Ads

Niat Nak Sambut Hari Lahir Bertukar Jadi Tragedi, Anak Menangis Pemergian Ibu Di Hari Istimewanya

Nak Sambut Hari Lahir
Nak Sambut Hari Lahir

Hasrat seorang ibu nak sambut hari lahir anaknya bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya, petang semalam.

Niat Nak Sambut Hari Lahir Bertukar Jadi Tragedi

Niat Nak Sambut Hari Lahir Bertukar Jadi Tragedi, Anak Menangis Pemergian Ibu Di Hari Istimewanya

Menerusi Info Kemalangan & Bencana Malaysia, Noryshah Umar, 47, dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu di jalan kampung tebuk tengah, simpang empat, kangar menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Ads

Lebih memilukan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan sempat ke kedai untuk membeli barangan bagi menyediakan juadah sempena sambutan hari lahir anaknya yang dijadualkan berlangsung pada malam tersebut.

Anak Menangis Pemergian Ibu Di Hari Istimewanya

Niat Nak Sambut Hari Lahir Bertukar Jadi Tragedi, Anak Menangis Pemergian Ibu Di Hari Istimewanya

Ads

Tragedi itu turut mengundang sebak apabila beberapa gambar dan rakaman video yang tersebar di media sosial memperlihatkan kesedihan seorang anak yang menangisi pemergian ibunya pada hari yang sepatutnya menjadi hari istimewa buat dirinya.

Tiada siapa menyangka persiapan yang dilakukan seorang ibu itu menjadi kenangan terakhir buat anak tersayang.

Ads

Niat Nak Sambut Hari Lahir Bertukar Jadi Tragedi, Anak Menangis Pemergian Ibu Di Hari Istimewanya

Anda mungkin berminat dengan

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah. Semoga anak dan seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Ibu Dan Anak Autisme

Ibu Dan Anak Autisme Duduki SPM Bersama, Niat Nak Bagi Sokongan...

Kisah seorang ibu dan anak autisme tular dek kerana memasuki dewan bersama-sama bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Bharu, hari ini.