kutu beras

Memang geram bila beras yang baru dibeli, tapi dah bersarang dengan kutu beras. Jika tak dibuang kutu beras ni, beras boleh rosak dan berhabuk, tak boleh digunakan lagi.

Jangan risau, sebenarnya ada beberapa petua semulajadi yang mak-mak boleh cuba untuk mengatasi masalah kutu beras ini.Menariknya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je.

Berikut 8 cara untuk hilangkan kutu beras yang boleh dilakukan di rumah.

1. Daun Limau Purut

Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!

8 Petua Terbukti Berkesan, Halau Kutu Beras Guna Bahan Dapur

2. Asam Keping

Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak selesa.

8 Petua Terbukti Berkesan, Halau Kutu Beras Guna Bahan Dapur

3. Daun Pandan & Daun Bay

Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras.Boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

IKLAN

8 Petua Terbukti Berkesan, Halau Kutu Beras Guna Bahan Dapur

4. Cili Kering

Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras.Rasa pedas dan panas ini tentunya membuatkan kutu beras ini rasa tidak selesa. Namun, pastikan gantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.

8 Petua Terbukti Berkesan, Halau Kutu Beras Guna Bahan Dapur

5. Kulit Kayu Manis

Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras.

8 Petua Terbukti Berkesan, Halau Kutu Beras Guna Bahan Dapur

IKLAN

6. Jemur Bawah Matahari

Jika dapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, boleh cuba cara ini. Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik.Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper.Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.

7. Guna Kain Lembap

Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Kutu-kutu ini akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras.

8 Petua Terbukti Berkesan, Halau Kutu Beras Guna Bahan Dapur

Boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.

IKLAN

8. Masukkan Beras Dalam ‘Freezer’

Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Ini kerana mungkin ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut.

Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa.Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.

8 Petua Terbukti Berkesan, Halau Kutu Beras Guna Bahan Dapur

Simpan beras dengan betul

Bukan itu sahaja, paling penting praktikkan cara penyimpanan beras dengan betul untuk mengelakkan kutu beras ini. Kalau tak selalu memasak, beli beras paket kecil saja. Atau, boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam ‘freezer’. Bila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan untuk atasi masalah kutu beras di rumah.

Sumber:Marina Mariana

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI