Memang ada benarnya cara potongan bawang mampu beri rasa berbeza bergantung pada jenis masakan tersebut. Jadi kena ikut kesesuaian sebelum memotong bawang, seperti dihiris, dicincang, potongan baji, gegelung dan sebagainya.
Teknik ini tidak boleh dianggap remeh kerana kesedapan sesuatu masakan itu bermula dari awal penyediaannya, jika penyediaan cincai maka cincai lah hasilnya.
Malam tadi aku terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna.Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang.
Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2)Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
3)Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4)Belah.
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5)Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam B.Inggeris.Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dsb.Juga untuk kebab.
6)Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang.Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
Ads
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8)Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.
9)Cincang
Untuk perapan, tumisan dsb.
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resepinya sebelum mula memotong.
Semoga bermanfaa dan Selamat memasak!
Ads
Info Ekstra!
Kalau kisar bawang, seboleh-bolehnya jangan tambah air kalau nak simpan bawang tu atau masak resepi yang tak terlalu berkuah.Letak minyak masak je sikit.Nanti tumis pun tak perlu pakai minyak banyak dah.Bawang pun boleh simpan lama dalam sebulan dua.
Jenis-Jenis Potongan Bawang.
Malam tadi aku terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna.Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi. pic.twitter.com/Znka2SbJqK
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Assalamualaikum, bagaikan sekejap masa berlalu dan kini giliran saya untuk berkongsi cerita di ruangan ini. Ramai wanita kini yang bekerjaya dan merupakan antara penyumbang kepada pendapatan ekonomi keluarga. Malam semalam saya menonton Berita TV, dan berasa tersentuh dengan kejadian dimana seorang ibu yang bekerja terlupa anaknya ditinggalkan di dalam kereta sehingga menyebabkan anak kesayangannya meninggal dunia. Kisah ini memberi ikhtibar buat kaum-kaum ibu yang kini dilihat sangat sibuk.
Seperti mana jadual seharian saya, seawal jam 5 pagi saya sudah bangun untuk menyediakan sarapan dan lauk tengahari serta menyediakan persiapan persekolahan anak-anak sebelum ke tempat kerja. Memang pagi-pagi agak kelam kabut. Bila sampai pejabat, barulah boleh tarik nafas lega sekejap dan menikmati sarapan.
Kemudian teruskan kerja sehinggalah selesai waktu kerja 6 petang atau jika ada tugasan sebelah malam barulah sampai ke rumah. Rata-rata saya melihat rakan-rakan di pejabat pun semuanya hampir sama dengan saya punya tanggungjawab yang serupa. Kiranya ibu-ibu yang bekerjaya pada hari ini sememangnya perlu sihat dan sentiasa aktif agar jadual harian mereka sekeluarga tidak terganggu.
Diuji Sakit Tetiba…
Namun baru-baru ini saya mengalami sakit sendi dan tulang belakang yang memerlukan saya berehat hampir seminggu. Walaupun sakit namun disebabkan komitmen dan tanggungjawab pada kerja dan kerjaya menyebabkan saya perlu tangani segera penyakit yang ada. Selepas berjumpa doktor dan kemudian saya pulang ke kampung untuk berurut barulah penyakit yang saya alami berkurangan.
Sewaktu sedang berurut dengan ibu saudara sebelah suami, saya mengadu dan berkata doktor suruh saya rehat dan jangan terlalu beri tekanan pada tangan kanan kerana tangan kanan saya terlalu banyak bekerja. Dia cuma tertawa dan berkata, saya cukup beruntung kerana bekerja di dalam pejabat berbanding dirinya dulu sewaktu membesarkan anak-anak.
“Macam mana nak berehat kan, kita ni ibu apa pun jadi kena pastikan anak-anak cukup makan dan pergi ke sekolah untuk dapat ilmu. Mak Long ni kalau masa muda macam kamu doktor suruh rehat memang tak berasaplah dapur.
“Pak Long dan Mak Long dulu pukul 4 pagi dah bangun pergi menoreh getah. Balik dari menoreh sambung buat sarapan untuk anak-anak, masa tu anak bongsu baru berumur 3 tahun. Kami ni orang kampung duduk kampung semua kampung yang boleh dapat hasil kami buat. Lepas anak ke sekolah, kami pergi ke sawah pula, bawa anak bongsu mak long sekali. Hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya nak dapat wang ketika itu.
“Masa menoreh mak long pernah berlari lintang pukang dari atas bukit ke kawasan rumah kami kerana sangka mak long harimau sedang mengejar mak long. Sebabnya sebelum itu mak long ada mendengar seperti ngauman harimau yang begitu dekat dengan mak long. Kemudian mak long juga pernah nampak ular sawa yang besar dan panjang, hingga mak long kegigilan. Apa saja yang tak dilalui, bila berada dalam hutan,” ujar Mak Long sambil tersenyum.
Dari situ saya mendapat pengajaran, sebagai seorang wanita sememangnya kita perlu bersemangat dalam meneruskan hidup, bukan untuk diri sendiri namun untuk mereka yang tersayang. Jadi khususnya buat kaum ibu yang bekerja di luar sana anda jika anda fikir kerja anda sangat sukar sebenarnya ramai lagi yang melalui pelbagai kesukaran demi membesarkan anak-anak tersayang.
