
Bagi mereka yang gemarkan gaya santai tetapi masih mementingkan penampilan, pemilihan pakaian dan aksesori yang praktikal pastinya menjadi antara pertimbangan ketika melengkapkan gaya harian.
Menggabungkan elemen moden, keselesaan dan fungsi, jenama gaya hidup antarabangsa camel active menerusi sub-jenamanya, C by camel active, kini memperluaskan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan concept store baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka.
Baca artikel: Bayu Somerset Buka Cawangan Ke-25 Di Merdeka 118, Jenama Fesyen Tempatan Ini Sasar 32 Outlet
Pembukaan butik ini menawarkan lebih banyak pilihan fesyen kasual kepada pelanggan yang mengutamakan gaya versatil untuk pelbagai aktiviti harian.
Direka untuk lelaki dan wanita, C by camel active membawa interpretasi lebih kontemporari terhadap identiti asal camel active dengan sentuhan rekaan yang lebih moden, praktikal dan sesuai dengan gaya hidup aktif.
Koleksi Kasut, Beg Dan Aksesori Untuk Gaya Harian

Concept store baharu ini menampilkan pelbagai pilihan kasut, beg dan aksesori untuk pelanggan.
Koleksi yang ditawarkan memberi tumpuan kepada rekaan serba guna yang boleh disesuaikan dengan keperluan kehidupan seharian, termasuk gaya kasual bandar dan aktiviti santai.

Bagi peminat fesyen kasual, pilihan yang menggabungkan keselesaan dan fungsi praktikal boleh menjadi pelengkap kepada penampilan tanpa perlu mengorbankan gaya.
Setiap koleksi C by camel active dibangunkan dengan penekanan terhadap mutu kemasan, fungsi serta rekaan yang bersesuaian dengan keperluan pengguna moden.
Gabungkan Gaya Kontemporari Dengan Elemen Praktikal

Selain penampilan, aspek keselesaan dan kegunaan turut menjadi antara falsafah yang diketengahkan oleh jenama ini.
C by camel active menggabungkan estetika kontemporari dengan elemen praktikal bagi memenuhi keperluan individu yang menjalani gaya hidup aktif dan gemar meneroka pengalaman baharu.
Pendekatan ini menjadikan pilihan fesyen kasual lebih fleksibel untuk digayakan dalam pelbagai situasi, sama ada ketika menjalankan urusan harian, keluar bersama keluarga mahupun menikmati aktiviti santai.
Concept store baharu itu turut menggunakan elemen alam semula jadi sebagai inspirasi ruang niaga, sekali gus memberikan suasana yang mesra kepada pelanggan ketika meneroka koleksi yang ditawarkan.
Baca artikel: Thule Perkenal 3 Model Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak, Dari Bayi Hingga Anak Kecil
camel active, Jenama Dari Jerman Sejak 1977
Untuk rekod, camel active merupakan jenama fesyen yang diasaskan di Jerman pada 1977.
Jenama ini menawarkan pelbagai produk gaya hidup yang diinspirasikan oleh aktiviti luar dan pengalaman meneroka alam sekitar, dengan penekanan terhadap gaya, keselesaan serta kualiti.
Anda mungkin berminat dengan
Kini, camel active mempunyai kehadiran di lebih 10,000 outlet di lebih 50 negara merangkumi Eropah, Timur Tengah dan Asia.
Pembukaan concept store di Melaka mencerminkan usaha jenama itu untuk memperkukuh kehadirannya di Malaysia serta memudahkan pelanggan mendapatkan koleksi terkini.
Bagi mereka yang ingin meneroka pilihan fesyen kasual daripada C by camel active, butik baharu ini boleh dikunjungi di:
C by camel active – AEON Mall Bandaraya Melaka
Lot F11, Aras 1
2, Jalan Lagenda, Taman 1 Lagenda
75400 Melaka, Malaysia
Untuk maklumat lanjut, layari camelactive.my atau ikuti Instagram rasmi @cbycamelactive.

download sekarang!
