Ayam boleh dikatakan barangan mentah wajib ada dalam peti sejuk setiap kali beli ‘lauk’ di pasar. Jika selalu ayam yang dibeli diasingkan dalam beberapa bekas dan disimpan terus dalam peti sejuk. Namun, bila simpan cara begini ayam beku tersebut jadi keras, melekat dan lambat dicairkan.Sebenarnya ada cara mudah untuk simpan ayam dalam peti sejuk. Barulah ayam elok seketul-seketul tak melekat, senang direndam dan cepat dimasak.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Suzana Zainal ini.
Saya nak berkongsi cara saya simpan ayam atau daging atau ikan
Cara-Caranya:
1.Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2.Selepas itu letak dalam dulang, pastikan tak melekat antara satu sama lain.
Ads
3.Masukkan dalam tempat beku dalam 2 hingga 3 jam.
4.Selepas dah beku ambil satu persatu dan masukkan dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang, tak payah rendam semua, cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
MW:Setiap orang ada cara dan tip yang tersendiri. Menarik juga cara simpan ayam begini.Elok seketul-seketul tak melekat dan senang nak masak. Jadi tak perlu rendam semua, ambil beberapa ketulan yang di mahu dimasak sahaja. Malah ayam beku pun cepat cair dan tak keras bercantum-cantum.
Sumber: Suzana Zainal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rumah yang cantik menjadi idaman buat pasangan yang mendirikan rumah tangga. Ada pelbagai cara yang dilakukan oleh pasangan bagi memastikan rumah kediaman cantik dan paling penting mampu gembirakan isteri. Lebih bermakna, jika setiap dekoasi adalah hasil tangan dan kreativiti pasangan.
Begitu juga dengan kediaman sekarang yang kebanyakannya ada DIY sendiri, apatah lagi dengan keadaan sekarang dan kos yang diperlukan boleh tahan mahalnya. Cara terbaik kalau mampu buat sendiri, bajet yang diperlukan pun tidaklah mahal.Itu pun dah jimat.
Kalau sebelum ini, kebanyakan rumah lebih suka memasang wallpaprr pada dinding. Tapi sekarang ramai yang memasang wainscoting untuk dinding nampak cantik dan mewah. Jika minta upah orang luar buatkan memang agak mahal.
Walau bagaimanapun, jika ada kreativiti dan kemahiran, boleh saja buat sendiri. Malah kos yang diperlukan tidaklah mahal.
Perkongsian daripada lelaki ini boleh dijadikan rujukan bagi anda yang ingin memasang wainscoting pada dinding rumah. Menariknya, dia sendiri yang berusaha memasang pada dinding untuk gembirakan isteri. Malahk kos yang digunakan pun tidaklah mahal, Cuma RM70 sahaja.
“Masa PKP 2.0, banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga. Dalam masa sama, banyak idea yang difikirkan bersama isteri untuk deko rumah dan salah satunya untuk memasang wainscoting. Oleh kerana keadaan sekarang ini, keinginan itu terkubur buat sementara waktu.
“Walau bagaimanapun, setelah beberapa kali melihat cara buat wainscoting di youtube, ia telah memberi idea untuk cuba buat sendiri dengan bajet yang ada.
“Kali ini, bajet tak adalah besar, cuma dalam RM100 sahaja. Tapi, tak pasti cukup atau tidak, cuba dulu. Oklah daripada minta upah orang tidak tahu berapa jumlahnya. Paling penting isteri gembira. ‘Happy wife happy life’..
“Jadi, inilah hasilnya wainscoting bajet bawah RM100 termasuklah segala jenis silikon, gam, kayu dan peralatan lain seperti dalam gambar. (Cat tidak termasuk sebab guna lebihan sebelum ini.)
Mudah-mudahan dapat membantu keluarga lain untuk berjimat cermat.
MW: Cantik!. Bolehlah minta suami buatkan di rumah. Jimat pun jimat.
Sekarang ini banyak video yang enceritakan tentang makan terutamanya mukbang yang membuatkan kita pun terliur sama. Kebanyakan video juga turut memaparkan tentang makanan oedas yang diambil oleh mereka. Terfikir juga bagaimana cara mereka untuk hilangkan kepedasan yang dialami itu.
Tidak dinafikan, makanan pedas akan membuatkan lidah kita ijar. Biasa tangan pijar bila kita gunakan tangan secara terus pada cili untuk memasak. Ini pijar lidah kerana mengambil makan terlalu pedas.
Ada sesetengah, pedasnya sampai keluar air mata dan lebih teruk lagi langsung tidak boleh bercakap. Masing-masing ada cara menahan kepedasan atau untuk hilangkan pedas.
Doktor ini ada memberikan tip tentang cara untuk hilangkan rasa pijar lidah pada makanan pedas. Nanti bolehlah cuba bila anda mengambil makanan pedas.
Kalau tak pedas, tak sedap, tapi kalau terlebih pedas, merana! Pijar lidah, berpeluh-peluh dahi dan kadang-kadang tak tahu kenapa, sampai gatal kepala.
Apa nak buat kalau termakan makanan yang pedas gila? Minum air? Kemam air? Itu tak berapa berkesan. Ada cara lebih cepat dan efektif untuk kurangkan pijar lidah.