Malah baru-baru ini saya menemubual seorang usahawan terkenal yang bernama Bonda Zie seorang wanita yang bebas dari kanser selepas hampir dua tahun bertarung nyawa sebagai pengidap kanser. Bonda Zie berasa sangat bertuah bagaikan diberi nyawa kedua dari Allah, apabila pada awal mengetahui menghidap kanser doktor memberi tahu dia cuma boleh hidup dalam tempoh seminggu.
“Bayangkan bila saya mengetahui akan hal demikian. Namun saya beruntung kerana suami dan anak-anak memberi sokongan yang cukup padu pada saya. Saya bangkit kerana kata-kata semangat dari mereka. Malah saya juga merupakan tunggak kepada ekonomi keluarga jadi saya kena sihat,” ujar Bonda Zie yang mengakui bukanlah satu perkara mudah untuk melawan kanser yang dihidapi dan bertarung nyawa hampir dua tahun dengan perawatan kanser yang dilalui. Begitu kuatnya, wanita-wanita yang bergelar ibu. Mereka juga merupakan idola dalam hidup saya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam dunia penanaman yang serba luas ini, ada bermacam kaedah penanaman yang mak-mak boleh cuba. Kaedah Aquaphonic mudah ini salah satunya.
Kaedah ini membolehkan anda menanam pokok-pokok dalam masa yang sama membela ikan dalam satu bekas yang sama.
Lelaki ini, Ahmad Yusri berkongsi cara kaedah Aquaphonic mudah yang mak-mak boleh praktikkan di laman rumah sendiri.
Kongsinya, “Saya nak share kaedah aquaphonic mudah. Boleh tanam pokok yang sukakan air seperti kesum, selom, kangkung dan sebagainya.
Boleh juga tanam pokok lain. Terpulang.”
Ini Kaedah Aquaphonic Mudah
1. Tong sampah/ baldi atau apa-apa yang sesuai.
2. Bakul atau apa-apa bekas yang berlubang. – Cari BAKUL PLASTIK BULAT di sini
3. Lecca/batu/ arang
4. Ikan tempatan yang lasak seperti keli, sepat, puyu dan lain-lain.
Tips : Ikan keli saya tak galakkan sebab air akan mudah kotor. Tapi sangat lasak, saya tak tukar air berbulan-bulan tetap hidup. Saya hanya tambah air sahaja.
Syarat Lain Kena Ikut
Dalam gambar pokok kesum yang lebat tu ada ikan puyu 12 ekor.
Cucuk pokok kesum, lepas tu bagi ikan makan. Tambah air jika air menyusut. Pastikan akar kena air.
Jangan lupa buat lubang overflow jika letak di luar tanpa atap.
Mingguan Wanita : Jimat ruang kan bila buat macam ni. Pokok kesum dapat, bela ikan pun dapat. Menarik untuk dicuba ni mak-mak.
Baju baru beli di kedai, nyata nya nampak bersih di pandangan mata. Realitinya tak ya, mak ayah. Penjelasan Mohd Fhais ini akan buka mata kita.
Betapa, seramnya bila mak ayah tak basuh dulu baju-baju baru dibeli tu sebelum di pakai. Bayangkan, baju yang nampak bersih tu rupanya ada macam-macam kejadian dah terjadi ke atasnya.
Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli
Saya selalu nasihat kat orang benda ni, bah kan pelanggan #byrara sendiri pun saya akan nasihat benda yang sama. Cuci dulu sebelum pakai.
Ini pengalaman saya sendiri semasa melawat kilang buat baju di Bangladesh tahun lepas.
Nampak tak longgokan kain yang saya buat anak panah tu?
Itu la kain-kain yang kuantitinya lebih dari 1000kg dan sudah berbulan-bulan duduk kat situ. Tersadai kat situ tanpa ada perlindungan atau ditutup rapi.
Saya jadi tertanya-tanya bila lihat kain kain ni terdedah begitu je. Kat sini bebas serangga ke? (tanya dalam hati)
Tak puas hati jadi saya tanya pada owner kilang.
Owner Kilang Kain Dedahkan Sendiri..
“Di sini tak ada tikus atau lipas ke?”
Terkejut saya bila owner kilang ni jawab tikus dan lipas ada banyak.
Saya pun tanya lagi,
“Habis ni kain semua kalau kena berak atau kencing dengan tikus macam mana?”
Owner tu jawab senang je, diorang akan gunting dan buang. Selebihnya guna buat baju.
Sebab Itu Baju Baru Beli Kena Basuh Dulu Sebelum Pakai
Aduh, sejak dari itu setiap kali beli baju baru saya akan basuh dulu sebelum pakai. Tak kira la baju jenama besar ke, jenama kecil ke saya pasti basuh dulu.
Kita bukan tahu sepanjang proses nak hasilkan baju tu ntah apa apa benda atau seranga dah lalu melintas pada kain tu. Banyak benda dah melekat kat kain tu. Kita bukan nampak pun.
Basuh je la dulu senang. Tak rugi apa pun, hilang bau kedai je!
Sampaikan pada orang lain juga ye, masih ramai yang sambil lewa pasal benda ni.
MW : Haa.. dah boleh buang habit pakai terus baju baru beli tu ya. Apa-apa pun kena basuh dulu. Sama macam buah baru beli.. kena basuh dulu baru makan.
Sumber/Foto : Mohd Fhais , Mata nampak bersih tak semestinya bersih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...