
Nenek 96 tahun jadi sensasi Tik Tok, ada 15 juta pengikut.
Grandma Droniak, nenek berusia 96 tahun ini menjadi sensasi TikTok apabila berjaya meraih lebih 15 juta pengikut! Siapa sangka, ketika ramai warga emas memilih untuk berehat dan menikmati hari tua, Lillian Droniak pula sibuk menghasilkan kandungan media sosial sehingga mampu menjana pendapatan sendiri.
Personalitinya yang ceria, gemar berjenaka dan bersahaja menjadikan beliau cukup popular, terutama dalam kalangan generasi muda. Bukan saja sensasi di Tik Tok malah dirinya berjaya jana pendapatan tinggi di Tik Tok dengan kolaborasi dengan pelbagai jenama. Personalitinya yang ceria dan gemar berjenaka menjadikan dirinya cukup popular dalam kalangan generasi muda.
Granda Droniak di usia 96 tahun, masih aktif jana pendapatan

Berasal dari Connecticut, Amerika Syarikat, perjalanan Grandma Droniak dalam dunia media sosial bermula dengan bantuan cucunya. Sejak tahun 2020, beliau semakin aktif menghasilkan video sekadar untuk menghilangkan kebosanan.
Namun, siapa menduga perkongsian spontan mengenai kehidupan, kisah percintaan dan telatah lucunya berjaya mencuri perhatian jutaan pengguna TikTok!
Usia 96 Tahun, Masih Aktif Menjana Pendapatan
Dengan 15.2 juta pengikut TikTok, Grandma Droniak kini menerima pelbagai tawaran kerjasama berbayar daripada jenama makanan dan kecantikan.
Walaupun jumlah pendapatan sebenar tidak didedahkan, hasil kerjasama tersebut cukup besar sehingga membolehkannya menyumbang kepada tabung pendidikan cicit-cicitnya.

Menariknya, cucunya turut membantu menyunting kandungan tajaan yang dihasilkan. Hubungan dua generasi ini bukan sahaja mengeratkan kasih sayang keluarga malah membuka peluang rezeki yang tidak pernah dibayangkan.
Bagi Grandma Droniak, menjadi tua bukan bermakna kehidupan perlu terhenti. Beliau masih gemar bersosial, keluar bersiar-siar dan menikmati kehidupan dengan caranya sendiri.TikTok: @grandma_droniak
Viv Truran, 82 Tahun – Lebih 800,000 Pengikut Kerana Minat Fesyen
Siapa kata wanita berusia tidak boleh bergaya? Viv Truran dari Cardiff, United Kingdom, membuktikan minat terhadap fesyen tidak pernah mengenal usia.

Selepas kehilangan suami, Viv mula berkongsi gaya pakaiannya yang berwarna-warni di Instagram atas cadangan seorang jiran. Kini, wanita berusia 82 tahun ini mempunyai lebih 800,000 pengikut.
Beliau cukup berdisiplin menghasilkan dua video setiap hari, malah mempunyai koleksi 22 pasang cermin mata serta dua laci penuh skarf untuk melengkapkan penampilannya.
Popularitinya turut menarik perhatian jenama komersial. Viv pernah menerima bayaran beberapa ribu pound sterling bagi satu kempen bersama organisasi Age UK dan Innocent Drinks.

Bagaimanapun, beliau sangat selektif menerima tawaran tajaan dan hanya bekerjasama dengan jenama yang benar-benar disukainya. Instagram: @vivthecarer
Nonna Gracie, 83 Tahun – Masakan Tradisional Jadi Sumber Rezeki
Bagi Grace Geramita atau Nonna Gracie, minat memasak yang diwarisi sejak puluhan tahun lalu akhirnya membawa rezeki tidak disangka.

Wanita kelahiran Itali yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 18 tahun ini pernah melakukan beberapa pekerjaan serentak demi membesarkan dua anak perempuannya.
Segalanya berubah apabila cucunya, Matthew, mencadangkan supaya aktiviti memasaknya dirakam dan dikongsikan di media sosial.
Pada mulanya, Nonna Gracie kurang yakin kerana tidak begitu memahami teknologi. Namun, video resipi tradisional Itali yang dihasilkannya berjaya menarik jutaan pengikut.
Lebih mengagumkan, pendapatan yang diperoleh daripada media sosial kini melebihi pendapatan daripada pekerjaan terdahulunya.

Baginya, perkongsian masakan bukan sekadar tentang makanan, tetapi usaha mengekalkan tradisi keluarga berkumpul dan menikmati hidangan bersama. TikTok: @nonnagracie
Barbara Costello, 77 Tahun Lebih 8 Juta Pengikut Di Media Sosial
Seorang lagi wanita hebat ialah Barbara Costello, bekas guru yang dikenali menerusi akaun Brunch with Babs.
Anda mungkin berminat dengan
Pada usia 77 tahun, beliau mempunyai lebih 8 juta pengikut merentasi platform media sosial, hasil perkongsian resipi, petua membersihkan rumah dan nasihat kehidupan.

Menariknya, Barbara mula aktif di media sosial selepas bersara. Pengalaman sebagai pendidik, ibu dan nenek menjadikan perkongsiannya begitu dekat dengan hati masyarakat.
Popularitinya turut membuka peluang kerjasama bersama pelbagai jenama serta penerbitan buku masakan. Bagaimanapun, jumlah pendapatan sebenarnya tidak didedahkan.

Ramai pengikut menganggap Barbara seperti ibu atau nenek sendiri kerana nasihatnya yang praktikal dan penuh kasih sayang.
TikTok: @brunchwithbabs
Tak Cuba, Tak Tahu Sejauh Mana Kita Mampu Melangkah
Kisah empat wanita ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk memulakan sesuatu yang kita suka. Kadangkala, kita terlalu memikirkan kemampuan, usia dan pandangan orang lain sehingga takut mencuba. Sedangkan, perkara yang bermula sekadar hobi mungkin membuka jalan kepada peluang dan rezeki yang tidak pernah kita bayangkan.
Tidak perlu menunggu semuanya sempurna untuk bermula. Sama ada memasak, berkongsi pengalaman, mencuba bidang baharu atau menghidupkan kembali minat lama, semuanya boleh dimulakan dengan satu langkah kecil. Kalau tidak mencuba, bagaimana kita mahu tahu sejauh mana kemampuan diri sendiri? Selagi masih diberi peluang, tidak pernah ada istilah terlalu lewat untuk memulakan sesuatu yang menggembirakan hati. Sumber: BBC News, AARP dan People.

download sekarang!
