Ads

Peguam Syarie Beri Pesanan Pada Wanita Nak Kahwin Duda, “Jangan Tengok Cara Dia Layan Kita Saja, Tengok Cara Dia Jaga Anak-Anak Juga…

kahwin duda

Peguam Syarie beri pesanan pada wanita nak kahwin duda, “jangan tengok cara dia layan kita saja, tengok cara dia jaga anak-anak juga.

Sebelum menerima seorang duda sebagai suami, jangan hanya melihat betapa romantiknya dia melayan kita. Perhatikan juga bagaimana lelaki itu melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak daripada perkahwinan terdahulu.

Menurut Peguam Syarie, Shada Mazan daripada firma guaman Raihan & Co., perkara ini wajar menjadi pertimbangan penting bagi wanita sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Nasihat tersebut dikongsikan Shada menerusi media sosial susulan isu tular yang dikaitkan dengan Dr. Fie dan suaminya, Kapten Amrul khususnya membabitkan dakwaan berkaitan masalah kewangan daripada perkahwinan terdahulu.

kahwin duda
Peguam Syarie Shada Mazam daripada firma guaman Raihan & Co. menitipkan pesanan agar wanita tidak hanya menilai layanan romantik bakal suami, sebaliknya turut melihat kejujuran dan tanggungjawabnya terhadap keluarga terdahulu.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman terhadap mana-mana pihak memandangkan keseluruhan cerita belum dapat dipastikan.

Peguam Syarie Beri Pesanan Pada Wanita Nak Kahwin Duda

Sebelum kahwin duda, antara pesanan paling penting yang diketengahkan Shada ialah wanita perlu melihat bagaimana seorang duda menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.

“KALAU DIA ADA ANAK, LIHAT CARA DIA MENJAGA ANAK-ANAKNYA.

“Bagaimana nafkah mereka? Pendidikan? Kesihatan? Masa yang diluangkan? Berapa komitmen bulanan dia untuk nafkah anak anak ini.

Ads
“Anak daripada perkahwinan terdahulu bukan bekas anak. Tanggungjawab seorang bapa tidak tamat hanya kerana perceraian sebinggalah anak itu mencapai umur dewasa atau bekerja,”tegasnya.

kahwin duda
Anak daripada perkahwinan terdahulu bukan bekas anak. Mereka tetap berhak mendapat nafkah, perhatian dan kasih sayang seorang bapa meskipun ibu bapanya sudah berpisah.

Justeru, sebelum menerima seorang duda sebagai suami, wanita perlu memahami bahawa lelaki tersebut masih mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan meskipun sudah membina kehidupan baharu.

Jangan Hanya Dengar Cerita Sebelah Pihak

Dalam fasa perkenalan, tidak dinafikan ada pasangan yang berkongsi kisah pahit rumah tangga terdahulu. Namun, Shada menasihatkan wanita supaya lebih berhati-hati apabila mendengar cerita tentang bekas pasangan.

“Apabila seseorang bercerita keburukan bekas pasangannya, dengar dengan berhati-hati. Setiap perceraian ada sejarah. Jangan terus percaya dan jangan juga terus menghukum.

Ads
Jangan Malu Buat Semakan Latar Belakang Bakal Suami

Selain tanggungjawab terhadap anak-anak, peguam syarie ini turut mengingatkan wanita supaya tidak malu melakukan semakan latar belakang bakal pasangan melalui saluran yang sah. Ada wanita rasa bakal mengahwini lelaki yang hebat hanya melihat pada status di media sosial sedangkan hakikat sebenar…

“Jawatan hebat, kereta mewah, perniagaan besar atau majlis perkahwinan yang indah bukan bukti seseorang bebas daripada masalah kewangan. Apa yang penting ialah integriti dan tanggungjawab.

Masa yang sama, peguam syarie ini turut mengingatkan wanita untuk berhati-hati sebelum bersetuju  membenarkan nama digunakan untuk membuka syarikat (paling bahaya katanya).

“Ini paling bahaya. Jangan mudah bersetuju menjadi pengarah syarikat, penjamin atau peminjam semata-mata kerana sayangkan pasangan. Apabila timbul masalah, nama kita mungkin turut terlibat. Liabiliti sebenar bergantung pada dokumen, peranan dan undang-undang yang terpakai.

Ads

“Tindakan tersebut boleh mendatangkan implikasi kewangan dan undang-undang bergantung pada dokumen serta tanggungjawab yang dipersetujui,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Jelasnya, sebarang HUTANG LAMA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA KEHIDUPAN BAHARU.

“Walaupun hutang pasangan tidak secara automatik menjadi hutang kita selepas berkahwin, masalah kewangannya boleh menjejaskan kehidupan rumah tangga. Sebab itu penting untuk tahu komitmen kewangan sebelum bernikah,” tegasnya.

Masa yang sama, Shada   turut mengingatkan wanita yang bakal kahwin duda sebagai pasangan hidup agar  JANGAN ABAIKAN RED FLAGS KERANA TERLALU SAYANG.

“Kalau ada perkara yang meragukan, tanya. Kalau ada jawapan yang bercanggah, semak.
Jangan takut kehilangan seseorang sehingga sanggup mengabaikan keselamatan diri sendiri.
Pesannya pada lelaki yang nak berkahwin baru,  SELESAIKAN TANGGUNGJAWAB LAMA SEBELUM MEMBINA KEHIDUPAN BAHARU.

“Ini pengajaran paling besar. Perceraian mungkin menamatkan hubungan suami isteri tetapi bukan semua tanggungjawab akan terhapus. Anak-anak tetap memerlukan nafkah. Hutang yang sah tetap perlu diselesaikan.

kahwin duda
Sebelum menerima duda sebagai suami, wanita perlu melihat bagaimana lelaki tersebut melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak daripada perkahwinan terdahulu.

Mengakhiri komentarnya, “saya doakan semua pihak mendapat penyelesaian yang baik terutama anak-anak yang tidak sepatutnya menjadi mangsa konflik orang dewasa.

“Kepada wanita yang bakal berkahwin, terutama dengan seseorang yang pernah berumah tangga,  jangan hanya tanya berapa besar cintanya kepada kita. Betapa romantisnya dia. Tanya juga bagaimana dia melaksanakan tanggungjawab terhadap orang bawah tanggungjawabnya.

“Kerana perkahwinan bukan sekadar memilih siapa yang kita cinta. Tetapi memilih siapa yang kita percaya untuk berkongsi seluruh kehidupan. Dan ingat, semua dakwaan yang tular tetap perlu dibuktikan. Jangan jadikan media sosial sebagai Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

job scam

“Tawaran Gaji RM10,000 Tapi Interview Di Kedai Makan!”, Wanita Pesan Anak...

Wanita pesan anak muda berhati-hati selepas menyaksikan sesi temu duga di kedai makan dengan tawaran gaji mencecah RM10,000.