Ads

Duka Sambutan Deepavali, Warga Tempatan Ditemukan Lemas Dalam Tragedi Kepala Air Sungai Pertak

Tragedi kepala air Sungai Pertak, lima dari 8 mayat dihanyut arus deras sudah ditemui.

Kegembiraan menyambut Deepavali bertukar duka apabila seorang lelaki tempatan, V Vijayan, 36, ditemukan meninggal dunia selepas dihanyutkan arus deras dalam tragedi kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang Isnin, lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus deras. Setakat pagi Selasa, lima mangsa termasuk Vijayan ditemukan meninggal dunia, manakala tiga lagi masih hilang.

Warga Tempatan Ditemukan Lemas Dalam Tragedi Kepala Air Sungai Pertak
Kepala Air Sungai Pertak
Mayat Vijayan merupakan mangsa pertama ditemukan meninggal dunia dikesan di kawasan Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi Selasa

Sementara itu, 19 pengunjung yang terkandas di sekitar Lata Jerlus, Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah berjaya dibawa turun ke kawasan selamat, manakala tujuh individu lain turut ditemukan selamat.

Mayat Vijayan yang merupakan mangsa pertama ditemukan meninggal dunia dikesan di kawasan Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi Selasa, sehari selepas sambutan Deepavali pada 8 November lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.

“Seorang lagi mangsa ditemukan berhampiran kawasan sama pada jam 10.20 pagi, kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi kejadian.

“Semua mangsa kini dalam usaha dikeluarkan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR),” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Selasa.

Ads
Empat Lagi Mangsa Ditemukan Lemas
Kepala Air Sungai Pertak
Kepala air Sungai Pertak mengakibatkan tujuh warga asing dihanyutkan arus deras.

Kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat di kawasan hulu sungai yang menyebabkan aliran air meningkat secara mendadak sebelum menghanyutkan mangsa yang sedang melakukan aktiviti rekreasi.

Difahamkan, seorang daripada lapan mangsa merupakan warga Yaman yang sedang berkelah bersama kumpulannya manakala tujuh lagi adalah daripada sekumpulan 11 individu yang berada di dalam air di kawasan Lata Jebus.

Mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus terdiri daripada seorang warga Yaman, empat warga India, seorang warga Nepal, seorang warga Sri Lanka dan seorang lelaki tempatan.

Operasi Mencari Tiga Lagi Mangsa Diteruskan

Menurut Ashrul Riezal, operasi SAR diteruskan pada pagi Selasa dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor bagi mengesan tiga lagi mangsa yang masih hilang.

Ads

“Sektor A membabitkan kawasan Lata Jebus hingga Lubuk Pertak, manakala Sektor B dari Lubuk Pertak hingga Jambatan Dam.

“Sektor C pula membabitkan kawasan Jambatan Dam dan Sektor D di kawasan empangan,” katanya.

Kepala Air Sungai Pertak
Pihak bomba menjalankan tugas dalam tragedi kepala air yang mengakibatkan 8 hilang dan 19 lagi diselamatkan.

Selain lapan individu yang dihanyutkan arus, beberapa kumpulan pengunjung turut dilaporkan terkandas di kawasan Lata Jebus, Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah.

Ads

Bagaimanapun, seramai 19 individu yang terkandas berjaya dibawa turun ke kawasan selamat kira-kira jam 12.16 tengah malam, sementara tujuh individu lain turut ditemukan selamat.

Anda mungkin berminat dengan

Operasi SAR yang melibatkan JBPM bersama beberapa agensi penyelamat lain diteruskan bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang.

Kepala Air Sungai Pertak
Pihak Bomba menjalankan operasi menyelamat dalam tragedi ini

Tragedi ini sekali lagi menjadi peringatan tentang bahaya kepala air yang boleh berlaku secara tiba-tiba, terutama apabila hujan lebat melanda kawasan hulu sungai meskipun keadaan cuaca di lokasi rekreasi kelihatan baik.

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Wanita Malaysia

Sekumpulan Wanita Malaysia Berbaju Kebaya Di Athens, Lelaki Cina Tawarkan Diri...

Sekumpulan wanita Malaysia mencuri perhatian ketika melancong ke luar negara dengan kebaya dan kain batik di Athens. Tindakan seorang lelaki menawarkan diri mengambil gambar meninggalkan kenangan manis.