Menerusi hantaran entri di akaun Instagram, pengacara Fara Hanim Razak telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapannya menuduh pelakon Rita Rudaini dan Lufya Omar sebagai golongan antivaksin sebelum ini.
Dek kerana keterlanjuran menerusi Twitter memuat naik hantaran ditulis, “Cuba teka jiran-jiran saya yang anti vaksin? Dua pelakon bermula dengan RR dan LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak Covid dan serta Covid adalah iluminati” hingga membuatkan Rita percaya RR yang dimaksudkan Fara Hanim itu adalah dirinya dan LL adalah pelakon, Lufya Omar atau Lufya Lanaa.
Rita menerusi sebuah hantaran dalam Instaragamnya sebelum ini meluahkan rasa kecewa dan beranggapan sikap Fara Hanim yang juga jiran kepada dirinya dan Lufya dianggap tidak matang. Fara Hanim mendakwa Rita dan Lufya antara golongan anti vaksin selepas menyebarkan fakta yang tidak tepat kononnya dengan merebus bunga cengkih mampu mengelakkan diri daripada dijangkiti virus Covid-19. Malah pelakon ini juga mendesak pengacara tersebut untuk tampil bersemuka bagi menjelaskan dakwaan ke atasnya berhubung isu antivaksin.
Fara Hanim Insafi Kelemahan & Perbaiki Diri
Sedar dengan kesilapan yang dilakukan, Fara Hanim menginsafi kelemahan dan akan perbaiki diri.
Ads
“Bismillahir Rahmanir Rahmim. Assalamuaikum dan salam sejahtera.
“Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini. Anim sedar apa yang Nabi junjungan besar kita berpesan:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
“Setiap anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ibn Majah)
“Atas pesan Nabi kita, InshaAllah Anim menginsafi kelemahan dan akan baiki diri Anim untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.
Sudah Hubung Pihak Terbabit
“Anim baru sahaja menghubungi pihak terbabit untuk memohon maaf dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka..
“Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus Covid19. Sesungguhnya kita belum menang tapi kita boleh menang bila hati kita bersatu bersama berjuang dengan penuh sabar
Ads
“Sekali lagi Anim mohon maaf…Terima kasih semua” tulis Fara Anim.
Sumber & Sumber Foto: Instagram Farahanim, Rita Rudaini & Lufya
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Allahu.. inilah yang jadi pada jenazah seorang wanita usia pertengahan 40-an. Yang terlalu taksub nak kelihatan cantik semasa hayatnya. Sanggup buat apa saja termasuklah ubah wajah dengan pembedahan.
Wartawan Mingguan Wanita menemuramah Ustazah Halimah, yang kami rahsiakan identiti nama sebenarnya demi menjaga kerahsiaan antara kami. Kisah yang dikongsikan ustazah berlaku ketika beliau diminta menguruskan jenazah seorang wanita tak lama dulu.
Dan pengakuan tentang kehidupan semasa hayat ibunya dimaklumkan oleh anak wanita ini. Perkongsian ini tak lain tak bukan semata-mata untuk memberi pedoman pada mereka yang masih hidup.
Kisah Benar Tukang Mandi Jenazah
Ustazah Halimah sudah lama melibatkan diri sebagai tukang mandi jenazah. Kerja amal yang diceburi secara tidak sengaja ini sudah menemukan dirinya dengan pelbagai kisah pelik yang boleh memberi pengajaran kepada umat Islam yang lain.
“Sebagai seorang tukang mandi jenazah, kerja kami ini boleh dikatakan tidak mengira masa sebab mati itu tidak ada yang dapat menyangkanya. Ajal maut itu semuanya di tangan Tuhan dan sebagai hamba-Nya, apa yang boleh kita buat adalah mengisi masa hidup yang ada dengan amalan yang baik dan meninggalkan amalan yang mungkar.
“Kembali semula kerja saya sebagai tukang mandi jenazah, saya boleh kongsikan satu cerita mengenai seorang wanita yang pernah saya uruskan pemandian dan pengkafanannya. Saya tidak mengenali wanita tersebut. Namun disebabkan arwah tinggal di dalam kawasan kariah masjid tempat saya menabur bakti, saya perlu menunaikan amanah dengan sebaik mungkin.
“Saya masih ingat, wanita itu meninggal dunia pada waktu petang. Dia meninggal dunia di rumah. Punca dia meninggal saya kurang pasti. Tidak pula saya bertanya lebih lanjut pada waris yang menelefon masjid pada hari itu.
Wajah Kedut Sangkakan Sudah Tua
“Sebaik saya sampai di rumah arwah, tidak ramai yang ada di sana. Hanya waris yang terdiri daripada anak dan menantunya. Suami arwah telah meninggal dunia beberapa tahun sebelum ini. Sampai sahaja di sana, saya terus menuju ke bilik yang menempatkan jenazah arwah. Saya memang tidak pernah bertemu dengan arwah dan sebab itu jugalah saya tidak pernah tahu bagaimana rupa arwah.
“Sebab tidak mahu melengahkan masa saya terus membuka kain yang menutup wajah jenazah. Terkejut saya melihat wajah arwah yang berkedut dengan teruknya. Sudah tua sangat arwah ini. Fikir saya dalam hati. Saya tidak bertanya kepada waris apa-apa. Sebaliknya saya meminta bantuan waris untuk mengangkat jenazah untuk diletakkan pada tempat yang luas dan tertutup agar mudah untuk dimandikan.
“Tanpa berlengah, saya uruskan jenazah sama seperti jenazah yang pernah saya uruskan sebelum ini. Anak perempuan arwah turut membantu. Kami diam sahaja sewaktu memandikan jenazah. Hanya sedikit rasa sedih terlihat pada wajah anak arwah apabila tangannya menyentuh wajah arwah ibunya.
“Selesai memandikan jenazah kami terus mengkafankan dengan sempurna sebelum disolatkan dan dikebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan. Selesai urusan memandikan jenazah saya tidak terus tidak bertemu dengan anak arwah.
Arwah Sanggup Buat Apa Saja Asalkan Nampak Cantik
“Hanya beberapa hari selepas itu anak arwah telah bertemu saya. Sebenarnya saya hampir lupa pada dirinya. Hanya setelah dia memperkenalkan diri barulah saya ingat semula. Katanya tujuannya bertemu saya adalah untuk memberitahu saya mengapa wajah ibunya berkedut dengan agak teruk.
“Saya hairan kenapa pula dia mesti terangkan keadaan arwah ibunya. Bukankah setelah berusia wajah wanita akan berkedut sebegitu. Fikir saya dalam hati. Anak arwah menerangkan ibunya memang sudah berusia tetapi sepatutnya wajah tidak berkedut teruk sehingga seperti tidak dikenali sebegitu. Ibunya baru berusia 45 tahun. Wajah ibunya jadi begitu kerana sewaktu hidupnya arwah agak taksub dengan penampilan wajahnya.
“Arwah sanggup buat apa sahaja asalkan wajahnya sentiasa cantik. Setiap kali ada kedut yang muncul, dia akan risau. Pelbagai krim telah digunakan. Rawatan wajah usah cakap. Apa sahaja yang dia tahu akan dicuba sehinggakan suntikan botox sudah menjadi satu rutin bagi ibunya. Anaknya cuba menasihatkan ibunya untuk menghentikan rawatan botox tetapi tidak dihiraukan. Apabila ibunya meninggal dunia barulah kesan pengambilan botox itu jelas kelihatan. Ibunya juga pernah melakukan pembedahan kosmetik bagi mencantikkan lagi wajahnya.
“Terkejut sungguh saya mendengar penjelasan anak wanita tersebut. Daripada cerita itu saya dapat simpulkan adalah jangan mengubah kejadian yang diberikan oleh Tuhan. Di dunia kita mampu mengubah tetapi sebaik menghadap Ilahi, segala-galanya tidak akan kekal sebaliknya mampu memberi aib pada diri dan waris yang masih ada.
“Si anak tidak berhajat mengaibkan ibunya tetapi dia berharap wanita mahu pun lelaki sebelum mengambil keputusan mengubah kejadian Tuhan untuk berfikir kesan buruk di kemudian hari,” akhiri ustazah Halimah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada ketika buntu nak masak apa, sebab bukan senang nak cari sajian yang sesuai dengan tekak anak-anak. Haaa… adakah anak anda peminat ayam? Apa kata ibu cuba sediakan Sate Nugget Ayam ini, perkongsian resepi dari Puan Junio Valerio Seriko…
Bahan-bahan:
300 gram daging ayam yang sudah di blender halus
10 sudu besar tepung ubi kayu/tepung sagu
1 biji telur
Sedikit daun bawang
Bawang putih yang sudah dikisar
Lada putih
Garam
Serbuk pati ayam
Cara-cara:
1. Campur semua bahan kemudian masukan tepung ubi supaya tak melekat sangat.
2. Tambah minyak masak sikit lepas itu rebus.
3. Akhir sekali, gaulkan daging telur selepas itu goreng. Campur telur dengan sikit tapioca flour yang sudah dimasukkan sedikit air supaya tak cepat hangus ketika ayam digoreng.
NOTA: Goreng guna api sederhana besar, tak boleh terlalu kecil dan jangan api besar, ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Usia masih muda bukan bermakna kita terjamin sihat, bebas daripada segala penyakit. Jika kerap alami sakit belakang dan kaki bebas ada baiknya, segera lakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.Ini kerana mungkin anda hadapi Slipped Disc’.
Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Mula mula pesakit akan rasa kebas kaki dan diikuti dengan sakit belakang. Kebanyakkan slip disc berlaku pada tulang belakang terutama di bawah punggung.
Mungkin ramai yang kurang mengetahui mengenai perkara ini, tapi sebenarnya ia agak bahaya. Seperti perkongsian gadis ini, Noor Farhana di laman facebooknya yang terkena penyakit Slip Disc.Ia wajar dijadikan iktibar buat wanita lain.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Since Nana masuk hospital kena slip disc.Ramai sangat-sangat yang call message whatsapp tanya punca Nana kena slip disc. Penyakit ni kadang kita tak tahu punca.Nak kata jatuh tak jatuh.Tapi benda Allah dah tetapkan. Jadi redha & ikhtiar. Meh Nana nak share macam mana Nana boleh tahu kena slip disc.Moga boleh jadi pengajaran pada semua.
Bertahun Sakit Belakang
Pada permulaan dia bertahun Nana dapat sakit belakang yang nak kata teruk tu tak.Tapi sekali kena memang sakit.Masuk awal tahun ni Nana rasa kebas dekat kaki belah kanan sahaja.3 bulan jugak merana kebas ni.Asal kul 3,4 pagi terjaga. Jirus kaki dengan air la. Amik ais tuam kat kaki la.Mandi la.Bila pergi office asyik tanya kawan.Nana ni kenapa asyik kebas je.Padahal bukan duduk bersimpuh ke apa.Duduk biasa pun kebas baring pun kebas.
Boleh kata 24 jam ada je rasa kebas tu.Memang langsung tak selesa.Kemudian merebak sakit belakang & tongking ( bahagian atas punggung ).Nak gelak pun terasa kadang-kadang.Sampai tahap nak bangun kena tekan tepi kerusi sebab nak support badan sendiri.Pergi klinik tu takyah cakap la.Asyik cakap kita ANGIN.Ayat yang sama.
“Sampai la 1 masa , seminggu sebelum raya.Keadaan makin teruk.Tengah jalan kaki nak pergi kerja.Tak terasa langsung kaki kanan ni pijak jalan.Okay seram dah masa tu.Then, naik tangga rasa sakit dekat pelipat kaki.Esok hari pergi klinik & minta surat untuk refer pakar.”
Sampai pakar doc minta buat MRI.Sebenarnya ni kali ke 3 Nana MRI dalam tempoh 5 tahun ni sejak sakit belakang.Dan resultnya yea Nana kena slip disc.Ada beberapa disc dah terkena pada urat saraf belah kanan.Sebab itu kaki kanan je yang kebas.Doc minta buat injection kalau tak makin teruk sebab kita ni manusia kalau doc suh jaga makan ke apa ke bukan nak dengar sangat bila sihat kan?
Buat 12 Suntikan
Nana pun balik bincang dengan keluarga.Dan pilih jalan dengan mendengar nasihat doktor. DOKTOR TAK PAKSA UNTUK BUAT INJECTION TAU . Nana yang pilih. Nana buat 12 injection dekat belakang & tempoh 2 tahun ni kena jaga diri tak boleh angkat benda berat.
“Ramai yang sarankan untuk urut. Bukan tak percaya.Tapi buat la tulang tu makin lari. Yang tanggung sakit kita.Orang yang tak rasa sakit.Lain orang lain cara.Tapi yang penting USAHA untuk jaga diri.Orang tak kena memang tak akan tahu rasa n derita dia macam mana.Nak duduk tak boleh nak berdiri lenguh nak baring kebas.”
Punca Slip Disc ni sebenarnya bukan pada jatuh sahaja.
1. Cara duduk kita atas kerusi (rapatkan kerusi pada meja supaya keadaan tak membongkok)
2. Cara drive / bawa motor.
3. Angkat benda berat tapi cara angkat tu tk betul ( bengkokkan kaki bukan bongkokkan badan).
4. Duduk atas kerusi wallet letak dekat punggung ( tak stabil kan ) boleh menyebabkan jugak.
5. Keadaan kita bila membongkok.
6. Bangun dari tidur mengiring dahulu jangan terus bangun sahaja.
7. Pelbagai simptom lain.
Sakit Tak Kira Umur
Banyak juga la sebab dia. Jangan anggap kita buat sesuatu tu dah betul keadaan badan. Sebenarnya tak. Jaga la diri. Kalau rasa sakit tu cepat-cepat la tanya doktor. Sakit sekarang tak kira umur. Kita tak minta sakit tapi sekurangnya apa yang Nana share ni kawan-kawan boleh berhati lepas ni.Jangan sampai kritikal baru pergi check.
“Majoriti masa Nana buat Physio ramai anak muda. Allahu memang terkejut.Sebab ingatkan kita seorang. Yang dah tua hanya beberaa kerat sahaja,”
“Alhamdulillah Nana dah keluar wad.Tapi masih kena berehat & physio lagi.Luka injection tu masih terasa.Untuk 2 tahun ni bersukan boleh tapi nak angkat benda berat kena simpan dalam hati.”
Terima kasih mak abah,adik,saudara mara yang datang,keluarga yang bagi sokongan,DR YONG YUAN SHYH Hospital Colombia Asia Setapak, sangat ramah & baik, nurse dekat hospital yang super duper baik dan kawan kawan semua.Doakan Nana cepat sihat & boleh bekerja semula.
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...