Bila sakit dah tentu-tentu kita akan makan ubat. Kiranya, demam, batuk atau selesema dengan pengambilan ubat, bolehlah menyembuhkan. Tapi bagi yang ada penyakit ‘khas’ jangan pula nak skip atau terus berhenti.

Kebiasaan penyakit 3 serangkai seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung, dah tentu kena makan ubt untuk mengawalnya. Bukan untuk sembuhkan atau hilangkan.

Inilah yang berlaku pada kita. Bila dah rasa diri sembuh, mulalah tak makan ubat. Hakikatnya, kena teruskan untuk kawal, bimbang akan muncul masalah yang lagi teruk.

Perkongsian daripada Dr Malar tentang pesakit warga tua yang tidak lagi makan ubat kerana merasakan diri dah sembuh. Tapi, akhirnya ‘menyerah diri’ ke hospital bila badan mula menggigil-gigil dan muntah-muntah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Hilangkan Batuk Tanpa Ubat Dengan Urutan 3 Titik Di Tangan, Sekadar Ikhtiar

Doktor Pesan Bila Anak Termuntah Selepas Ambil Ubat, Kena ‘Redose’, Penyerapan Tidak berlaku

Makan Ubat Untuk Kawal Penyakit

KISAH BENAR

Hai pakcik, saya Dr Malar, doktor kat jabatan kecemasan ni. Pakcik tak sihat ye hari ni?

Pesakit : Dah seminggu dah tak sihat, demam seram sejuk, muntah muntah, tak larat lah doktor. Doktor tolong bagi inject vitamin sikit kat pakcik boleh tak?

Saya (sambil tersenyum) : Boleh nanti saya bagi vitamin. Sekarang pakcik cerita kat saya dulu. Pakcik ada kencing manis, atau darah tinggi atau sakit jantung ke?

Pesakit: Takde

IKLAN

Saya : Ada alahan apa apa ubat ataupun makanan tak?

Pesakit: Kalau makan ubat putih bulat tu, pakcik rasa tak sedap perut, macam gastrik

Saya : Ubat putih tu pakcik makan untuk apa? Siapa bagi?
Pesakit: Doktor kat klinik tu lah bagi. Dia kata nak turunkan gula. Ni ha pakcik ada simpan ubat tu dalam beg pakcik (sambil menghulurkan ubat kencing manis (Metformin 500mg)

Saya: Ehh ni ubat kencing manis pakcik! Tadi pakcik kata, pakcik tak ada kencing manis. Tapi pakcik makan ubat ni..?

Pesakit : Ehhh pakcik dah takde kencing manis. Doktor kata lepas makan ubat ni, gula pakcik dah ok, DAH TAKDE KENCING MANIS.

Jangan Berhenti!

Alahai.. rakyat Malaysia ni memang kreatif dan comel lah.

Sebenarnya pakcik ni ada kencing manis, dan dia sedang mengambil rawatan, kena makan ubat.

IKLAN

Bila dia pergi follow up appointment dekat klinik, doktor di situ memberitahu bahawa tahap gula dalam badan pakcik sudah terkawal dan bagus.

Dah tentu pakcik dengan gembiranya rasa kencing manis dia dah takde, ye lah sebab gula 4.9.

Maka, dengan bangga nya pakcik pun mula berhenti makan ubat kencing manis.

Sebab tu dia tak sihat seminggu, muntah muntah, tak larat.

Cucuk hujung jari sket check tahap gula : 22 !!

Kan dah tinggi melangit. Sekarang saya kena buat macam macam ujian darah untuk test kadar asid dalam darah dia, tahap kekeringan, ada jangkitan kuman ke tak dan sebagainya. Kalau tahap gula Dxt 22 tu bukan boleh buat main. Lambat beri rawatan, boleh jadi tahap koma tau.

IKLAN

Adoi, makan ubat kencing manis hanya mengawal kencing manis.

Ubat ubatan Tidak MENYEMBUHKAN atau MENGHILANGKAN kencing manis.
Tolong lah terangkan kat MakPak masing2 ye.

Sebab bila gula dah tinggi melangit camnih, badan dah kering dah berasid, kena letak 2-3 jarum, masuk ubat air beberapa jenis, sampai ada yang kena masuk ICU, memang kesian sangat dengan pakcik makcik uncle aunty yang naif ni.

Tolong lah ingat kan Mak Pak masing masing ye. Kalau doktor kat klinik cakap tahap gula dah cantik sejak makan ubat, teruskan makan . Jangan berhenti.

Sesungguhnya, Sabar itu Sebahagian Dari Iman.
Nasib baik pakcik ni comel macam Abah saya.

Mingguan Wanita: Tak kiralah orang tua atau muda, bila dah ada penyakit macam ni, jangan eseskali rasa dah sembuh. Kena teruskan. Takutnya lagi terus penyakit itu nanti.

Sumber: Celoteh Dr Malar

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI