Ads

Pegang Status Ibu Tunggal Tak Mudah, Kadang Kerja Sampai Tak MakanĀ 

Status Ibu Tunggal
Status Ibu Tunggal

Realitinya tak mudah pegang status ibu tunggal, ada banyak cabaran dan kadang-kadang terpaksa berpura-pura okey di depan mata anak walau hakikatnya hampir rebah.

Pegang Status Ibu Tunggal Tak Mudah

Pegang Status Ibu Tunggal Tak Mudah, Kadang Kerja Sampai Tak MakanĀ 

Seperti yang dilalui oleh Diyana Hayani atau nama penuhnya Nur Diyana Hayani Binti Mohd Zin, membesarkan dua orang anak lelakinya bukan mudah apabila dia terpaksa keluar bekerja demi mencari rezeki dan selesaikan komitmen bulanan.

Pegang Status Ibu Tunggal Tak Mudah, Kadang Kerja Sampai Tak MakanĀ 

Bekerja dalam bidang online sebagai Live Host Cum Content Creator (Sugarbomb), wanita anak dua ini berperang dengan masa yang tidak menentu.

Ada ketika, anak kecilnya diuji dengan kesihatan yang kurang baik, membuatkan dia terpaksa uruskan hal anak dahulu. Maklumlah, dialah inbu dan dialah ayah yang setia memeluk emosi anak-anak.

Cuma apa yang menyakitkan bagi seorang ibu bekerja, dia terpaksa tinggalkan anak-anak di rumah pengasuh sebab perlu kerja lebih masa. Sesekali, terpaksa jaga anak sendirian di hospital setiap kali anak kena warded.

Besarkan Anak, Kerja Sampai Tak Makan

Pegang Status Ibu Tunggal Tak Mudah, Kadang Kerja Sampai Tak MakanĀ 

Cerita pahit yang ditelan selepas dua tahun bercerai memang bukan biasa-biasa. Pernah tidak ada duit langsung, tiada ada barang dapur dan terpaksa bagi anak makan maggie kosong.

Ads

Malahan wanita yang berasal dari Klang, Selangor ini juga menghidapi penyakit depression (MDD) dan perlu makan ubat yang diberikan doktor.

Mungkin pada orang luar, menulis emosi di media sosial hanya membuatkan aib tersebar. Tetapi hakikatnya inilah cara paling mudah untuk meluah perasaan ‘ketat’ yang dialami. Bukan mahu menagih simpati tetapi untuk kurangkan beban yang dipikul. Tulisnya,

“Nampak macam ibu steady kan. Tapi dah bertakung air mata. Dari bulan lepas ibu kerja bagai tiada hari esok sampai tak ada masa untuk anak-anak.

Pegang Status Ibu Tunggal Tak Mudah, Kadang Kerja Sampai Tak MakanĀ 

“Tapi ibu kerja demi mereka. Jadi 3 hari ini ibu cuti memang masa ibu untuk mereka.

“Permintaan abang nak pasta dan kek sahaja. Itu pun order pasta satu, kek satu slice kongsi tiga orang. Tengok macam mana dia hargai ibu.

Ads

“Semoga Allah lindungi anak-anak ibu sentiasa..”

Nafkah Pun Samar-samar, Penat Nak Meminta

Kalau tanya tak penat ke kerja macam tiada hari lain, tetapi hidup ini tiada pilihan. Hanya yang melalui akan faham situasi ibu muda ini. Nak-nak soal nafkah pun selalu tersekat. Pernah minta pada orang yang sepatutnya bertanggungjawab, tetapi hampa.

Pegang Status Ibu Tunggal Tak Mudah, Kadang Kerja Sampai Tak MakanĀ 

“Orang tak tahu struggle aku membesarkan anak sambil cari duit, kerja sampai tak tidur, sampai tak makan. Tadi pergi klik bawa anak-anak sebab tak sihat. Kemudian Daim sekarang ekzema teruk. Selalunya bawa pergi klinik pakar dekat Sri Kembangan. Banyak-banyak klinik, banyak-banyak jenis ubat, itu yang paling dia serasi.

“Lama dah eczema dia tak muncul. Tiba-tiba teruk balik. So alang-alang pergi klinik, minta lah doktor ubat untuk eczema. Tapi tak ada stock, doktor suruh beli dekat farmasi.

“Untuk klinik memang guna panel, jadi tak berbayar. Namun kalau ubat beli di farmasi, kena lah bayar. Aku beritahu lah bapanya, sebab aku memang tinggal RM17 dalam akaun. Kemudian dia cakap nak pergi CDM masukkan duit. Aku pun cam okay la, beli lah dulu.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Lepas aku bagi resit, dia hantar gambar mesin CDM tapi tak bagi resit. Banyak kali aku check akaun tapi tak masuk duit.Ā  Bila aku tanya, dia cakap dah masukkan. Entah-entah mesin itu masalah katanya. Aku yang dah biasa dengan penipuannya, terus block sebab aku dah sakit hati.

“Orang tak faham. Yang orang tah, cakap aku merentan, cakap aku cari perhatian.”

Tidak lah semuanya pahit, apa yang dilalui sepanjang jadi ibu tunggal juga mengajar dia jadi lebih kuat. Paling manis, wanita ini rasa puas kerana berjaya didik anak sendiri walaupun dalam kesibukan berkerja. Dan mampu menguruskan semua perkara. dan boleh bawa anak berjalan-jalan.

Jika ada yang mahu hulurkan bantuan ibu tunggal ini, boleh guna nombor akaun bank ini:

Maybank: Nur Diyana Hayani 162469277402

Buat ibu tunggal di luar sana yang masih mencari kekuatan untuk bangkit, carilah ‘jalan keluar’ yang membuatkan hidup anda rasa lebih selamat dan bahagia. Walau melalui hari yang sukar, tetapi pasti ada terbaik buat anda terus jalani kehidupan.

Wanita Mula Semula

Sekarang Mingguan Wanita akan adakan bengkel bengkel khas buat anda, merangkumi pengurusan kewangan serta kesejahteraan mental dan emosi, bersama barisan pakar yang berpengalaman.

Pegang Status Ibu Tunggal Tak Mudah, Kadang Kerja Sampai Tak MakanĀ 

Turut berlangsung, Sembang Wanita Xtra LIVE: Wanita Milenial, Mula Semula bersama Wani Ardy dan Syafa Nisa!
Tarikh: 5 Disember 2026 (Sabtu)
Lokasi: A.POP @ A.P. Art Gallery & Jalan Negara Kita, Taman Melawati
Penyertaan bengkel adalah PERCUMA, namun tempat adalah TERHAD! Setiap wanita berhak untuk mula semula.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
āˆž
āˆž
Ads

Cerita Lain

nieza salon

Berbaju Kurung di Framesi International Congress 2026: Shasha Masrey, Pemilik Nieza...

Bangga membawa identiti Malaysia ke pentas dunia, pengasas Nieza Salon, Shasha Masrey tampil anggun berbaju kurung dan berhijab ketika memperagakan kepakaran dandanan rambut di Framesi International Congress 2026, Marrakech, Maghribi.