikan tak melekat antara satu sama lain.
IKLAN
3.Masukkan dalam tempat beku dalam 2 hingga 3 jam.
4.Selepas dah beku ambil satu persatu dan masukkan dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang, tak payah rendam semua, cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
MW:Setiap orang ada cara dan tip yang tersendiri. Menarik juga cara simpan ayam begini.Elok seketul-seketul tak melekat dan senang nak masak. Jadi tak perlu rendam semua, ambil beberapa ketulan yang di mahu dimasak sahaja. Malah ayam beku pun cepat cair dan tak keras bercantum-cantum.
Sumber: Suzana Zainal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lesung batu memang banyak kegunaannya terutamanya dalam menumbuk bahan-bahan untuk dibuat sambal. Meskipun dah ada kemudahan mesin pengisar ‘blender’ namun cara menumbuk tradisi menggunakan lesung batu, tetap menjadi pilihan dan membuatkan masakan menjadi lebih sedap.
Menerusi perkongsian oleh Zamy Purba pesan neneknya supaya lesung batu yang baru dibeli jangan terus digunakan.
Rendam Selama 24 Jam
Sebaliknya pastikan rendam dahulu dalam air selama 24 jam. Ini kerana lesung batu yang baru masih rapuh dan tujuan ia di rendam dahulu bagi mengelakkan lesung batu mudah pecah.Malah lesung batu juga tahan lama.
Selepas lesung batu direndam selama 24 jam.Letakkan pula hampas kelapa yang telah diparut tersebut ke dalam lesung batu tersebut.
Tumbuk hampas kelapa tersebut sehingga bertukar warna. Ia bagi tujuan memastikan tiada lagi habuk-habuk mahupun pasir halus melekat pada lesung batu tersebut.
Mingguan Wanita: Rupanya nak lesung batu tahan lama tak mudah pecah, lepas beli jangan terus guna. Sebaliknya kena rendam dulu selama 24 jam, barulah ia tahan lama.
Sebagaimana yang dikongsikan Siti Suryani Yaakop, rumah kayu palet tak guna paku ini adalah lambang cinta seorang suami kepada isterinya. Kerja tukang bapa saudaranya itu terlihat indah dan cantik di pandangan mata.
Lebih unik lagi, rumah kayu pallet hasil kerja tangan bapa saudaranya itu menggunakan skru untuk menyambung satu palet ke palet yang lain.
Unik sekali rumah yang dihasilkan atas lambang cinta seorang suami untuk isterinya. Sehinggakan dia memanggilnya ‘Taj Mahal Pak Lang buat Mak Lang.’
Rumah Kayu Palet Hasil Kederat Seorang Suami
Bagi orang ini cuma sekadar rumah. Tapi bagi saya rumah ni adalah lambang cinta. Cinta itu akhirnya menghasilkan sebuah karya seni yang utuh dan unik.
Uniknya sebab hampir keseluruhan rumah ni dibina dari kayu palet. Pak Lang saya kata dia kumpul sehari-hari kayu palet yang masih elok dan cantik. Lepas tu dia buatlah sikit demi sikit.
Uniknya lagi rumah ni tak pakai paku. Pak Lang kata dia guna screw. Kebanyakkan tempat semua dia screw sendiri untuk sambungkan satu palet ke satu palet yang lain. Nak berpaku semua memang tak lalu.
Bertambah unik lagi sebab bukan setakat rumah. Tapi kebanyakkan perabot juga dibina dari kayu palet. Gerobok simpan tilam bantal, almari baju, katil, kabinet dapur, rak kasut, meja, kerusi beranda.
Dan lebih unik di antara paling unik, rumah ni Pak Lang gigih buat sorang-sorang. Dengan pinjaman kederat buat dia. Perlahan-lahan. Satu persatu. Diteman Mak Lang setiap waktu. Makan hampir 8 tahun sebelum rumah ini siap dibina sepenuhnya.
Sebab itu saya tak panggil ini rumah.
Saya panggil Taj Mahal.
Taj Mahal Pak Lang buat Mak Lang.
Hasil Kerja Tukang Pak Lang Yang Bersen
Ini hasil keseluruhan rumah. Siapa yang tengok mesti jatuh cinta. Unik, cantik dan traditional. Siapa sangka ini hasil dari kayu palet dan kederat seorang lelaki.
Ruang masuk pintu utama. Pagar ni penting. Cucu ramai. Kalau tak dipagar tak larat nak kejar.
Beranda ni menghadap rumput hijau. Tenang. Larat Pak Lang buat. Kat sini lah pagi-pagi Mak Lang lambai Pak Lang pergi kerja.
Reka Bentuk Tingkap Yang Unik
Ruang TV. Almari TV itu juga dibuat sendiri. Begitu hiasan tetingkap dan ruang angin. Reka bentuk sendiri. Kat sini suami saya suka nyanyi lagu “Adabi melazatkan…” bila nak buka tingkap waktu pagi.
Ruang membawang. Kalau tak sampai pukul 5 pagi, tak tidur. Biasa lah sesekali jumpa. Mengilailah kita semua sampai pagi buta.
Ruang rehat lagi satu. Ruang sebelum masuk ke dalam ruang solat. Ada pulak mesin jahit lama dengan pasu tu kat situ. Nampak vintage sungguh.
Ni gerobok selimut, bantal, tilam. Senang orang datang. Sedara mara satu batalion. Pun Pak Lang buat sendiri. Jenis buat rumah memang siap-siap sedia untuk terima sedara mara.
Kawasan ruang tamu juga. Sebelah TV. Dan sebelah tempat membawang tadi.
Semua kabinet dapur ni hasil tangan Pak Lang.
Bilik Solat Kemas Lagi Bersih
Ni bilik solat. Besar. Kemas. Bersih. Rak gantung sejadah pun buat sendiri. Kabinet letak Quran pun buat sendiri. Pagi-pagi angin di sini sejuk. Macam ada aircond. Bilik penuh cahaya iman barangkali.
Laluan untuk ke tandas dan laundry. Maya kata dia suka laluan ni. Siap ada gerbang sebelum masuk jamban.
Rumah Kayu Palet Yang Unik
Atap dapur. Sebab Mak Lang kata panas. Orang datang nanti bersauna. Buat pulak dia atap dengan kayu palet ni. Sungguh. Kawasan ni kalau dah masuk payah nak keluar. Cuaca sedap. Makanan apatah lagi.
Ni lah keseluruhan kawasan dapur. Saya suka berdiri tengok tempat ni. Tak sangka hasil kayu palet boleh jadi seindah ini.
Mingguan Wanita :Memang cantik sungguh hasilnya. Tentu isterinya bahagia.
Selalunya, bila jarang guna bekas acuan terutamanya acuan bahulu, mesti bila guna kuih yang dibakar itu akan melekat pada acuannya. Terus tak ‘cantik’ bahulu yang dibakar itu.
Senang cerita, mulalah mak-mak beli bekas acuan bahulu yang baru. Kononnya sudah tidak boleh digunakan lagi.
Ada juga mak-mak yang pertama beli dan cuba gunakan bekas acuan bahulu, ia tetap melekat. Mungkin ada cara yang tak kena sebelum digunakan.
Sebenarnya, ada cara nak bagi acuan bahulu tidak melekat. Ini adalah perkongsian daripada Badariah Abdrahman yang sudah 20 tahun menggunakan cara ini. Boleh ikut cara yang dilakukan ini.
“Ada yang bertanya, macam mana acuan bahulu tidak melekat. Ini saya kongsikan tip pada yang mula nak buat bahulu.
“Tip ini daripada arwah ibu saya supaya acuan tidak melekat dan cara penyimpanannya selepas digunakan.
1. Selepas membeli bekas acuan bahulu, basuh dan jemurkan di bawah sahaya matahari panas.
2. Bila dah kering, masukkan minyak panas dan biarkan semalaman.
3. Begitu juga bila sudah guna, jangan basuh dan simpanlah dengan cara tutup dengan plastik dan tindik dengan acuan yang lain. Bila nak guna, panaskan saja (ini sebab saya gunakan setiap hari).
4. Bagi acuan yang lama tidak digunakan boleh lap dan kalau nak basuh pun biarkan ia kering di bawah kipas.
5. Semasa memasak, pastikan bekas acuan panas dan sapu minyak. Mulakan dengan bubuh sedikit adunan dulu. Sebagai percubaan.
6. Inilah cara yang saya buat lebih 20 tahun.
Info: Bagi yang tinggal di apartment, lepas beli bekas acuan, basuh dan lap bersih. Rendam dengan minyak yang panas. Biarkan ia selama sehari. Lepas itu barulah guna.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Jemaah wanita meninggal lepas baca Yassin, kematian husnul khatimah malam Jumaat di masjid. Kematian jemaah wanita yang meninggal di masjid ini pastinya menjadi idaman...