Diam tak diam, anak sulung Ahmad Safiuddin Ahmad Razak ini, Ainul Mardhiah dah masuk dua tahun. Dah jadi kakak, malah bermacam keletah Ainul yang mencuit hati menghiburkan mereka yang masih mengikuti perkembangan Ainul.
Terbaru, bapa Ainul berkongsi apa yang berlaku pada Ainul kesan ‘major operation’ membuang ketumbuhan dalam mulut. Yang mana pembedahan ini, dilakukan di London, United Kingdom sewaktu usianya 8 bulan.
Muka Ainul Sebelah Kanan Tak Dapat Berfungsi Dengan Baik – Ahmad Safiuddin
Saya nak share sikit kesan major operation Ainul di UK dahulu, jika kita perhatikan muka Ainul, kita akan nampak bengkak disebelah kanan pipinya.
Saya rasa, ini sahaja komplikasi pembedahan di UK haritu. Muka Ainul di sebelah kanannya tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan saraf-saraf di muka kanannya tidak dapat disambung semula.
Saraf-sarafnya ketika itu memang sangat halus. Umurnya pada waktu itu baru 8 bulan. Jadi memang agak mustahil Pakar dapat sambungkannya sama seperti asal. Dan memang itu lah komplikasinya, Kata Pakar.
So Ainul tidak dapat gerakkan muka disebelah kanannya. Kalau Ainul senyum atau ketawa, kita akan nampak pipi disebelah kanannya tidak bergerak. Sebelah kiri muka sahaja dapat berfungsi dengan baik.
Ads
Begitu juga kalau Ainul menangis, kebiasaannya kita kalau menangis, mata akan tertutup rapat. Tapi Ainul bila menangis, hanya mata kirinya sahaja dapat ditutup. Mata kanannya akan terbuka.
Kami Tetap Bersyukur, Ini hanyalah Masalah Kecil
Kalau dulu selepas pembedahan, memang nampak bengkak disebelah muka kanannya. Sekarang ini alhamdulillah, nampak sedikit surut. Much better berbanding dahulu.
Tapi apa pun, kami tetap bersyukur dan ini hanyalah masalah kecil. InshaAllah nanti bila Ainul dah besar, kami akan rujuk Pakar Plastik untuk buat reconstruction (Jika perlu).
Ads
Sebenarnya sebulan yang lepas kami memang sudah jumpa Pakar Plastik berkenaan saraf mukanya yang damage ni, Pakar Nasihat Ainul ini masih kecil. Budak kecil ni sel-sel dan saraf-sarafnya akan tumbuh baru setiap hari.
Jadi, berkemungkinan muka disebelah kanan Ainul boleh pulih sendiri. Mungkin. Sebab kanak-kanak bukan seperti orang dewasa. Kanak-kanak punya recovery sangat pantas.
Jika Keadaan Masih Sama, Pembedahan Plastik Boleh Dilakukan
Tapi andai kata bila sudah besar nanti, keadaan muka kanannya masih sama, Pembedahan Plastik boleh dilakukan. Tapi, bukan lah dalam masa yang terdekat. Mungkin tunggu Ainul 12 tahun dan ke atas. Tapi jika perkara ini mengganggu proses percakapannya, pembelajarannya, pemakanannya, mungkin pembedahan akan diawalkan.
Pakar menasihati, Biar lah Ainul main dulu. Dia dah banyak struggle di awal kelahirannya. Biar Ainul rehat. Asalkan dia aktif, dia boleh makan, boleh bermain, leave her alone.
MW :Ainul tetap comel di mata rakyat Malaysia. MW mendoakan semoga ibu bapa Ainul, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani Zaidi diberikan kekuatan dan dipermudahkan sepanjang membesarkan Ainul dan anak lelakinya, Umar Abdurrahman.
“Demi anak-anak saudara, saya ambil tanggungjawab ini,”-Kaka Azraff.
Penyanyi Kaka Azraff ternyata masih terkesan dengan pemergian mengejut kakaknya, Noor Afida Noor Azraff, 39, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman empat hari sebelum menjelangnya Ramadan tahun ini.
“Arwah kakak demam lebih daripada dua minggu dan jangkitan kuman telah sampai ke otak. Pemergiannya sangat mengejut.
“Jadi, sekarang saya bersama adik membuat keputusan membesarkan anak saudara bersama-sama kerana bapa mereka sibuk bekerja.
4 Anak Buah Masih Kecil
Tambah Kaka, apa yang membuatkan hatinya sayu adalah kakaknya meninggalkan empat orang anak yang masih kecil berusia antara 3 sehingga 14 tahun. Sebagai ibu saudara, Kaka sememangnya rapat dengan anak-anak saudaranya dan memberi sepenuh kasih sayang terhadap mereka yang merindui ibu mereka.
“Alhamdulillah, suami saya pun mengizinkan dan bersama-sama mahu membesarkan mereka. Anak arwah memang rapat dengan saya dan sudah anggap seperti anak sendiri,” Kaka Azraff.
