Sempena Ramadan dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penyanyi Aishah memberi nasihat kepada rakan-rakan agar tempuhinya dengan penuh kesabaran.
Malah penyanyi yang popular dengan lagu-lagu raya evergreen seperti, Pulanglah, Setitis Cahaya Di Aidilfitri ini menyeru agar orang ramai terus cakna dengan kesusahan dan kesempitan jiran tetangga dan kawan-kawan.
Aishah Seru Agar Jagalah Apa Dikongsi Di Media Sosial
Bukan itu sahaja malah Aishah juga menyeru agar menjaga apa yang dikongsi di dalam akaun sosial media.
“Selesai kerja semalam badan vintage ni merasa bahananya. Ramai yang keluar hari ini, al maklumlah kami di beberapa daerah di Selangor ni akan berPKP. Cuma agak confuse sekarang dgn SOPnya, nak ikut PKP yg macam mula-mula dulu ke, atau mcm PKP 2.0 ke macam mana ye?
“Di dalam bulan yg mulia semoga kita semua diberi kesabaran utk mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup terutama di musim Covid ini. Semua orang merasakan berbagai tekanan, jadi jom kita sama-sama menjaga sensitivity sesama kita.
“Empathy itu sgt penting. Cakna kesusahan dan kesempitan jiran tetangga kawan-kawan. Kalau pun tidak bisa membantu secara fizikal,dgn menjaga apa yang kita upload di dalam akaun sosial media kita sudah cukup bagus.
Ads
Simpanlah Sikit Gambar Kemewahan & Kegembiraan
“Bagi yang berada dan bahagia,mungkin boleh simpan-simpan sikit gambar-gambar kemewahan dan kegembiraan.
“Bukan apa, kerana menjaga hati-hati teman-teman yang sedang dilanda kesedihan dan kesempitan.
“Bagi yang diduga dgn berbagai dugaan, semoga kita bertabah dan bersabar menghadapinya.
Jadikan Al-Quran Teman Setia
“Di media sosial bukan tempat utk kita ‘vent out’ segala ‘frustration’ kita. Sekarang inilah masa terbaik utk kita mohon pada Allah swt.
“Take care everyone, tenangkan hati,zikirullah dan Al Quran patut menjadi teman setia kita 24/7.
Ads
“Sebarkan kasih sayang pada semua…..positif minda,fizikal dan spiritual..tapi jangan positif Covid insyaallah,” tulis Aishah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Banyak anda boleh jumpa cara-cara membuat susu pekat manis homemade. Salah satunya campuran susu lembu atau susu cair dan gula. Tapi resepi susu pekat manis homemade yang dikongsikan Puan Nuryati Yusoff ini sedikit berbeza. Sebabnya dari susu tepung dan marjerin.
“Saya memang such apply free sample susu untuk anak-anak kat Internet. Hasilnya banyak sample susu tepung yang saya dapat. Jadi yang mana anak-anak tak suka minum saya buat susu pekat manis homemade. Boleh jimat dari beli susu pekat.”
Bahan-bahan
1 cawan susu tepung
60 ml air suam
2/3 cawan gula pasir kasar (tapi saya letak 1/2 cawan sebab tak pandai nak sukat)
1 sudu yang membukit marjerin
Cara Membuat
Masukkan air suam dahulu. Lepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi.
Kisar sampai pekat atau berkrim. Kalau kurang pekat tambah saja susu tepung sampai pekat yang kita nak.
Lepas itu dah siap dah boleh buat air atau simpan dalam peti ais.
Kredit sumber/foto: Nuryati Yusoff (MAHN) via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap anak adalah rezeki tak kiralah lelaki atau perempuan.Kadangkala ada keluarga yang berderet dikurniakan anak lelaki, mahupun bersusun anak perempuannya.Semuanya atas ketentuan takdir daripadaNya.Siapa sangka selepas mempunyai 10 anak lelaki, penantian keluarga dan hasrat mak ayah ini menjadi kenyataan apabila dikurniakan bayi perempuan.
Alexis Brett tidak menyangka memperoleh zuriat perempuan setelah yakin dia akan mendapat seorang bayi lelaki untuk kandungannya yang ke-11 itu. Dia dan suaminya sungguh tak sangka apabila mengetahui mereka bakal mendapat anak perempuan pertama yang akan melengkapkan keluarga besar mereka.
“Semua sayang kepadanya. Setiap kali melahirkan bayi baru, seluruh keluarga berasa gembira namun berbeza pada kali ini, mereka semua berasa sangat teruja,” kata wanita berusia 39 tahun itu.
