Sumber/Sumber Foto: Instagram Aishah

Menerusi perkongsian di laman Instagram penyanyi Aishah akui dirinya tak sengaja menyekat akaun Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin ini hanya menyedari insiden tersebut berlaku selepas dihubungi seorang wartawan bertanyakan tentang gosip yang melanda antara dirinya dan Siti Nurhaliza.

Malah Aishah juga merangkan pada waktu itu dirinya berasa keliru terhadap beberapa akaun palsu yang menggunakan nama Siti Nurhaliza.

“Kelakar Kehidupan Sekarang, Kalau Tak Boleh Tag IG Seseorang Terus Fikir Benda Bukan-Bukan”Aishah

“Terblock IG Adinda Tersayang” Aishah

Tindakan itu berpunca apabila dia dihujani pelbagai kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan persembahannya membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu, nyanyian asal Siti Nurhaliza di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35.

“Kelakar Kehidupan Sekarang, Kalau Tak Boleh Tag IG Seseorang Terus Fikir Benda Bukan-Bukan”Aishah

IKLAN

“Hadoiii hari ini I dihubungi seorang wartawan bertanyakan samada gosip yang melanda mengatakan I dan adinda @ctdk tak bertegur. Tergamam sekejap I dibuatnya. Biar betul ni cerita apa pulak ni?

“Laaaa rupanya berpunca ari I terblock IG adinda tersayang I ni. Tepuk dahi I tadi..Ok let me explain supaya uolls jangan membuat andaian tak tentu arah ok. Semasa Semi Finals lepas ada org yg tag I ke IG adinda ku ini.

“Dan semasa panas tu kan,akak terbaca kecaman dalam akaun tu. So utk meredakan hati yg sedih dikecam dicemuh dan macam-macam lagi I block. I tak perasan pun yang ini IG utama beliau.

Baca Disini Juga:

IKLAN

5 Bulan Setengah Selepas Jalani Bariatric Surgery, Penyanyi Aishah Hilang 23Kg, Jadi Semakin Langsing & Sihat!

“Bukan Satu Isu Untuk Diperbesarkan, Paling Penting, Kita Saling Menghargai” Siti Nurhaliza

 

IKLAN

“Kelakar Kehidupan Sekarang, Kalau Tak Boleh Tag IG Seseorang Terus Fikir Benda Bukan-Bukan”Aishah “Kelakar Kehidupan Sekarang, Kalau Tak Boleh Tag IG Seseorang Terus Fikir Benda Bukan-Bukan”Aishah

Keliru Instagram Sebenar Datuk Siti Nurhaliza

“Kerana adindaku ini superstar, I jadi confuse pasal I tengok banyak betul IG yg ada nama beliau. Kelakar kehidupan sekarang ye kalau tak boleh tag IG seseorang terus orang tujal fikir benda bukan-bukan. Hahahah commonlah there is life beyond social media. Elok je @rozisangdewi hubungi I dengan ucapan Datuk Siti. Uolls kena tau I ni old school, direct communication itu lebih penting dari akaun-akaun sosial media ini,” ujar Aishah.

“Gambar ni hadiah fruit basket dari adindaku semasa AJL yg lalu.Baru hari ini dapat ucap terima kasih.Enjin vintage perlu masa rehat. So tak payah nak spekulasi benda bukan-bukan dan nak mulakan kecaman pulak.

“Tabayyun sebelum jump to conclusion. Lepas tu sampaikan di social media andaian uolls.Tengok-tengok tak betul, terus jatuh hukum fitnah haaaa selagi ada dalam akaun uolls selagi itulah dosa mengalir. So chill ok, lets move on. Stay safe everyone,” tulisnya.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Aishah
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI