Ads

Terperangkap Perkahwinan Toksik, Vatsala Nair Manoharan Bangkit Semula Buktikan Jadi Wanita Berjaya

Vatsala Nair Manoharan
Vatsala Nair Manoharan

Pernah terperangkap dalam perkahwinan toksik selama 16 tahun, Vatsala Nair Manoharan akhirnya memilih meninggalkan hubungan tersebut pada 2024 demi masa depan lebih baik bersama dua anak lelaki kembarnya.

Terperangkap Perkahwinan Toksik

Terperangkap Perkahwinan Toksik, Vatsala Nair Manoharan Bangkit Semula Buktikan Jadi Wanita Berjaya

Keputusan itu membawa Vatsala, 42, ke perjalanan luar biasa hingga terpilih sebagai satu daripada 12 finalis Unlock Her Future Prize (UHFP) 2026 di Shanghai, China anjuran The Bicester Collection baru-baru ini yang mengiktiraf individu dalam aspek pemerkasaan wanita.

Wanita berasal Teluk Intan, Perak ini mewakili Malaysia menerusi Moms Village Asia, perusahaan sosial yang menggabungkan kelestarian alam sekitar dengan usaha memperkasa wanita, khususnya mangsa keganasan rumah tangga.

Namun, di sebalik pengiktirafan global itu, tersimpan kisah seorang wanita yang pernah berdepan penderaan fizikal, mental dan kewangan sebelum membina semula kehidupannya dari bawah. Kongsinya menerusi Kosmo!,

“Saya bukan sahaja mangsa penderaan fizikal dan mental, malah seperti kebanyakan suri rumah, saya turut mengalami ‘penderaan’ kewangan.

“Pengalaman itu menyedarkan saya bahawa wanita bukan sekadar memerlukan pendapatan, tetapi juga komuniti, sokongan dan ruang selamat untuk memulakan kehidupan semula,” katanya.

Ditakdirkan hidup dalam keluarga sukar, Vatsala juga mengakui pernah melihat bapanya mendera ibunya ketika dia masih kecil.

Vatsala Nair Manoharan Bangkit Semula Buktikan Jadi Wanita Berjaya

Terperangkap Perkahwinan Toksik, Vatsala Nair Manoharan Bangkit Semula Buktikan Jadi Wanita Berjaya

Pengalaman tersebut menyebabkan dia menganggap penderaan sebagai sesuatu yang biasa berlaku dalam perkahwinan, sebelum memahami hakikat sebenar apabila meningkat dewasa.

Bercerita soal pendidikan dan kerjaya, wanita yang memiliki ijazah Biomedicine dari Management and Science University (MSU) itu sebelumnya memegang jawatan sebagai Pegawai Penyelidik Klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ads

Namun kariernya tidak bertahan lama selepas dia mengambil keputusan untuk berkahwin dan bergelar suri rumah tangga. Dia melalui perjalanan panjang penuh liku mendapatkan zuriat, termasuk lapan tahun berdepan masalah kesuburan dan 12 kitaran rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Syukur, penantiannya berakhir apabila dia dan suami dikurniakan anak kembar lelaki pada 2015, sesuatu yang sangat diimpikan selepas sekian lama berusaha menjadi seorang ibu.

Tetapi ujian menyinggah, dia berdepan konflik rumah tangga yang semakin menjejaskan kesejahteraan dirinya. Selain penderaan fizikal dan mental, akuinya dia turut mengalami penderitaan kewangan apabila keperluan asas serta kebebasan menguruskan wang menjadi perkara yang begitu sukar.

Terperangkap Perkahwinan Toksik, Vatsala Nair Manoharan Bangkit Semula Buktikan Jadi Wanita Berjaya

Tahun 2018 menjadi titik kesedaran sekali gus perubahan tatkala dia meminta RM10 daripada bekas pasangan untuk membeli makanan, namun tidak diendahkan dengan alasan sudah diberikan minggu sebelumnya.

“Permintaan RM10 itu bukan lagi tentang makanan ataupun nasi lemak serta sirap bandung yang mahu saya beli.

Ads

“Ini membuatkan saya berasa sangat kecil dan mula mempersoalkan nilai diri sendiri.

“Saya tertanya-tanya sama ada kebergantungan kewangan menyebabkan saya seolah-olah tidak layak mendapatkan wang untuk keperluan sendiri,” katanya.

Rentetan kejadian itu, Vatsala berjanji untuk memperoleh pendapatan sendiri walaupun jumlahnya hanya RM10 supaya tidak lagi perlu mempersoalkan hak mendapatkan keperluan asas.

Terperangkap Perkahwinan Toksik, Vatsala Nair Manoharan Bangkit Semula Buktikan Jadi Wanita Berjaya

Dan dia menjadi inspirasi menerusi kempen #10Ringgit yang menggalakkan wanita memulakan usaha menjana pendapatan berdasarkan kemampuan masing-masing.

Soal rumah tangga pula, Vatsala akhirnya mengambil keputusan meninggalkan perkahwinan selama 16 tahun pada 2024, walaupun menyedari kehidupan sebagai ibu tunggal bakal membawa cabaran tersendiri.

Ads

Selepas berpisah, dia perlu menyusun semula kehidupan termasuk memastikan keperluan dua anaknya terus terpelihara tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

Anda mungkin berminat dengan

Akuinya, perjalanan sebagai ibu tunggal bukan mudah, terutama apabila berdepan ketidakstabilan kewangan dan tanggungjawab membesarkan anak.

Paling menyedihkan, dia terpaksa ‘mengeluarkan’ anak-anak dari sekolah antarabangsa dan mendaftarkan mereka di sekolah kerajaan bagi menyesuaikan perbelanjaan keluarga.

Sebelum membangunkan perusahaan sosial, Vatsala turut meneroka perniagaan dari rumah termasuk menghasilkan acuan perut ibu mengandung atau belly casting.

Kemahiran menghasilkan acuan menggunakan kain plaster itu menjadi ruang buatnya menjana pendapatan, selain memberikan kepuasan melalui penghasilan kenangan istimewa buat pelanggan.

Dia pernah menghasilkan kira-kira 190 acuan, sekali gus membuktikan kemahiran yang dibangunkan sendiri boleh menjadi permulaan kepada kehidupan lebih berdikari.

Perniagaan itu kemudian berkembang menerusi Belly Memoirs. selain membina rangkaian sokongan melalui penglibatan dalam komuniti wanita termasuk Thaaimaiyin Ulagam Malaysia Association dan Women’s Aid Organisation.

Berbekalkan pengalaman, Vatsala bersama rakannya yang juga pengasas bersama, Roselin Das membangunkan Moms Village Asia Sdn. Bhd. pada 2018 sebagai platform memperkasa wanita menerusi keusahawanan dan sokongan komuniti.

Bagi Vatsala, membantu wanita bukan sekadar memberikan kata-kata semangat, tetapi memastikan mereka mempunyai sumber dan kemampuan untuk membuat keputusan sendiri.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Duka Sambutan Deepavali, Warga Tempatan Ditemukan Lemas Dalam Tragedi Kepala Air...

Sehari selepas Deepavali, V Vijayan, 36, ditemukan lemas dalam tragedi kepala air Sungai Pertak. Lima mangsa maut, tiga lagi masih hilang.