Ads

Kawan Lama Yang Bertahun Menyepi Tiba-Tiba Muncul Minta Pinjam Duit! Fikir Dulu Sebelum Cair Hati

pinjam duit

Kawan lama yang bertahun menyepi tiba-tiba muncul minta pinjam duit! Fikir dulu sebelum cair hati.

Kawan lama minta pinjam duit selepas bertahun-tahun menyepi! Ada juga saudara-mara yang tiba-tiba muncul semula dengan senyuman manis, lalu perlahan-lahan membuka cerita sedih untuk meminjam wang. Selalunya ada kejutan di penghujung perbualan.

Bukan rindu pada persahabatan yang lama terputus tetapi datang apabila terhidu bau wang simpanan atau dana persaraan yang bakal diterima.

Bagi mereka yang sedang bersiap menuju fasa persaraan, wang ganjaran dan simpanan jangka panjang hasil titik peluh bertahun-tahun itulah talian hayat sebenar. Apabila gaji bulanan sudah berhenti masuk, keputusan atas dasar kasihan boleh menggugat kestabilan hidup sampai ke hujung usia.

Kawan Lama Minta Pinjam Duit, Janji Manis Selalu Tinggal Janji

pinjam duit
Kawan lama minta pinjam duit

Lebih menyakitkan, orang yang dulu beria-ia merayu tiba-tiba menjadi paling sukar dikesan, panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibaca, dan sikap bersembunyi mula mengambil alih.

Ads

Apabila kawan lama minta pinjam duit, jangan terburu-buru membuat keputusan hanya kerana mengenangkan hubungan baik suatu ketika dahulu.

Kebanyakan permintaan pinjaman bersandarkan janji mulut. Kononnya simpanan bakal keluar, bonus besar menanti atau projek sudah pasti termasuk alasan perlukan wang segera untuk deposit atau modal sementara menunggu kelulusan lain.

Bila tiba masa membayar, janji sering tinggal janji dan pemberi hutang pula terpaksa menagih.

Lebih menyakitkan, orang yang dulu beria-ia merayu tiba-tiba menjadi paling sukar dikesan, panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibaca, dan sikap bersembunyi mula mengambil alih.

Ads
Tekanan Hutang Dan Risiko Simpanan Hari Tua

Kesukaran melunaskan hutang bukan cerita kosong. Data Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang dilaporkan pada Disember 2024 menunjukkan daripada 477,571 peminjam di bawah agensi itu, hanya 13 peratus berjaya menyelesaikan hutang sepenuhnya.

Pada masa sama, data Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan hutang isi rumah negara mencecah RM1.67 trilion pada Mei 2026, dengan pinjaman kegunaan peribadi mencatat RM8.43 bilion pada bulan yang sama menerusi data CCRIS.

Apabila tekanan komitmen dan kos sara hidup tinggi, permintaan bantuan mudah beralih kepada kenalan atau keluarga.

Ads

Jika dana persaraan dipinjamkan kerana tidak sampai hati menolak, risiko kewangan berpindah kepada pemilik simpanan sendiri  apatah lagi wang tersebut perlu menampung kos sara hidup, urusan keluarga dan perbelanjaan kesihatan pada usia emas.

Anda mungkin berminat dengan

Dalam banyak kes, simpanan persaraan yang tidak dikawal rapi boleh cepat susut sehingga ada yang terpaksa kembali bekerja.

pinjam duit
Risiko kehilangan simpanan persaraan akibat memberi hutang

Kawan Lama Minta Pinjam Duit! Belajar Kata Tidak

Menolak permintaan pinjam wang memang berat, tetapi jika seseorang sanggup menjauhkan diri hanya kerana pinjaman ditolak, mungkin selama ini hubungan tersebut sekadar melihat apa yang boleh diperoleh. Hutang yang tidak berbayar mudah meruntuhkan silaturahim bertahun-tahun.

Jika mahu membantu, beri sekadar hadiah mengikut kemampuan sendiri tanpa mengharapkan bayaran balik, kepala tidak serabut mengejar hutang dan hubungan pun tidak terbeban rasa saling mengungkit. Simpanan hasil penat lelah bertahun-tahun wajar dipertahankan demi ketenangan hari tua.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Dr Asyraf Wajdi Berang Ayam Mentah Dihidang Kepada Pelajar, Arah Siasat...

Dr Asyraf Wajdi meluahkan rasa kesal susulan aduan hidangan ayam mentah di MRSM Tun Ghafar Baba, terutama ketika pelajar sedang menduduki SPM.