
Terkejut melihat video seorang bapa biar anak buang air besar dalam tong sampah tanpa rasa bersalah, adakah ini tanda manusia hari semakin kurang kesedaran sivik alam diri? Atau di rumah sendiri pun, mengamalkan sikap ‘asal boleh’?
Kurang Kesedaran Sivik

Berlaku di di ruang menunggu pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), suasana bertukar menjadi kecoh dan kurang selesa selepas rakaman tersebut memaparkan tindakan luar biasa sebuah keluarga yang mencetuskan kemarahan netizen.
Dalam kejadian yang didakwa berlaku sebelum sebuah penerbangan domestik dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, seorang bapa dirakam mengangkat anak kecilnya untuk membuang air besar secara terus ke dalam sebuah tong sampah awam di kawasan menunggu tersebut.
Pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna aplikasi Threads menerusi akaun @oklatuu700 menyatakan kekesalan yang amat sangat terhadap tindakan mementingkan diri keluarga berkenaan.
Menurut pengadu, kemudahan tandas awam sebenarnya terletak tidak jauh dari kawasan menunggu tersebut. Namun, atas alasan yang tidak pasti, keluarga terbabit memilih untuk menggunakan tong sampah besi di koridor berkenaan sebagai “tandas ekspres” anak mereka.
Lebih mengeruhkan keadaan, pengadu mendakwa bau najis yang kuat dengan pantas memenuhi ruang legar yang tertutup dan berhawa dingin itu, sekali gus menjejaskan keselesaan ratusan penumpang lain yang sedang menunggu giliran untuk menaiki pesawat.
“Selepas selesai, si ibu kemudiannya dilihat melangkah tenang menuju ke tandas berhampiran – dipercayai untuk mencuci tangan,” tulis hantaran itu, secara tidak langsung membuktikan bahawa keluarga tersebut menyedari keberadaan fasiliti tandas di kawasan itu.
Bapa Biar Anak Buang Air Besar Dalam Tong Sampah di KLIA2

Rata-rata warga maya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu perbuatan anti-sosial yang menjijikkan serta mengetepikan terus aspek kesihatan awam.
Kebanyakan netizen berpendapat bahawa status “anak kecil” atau “situasi kecemasan” tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melanggar batas etika di tempat awam, memandangkan KLIA2 dilengkapi dengan kemudahan tandas keluarga (family room) dan ruang menukar lampin yang bersih serta kondusif.
Beberapa pengguna media sosial turut meluahkan simpati kepada pekerja pembersihan (cleaner) lapangan terbang yang terpaksa menguruskan dan membersihkan sisa buangan manusia daripada tong sampah yang tidak direka untuk tujuan tersebut.
Anda mungkin berminat dengan
Apa pun, kewarganegaraan keluarga terbabit masih belum dapat disahkan secara rasmi. Pihak media juga dilaporkan telah menghubungi pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mendapatkan kenyataan rasmi serta tindakan lanjut berhubung insiden berkenaan.
Kejadian seperti ini sewajarnya menjadi pengajaran penting buat semua pelancong dan ibu bapa. Persediaan awal seperti memakaikan lampin pakai buang (diapers) kepada anak kecil yang belum mahir mengawal pundi kencing (potty-trained) sepanjang tempoh perjalanan amatlah kritikal bagi mengelakkan kejadian memalukan seperti ini daripada berulang.
Gambar dan cerita: Misasyasya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