Kehilangan ahli keluarga sememangnya memberi kesan yang mendalam terhadap Kaka apatah lagi emosinya masih belum stabil dengan pemergian ibu tersayang, Redida Aziz yang meninggal dunia pada 7 Mei tahun lalu akibat serangan jantung. Pemergian mengejut kakaknya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik pada 8 Mac lalu turut menambah duka di hatinya.
Dalam tempoh selang setahun, Kaka Azraff kehilangan kakak dan ibu tersayang
“Emosi saya masih belum stabil, bila bercakap tentang arwah kakak air mata saya laju keluar saya tidak boleh kawal. Itu antara sebab mengapa saya tidak aktif dalam media sosial sekarang ini. Saya bersyukur saya memiliki sokongan yang kuat daripada keluarga dan orang sekeliling.
Bekerja Untuk Keluarga Yang Semakin Bertambah
Tambah Kaka lagi, dirinya kini bukan sahaja bekerja untuk keperluan diri dan keluarga kecilnya, malah rezeki turut dikongsi untuk anak-anak arwah kakaknya.
“Aturan Allah sangat cantik, sekarang apabila bergerak sendiri rezeki semakin banyak dan ada lebih banyak masa bersama keluarga,” luah Kaka.
“Sejujurnya saya hanya kuat kerana suami, anak-anak dan anak arwah kakak.
“Jadi, suka atau tidak saya paksa diri untuk beraya supaya mereka juga ada kenangan,” kongsi Kaka dengan linangan air mata.
Bercerita mengenai karier seni, Kaka turut terlibat dalam program The Hardest Singing Show. Program berkenaan bakal menyaksikan Kaka akan berentap dengan lapan penyanyi popular tanah air iaitu Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
The Hardest Singing Show akan mula ditayangkan pada12 Mei, setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (Saluran 104).
Luka Melecur Agak Kritikal Hampir 70 Peratus Terbakar, Bakal Pengantin Terpaksa Ditidurkan!Tak dapat membayang trauma dan kesakitan ditanggung oleh bakal pengantin ini apabila disambar api hingga menyebabkan hampir 70 peratus luka melecur ditubuhnya. Besar dugaan yang dihadapi menjelang majlis pernikahan yang sepatutnya dijadualkan pada bulan hadapan.
Terkini dilaporkan, bakal pengantin berusia 26 tahun yang melecur hampir keseluruhan badan akibat letupan tong gas petroleum memasak (LPG) di rumahnya di Taman Sena Permai, di sini, semalam kini ditidurkan.
Luka Melecur Agak Kritikal
Menurut adik mangsa, Muhammad Azib Muhamad, 25, kakaknya terpaksa ditidurkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) berikutan luka melecur di tubuhnya agak kritikal.
Bagaimanapun, menurut Muhammad Azib, kakaknya, Siti Hajar Hanis dilaporkan stabil dan akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bertemu pakar kulit.
“Buat masa ini kakak akan dirawat di Hospital Seberang Jaya dulu sebab tiada kekosongan katil di HPP. Nanti bila ada kekosongan katil, kakak akan terus dibawa ke HPP untuk menemui pakar kulit di sana.
“Keadaan kakak buat masa ini stabil selain organ dalamannya juga berada dalam keadaan baik selepas doktor melakukan pemeriksaan,” jelas Muhammad Azib ketika dihubungi hari ini.
Belum Buat Keputusan Majlis Pernikahan
Sementara itu, Muhammad Azib memberitahu, pihak keluarga masih belum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan atau menunda majlis pernikahan kakaknya yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
“Kami akan tunggu kakak sedar dahulu, tengok keadaannya macam mana dan baru akan buat keputusan berhubung perkara itu. Malah kami juga ada berbincang dengan tunang kakak berhubung perkara itu,” katanya lagi.
Melecur Hampir 70 Peratus
Dalam kejadian sekitar pukul 7.30 pagi semalam, Siti Hajar Hanis melecur hampir 70 peratus di bahagian badan akibat disambar api selepas tong gas memasak meletup ketika hendak menggoreng ikan.
Kejadian itu turut menyebabkan hampir keseluruhan struktur bangunan rumah teres dua tingkat itu mengalami kerosakan.
Menurut Muhammad Azib, dia dan isterinya kini tinggal di rumah ibu bapanya di Lubuk Meriam sementara kediaman mereka dibaik pulih.
Sebelum ini, Mingguan Wanita pernah kongsikan penderitaan Nur Izzati Afiqah Hussian, 29, yang mengalami penyakit misteri apabila berat badannya meningkat secara mendadak dalam tempoh 3 bulan.Terkini dilaporkan wanita ini telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah malam tadi di Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam.
Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum ‘pergi’ Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.
“Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.
“Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul,” katanya.
Hembus Nafas Terakhir
Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik.
“Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit,” katanya.
Bomba Bantu Urusan Pengebumian
Zainab berkata, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.Tambahnya, keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.
Sebelum ini melaporkan, kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara ‘misteri’ apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan.
Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, juga mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun.
MW: Hebat dugaan yang ditanggung wanita ini, deritanya hingga ke akhir hayat. Salam takziah buat keluarga wanita ini. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.