Ads

DS Shuhaily Puji Staf Wanita AKPS Berani Lapor Salah Laku Pegawai Atasan Disyaki Bawa Masuk PATI, “Rakyat Sudah Muak…

DS Shuhaily

DS Shuhaily puji staf wanita AKOS berani lapor salah laku pegawai atasan disyaki bawa masuk PATI, “rakyat sudah muak… tegasnya.

Keberanian seorang pegawai wanita tampil melaporkan salah laku pegawai atasannya mendapat pujian tinggi daripada Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Memetik laporan Bernama, tindakan tegas wanita berkenaan menyedari dan mendedahkan perbuatan di luar prosedur operasi standard (SOP) itu membawa kepada penahanan seorang pegawai AKPS, yang disyaki terlibat dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa dokumen sah.

Mohd Shuhaily menyifatkan integriti tinggi yang ditunjukkan oleh kakitangan wanita terbabit sebagai titik permulaan kepada perubahan yang ingin dibawa di dalam AKPS.

Ads
DS Shuhaily Puji Keberanian Staf Wanita AKPS
DS Shuhaily
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (tengah), ketika menghadiri Majlis Penajaan Inisiatif Sang Perkasa di Zoo Negara.

“Saya akan bertemu pegawai berkenaan dalam masa terdekat untuk menyampaikan penghargaan atas keberanian dan integriti yang ditunjukkan.

“Keberanian seperti ini perlu dihargai dan dihormati kerana hanya memerlukan seorang individu untuk mengubah apa yang berlaku di lapangan. Beliau berani tampil walaupun berdepan cabaran dan saya akan berada di belakangnya,” katanya kepada pemberita ketika Majlis Penajaan Inisiatif Sang Perkasa di Zoo Negara, hari ini.

Ads
DS Shuhaily
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyaksikan seekor burung helang dalam sesi pengendalian haiwan sempena program di Zoo Negara. Foto: Bernama

Beliau berkata AKPS akan memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membongkar rangkaian lebih besar membabitkan penyeludupan migran.

“Saya bersedia untuk bekerjasama dengan PDRM dalam isu ini. Tangkap berapa ramai yang perlu ditangkap. Saya rasa rakyat Malaysia sudah cukup muak dengan kegiatan seperti ini,” ujarnya.

Ads

Menurut Mohd Shuhaily, kes berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana kegiatan sedemikian berpotensi melibatkan counter setting namun enggan mengulas lanjut mengenai modus operandi kes berkenaan kerana siasatan masih berjalan.

Anda mungkin berminat dengan

DS Shuhaily
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penajaan Inisiatif Sang Perkasa di Zoo Negara. Foto: Bernama

Pada 17 November, seorang penjawat awam berusia 40-an ditahan selepas disyaki membawa masuk seorang wanita warga asing berusia 38 tahun tanpa dokumen perjalanan sah di KLIA Terminal 2.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). Sumber:- Bernama

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Ibu tunggal dicekup berkhalwat

Ibu Tunggal Dicekup Berkhalwat Dengan Bekas Suami, Lelaki Beri Alasan Jenguk...

Ibu tunggal dicekup berkhalwat dengan bekas suami di rumah sendiri. Lelaki beri alasan mahu ziarah anak-anak dan ketika serbuan di tengah malam, anak-anak sudah lena tidur.