Kredit Foto: Caters News Agency
Beri Sepenuh Perhatian
Menurut Alexis, sudah semestinya sepuluh orang anak lelaki yang berusia dua hingga 17 tahun itu akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada adik perempuan mereka.
“Mereka berebut-rebut untuk membantu dan melakukan apa sahaja untuk adik perempuan mereka.Setiap orang mahu membantu memakaikan pakaian yang cantik dan abang-abangnya juga sangat menjaga dan melindungi adik bongsunya ini,” ujar Alexis.
Alexis dan Davie merupakan ibu dan ayah kepada Campbell 17, Harrison, 16, Corey,14, Lachlan, 11, Brodie,9, Brahn,8, Hunter,6, Mack,5, Blake, 3, dan Rothagaidh,2.
Pasangan ini telah menamakan dan memilih nama anak bongsu perempuan mereka, Cameron sejak usia kandungan 17 minggu.
Kredit Foto: Caters News Agency
Tak Pernah Fikir Ada Anak Perempuan
Tambah Alexis yang juga merupakan bekas jururawat dan kini bekerja sebagai Jurulatih Kecergasan berkata, dia dan suaminya Davie tidak pernah terfikir akan memiliki anak perempuan.
“Sebelum ini kami tak rasa mengetahui jantina bayi sesuatu yang mengujakan, kerana setiap kali hamil, keputusannya sama sahaja,”
“Kami membuat keputusan untuk mengadakan ‘gender reveal’ untuk keluarga. Anak-anak lelaki kami sangat teruja dan gembira bila mengetahui bakal dapat adik perempuan. Hingga ada yang menyangka kami tersilap.”
“Memang teruja untuk dapat anak lelaki, sebab saya suka anak lelaki tetapi saya tak ‘terasing’ lagi di rumah sendiri,”ujar Alexis
Keluarga ini, mengalami perubahan dalam menjaga dan memelihara Cameron berbanding telah menjaga anak-anak lelaki selama 17 tahun.
MW: Seronok ada anak ramai.Walaupun berderet anak lelaki, kita tak tahu anak yang seterusnya mungkin ditakdirkan perempuan. Yang penting tidak putus berusaha dan perlu ingat setiap anak yang dilahirkan adalah rezeki, serta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Sanggup menjual rumah, mendermakan sebelah buah pinggang dan berkahwin semula dengan bekas isteri. Pengorbanan lelaki ini mungkin hanya satu dalam berjuta kisah manis selepas episod perceraian berlaku. Kebiasaannya, apabila berlakunya perceraian, jarang pasangan yang sanggup berbaik-baik, masih mengambil berat diantara satu sama lain.
Kahwin Semula Bekas Isteri
Seorang lelaki dari wilayah Henan, China sanggup berkahwin semula dengan bekas isterinya walaupun mengetahui wanita itu kini sakit tenat.Lapor World of Buzz, Chen Zhenfeng, 39, juga sanggup menjual rumahnya bagi membiayai kos perubatan untuk merawat Xie Hongxia yang menghidap uremia.
Uremia merupakan salah satu tanda tahap akhir penyakit buah pinggang apabila organ itu sudah berhenti berfungsi.
Menurut 8world, Zhenfeng dan Hongxia bertemu sembilan tahun lalu dan berkahwin beberapa bulan selepas berkenalan. Namun, pasangan itu bercerai 2019 disebabkan masalah rumah tangga.
Isteri Sakit Tenat
Selepas dua tahun perceraian, Zhenfeng menghubungi bekas isterinya untuk bertanya khabar dan mendapat tahu Hongxia menderita uremia. Zhenfeng kemudian melawat Hongxia di hospital dan melamar bekas isterinya untuk berkahwin semula setelah tidak tahan melihat keadaan wanita itu yang terlalu sakit.
Hongxia pada mulanya menolak lamaran Zhenfeng kerana tidak mahu membebankan bekas suaminya dengan perbelanjaan perubatannya.Namun, Zhenfeng bertegas mahu menjaga dan menemani Hongxia sepanjang hayatnya.
Malah, Zhenfeng juga memberitahu sanggup menderma buah pinggangnya untuk bekas isterinya. Hongxia tidak sanggup menolak niat baik Zhenfeng dan akhirnya menerima lamaran perkahwinannya.
Mingguan Wanita: Terharu kisah percintaan seperti ini. Terbaiknya bekas suami begini. Masih menjaga hubungan baik, mengambil berat dan sanggup menjaga bekas isteri yang sakit tenat.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...