Rasa pedas pada cili dan cabai adalah disebabkan bahan yang dipanggil #capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif kurangkan kepedasan.
Capsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak. Oleh itu, bahan-bahan berikut sangat efektif untuk kurangkan kepedasan di lidah.
Makanan pedas-pedas ni memang nikmat, tapi hendaklah berpada-pada. Makanan terlalu pedas boleh menyebabkan gastritis, cirit birit dan masalah kesihatan yang lain.
MW: Siapa tak tahan pedas memang boleh menangis, lebih teruk boleh cirit birit. Kadang-kadang rasa sikit pun dah cukup.
Sekarang ini, baik guru mahu pun mak ayah struggle bila mengingatkan kelas online yang perlu dihadiri oleh anak-anak. Bukan apa, sebab maklumat yang diberikan oleh guru tentulah banyak melalui telegram dan whatsap mak ayah.
Ini belum lagi latihan yang diberikan oleh guru. Memang penuhlah maklumat atau kertas kerja yang perlu mak ayah simpan untuk di print sebagai latihan atau kerja sekolah anak-anak. Begitu juga dengan guru-guru, rasanya lagi banyak sebab segala kerja sekolah pelajar akan disimpan untuk diberi pemarkahan nanti.
Biasanya, guru pelajar atau mak ayah lebih selesa menggunakan telegram dan whatsapp untuk mendapatkan latihan atau kertas kerja. Tapi setakat mana mampu bertahan, mahu penuh dalam telefon.
Bagi guru yang mengajar banyak kelas, memang tak dapat tampung dalam telefon melalui telegram atau whatsapp. Tidak dinafikan juga, google classsroom yang digunakan oleh guru sangat membantu. Tapi tidak semua, cikgu-cikgu cekap untuk menggunanya.
Jadi, perkongsian daripada guru ini mungkin boleh membantu cikgu-cikgu di luar sana untuk menyemak tugasan murid. Katanya, google classroom tetap platform terbaik tapi melalui google form ini sedikit sebanyak dapat dijadikan alternatif buat guru untuk kumpul tugasan pelajar.
“Ini cara saya mengumpul tugasan pelajar Pdpr setiap hari dengan mudah dan tidak bercampur. Tak perlu nak guna telegram atau whatsapp sebab mahunya penuh pada telefon nanti.
“Ada juga guru yang tidak pakai google classroom dan tak mungkin ada yang kurang mahir dalam menggunanya. Jadi, alternatif lain selahin google classrom atau tidah hanya bergantung kepada whatsapp dan telegram, bolehlah guna google form untuk kumpul tugasan pelajar.
“Walau bagaimanapun, google class room tetap menjadi platform terbaik. Ini adalah sewbagai alternatif buak guru-guru.
“Saya pakai google form sahaja, buat satu googleform yang ringkas untuk pelajar upload bahan.Malah, bahan tersebut akan tersimpan dalam google drive dan yang penting mudah untuk dicari semula.
Saya tunjukkan kaedahnya.
1. Ini yang pelajar dapat bila kita beri link, mereka ambil gambar tugasan pakai telefon dan “add file” sahaja.
2. Buka google form, hanya letak question”
a) Nama
b) File upload
Itu sahaja, yang penting tarikh tugasan itu.
3. Inilah yang selalu salah. Bila kita nak share link google form, tekan button yang ini sepatutnya.
4. Hantarkan link google form itu guna link, copy yang ini dan hantar ke group pelajar
5. Kita menunggu sambil membebel.. “mana ni, baru 10 orang saja yang hantar”. Sebab kita boleh tengok on the spot siapa yang dah hantar
6. Yang ini kita boleh tengok hasil tugasan yang pelajar dah hantar. Nak tengok sorang-sorang boleh, nak tengok keseluruhan pun boleh.
7. Tekan yang ini kalau nak tengok keseluruhan tugasan.
8. Secara umum, boleh nampak pelajar punya tugasan
9. Part ini paling best, untuk tugasan kelas lain atau hari lain, hanya perlu copy sahaja google form tadi dan rename sahaja. Jadi, seperti gambar, ini tugasan setiap hari pdpr. Kalau nak cari semula tugasan tarikh tersebut, tekan sahaja form pada tarikh yang dikehendaki
Jadi, kalau banyak tugasan yang cikgu beri, banyaklah google form nak kena ada tapi itu yang memudahkan guru mencari tugasan tersebut.
10. Tak mahu bagi serabut, asinglah form yang banyak-banyak tu ikut kelas.
Video pengajaran saya sediakan sekali tugasan supaya pelajar boleh membuat tugasan berpandukan video. Seterusnya snap gambar dan hantar kepada guru melalui kaedah yang saya tunjukkan tersebut. Contoh pautan bagaimana saya menggunakan video, seterusnya pelajar hantar kepada guru tugasan mereka..
MW: Kadang-kadang, mak-mak fikir juga macam mana guru yang mengajar banyak kelas ini. Satu kelas ada 35 orang…kalau 5 kelas dah berapa ramai. Nak layan karenah pelajar lagi kan. Terbaiklah cikgu.
Allahuakbar, ibu tak ada siapa-siapa dah. Hidup ibu sunyi tanpa hampa bertiga. Kenapa tak bawa ibu sekali, adik abang tarik tangan abah sekali ke syurga.Al-Fatihah, Nor Hamiza.