Ads

Janna Nick Kecewa Bentuk Badan Dikritik Ketika Berjuang Dapatkan Zuriat, “Cukuplah Saya Dah Give Up Nak TTC…

janna nick

Janna Nick kecewa bentuk badan dikritik ketika berjuang dapatkan zuriat, “cukuplah saya dah give up nak TTC.

Janna Nick, 31, meluahkan rasa kecewa dan mengumumkan keputusan untuk menghentikan usaha mendapatkan zuriat atau Trying To Conceive (TTC) selepas tidak tahan bentuk badannya terus menjadi bahan kritikan.

Pelakon dan penyanyi itu menerusi hantaran di Threads menyatakan hasrat untuk memulakan fasa baharu dalam hidupnya dengan memberikan tumpuan kepada usaha menurunkan berat badan.

janna nick
Janna akui kecewa dengan kritikan diterima ketika dirinya berjuang mendapatkan zuriat
Janna Nick Kecewa Bentuk Badan Dikritik

Lebih menyedihkan, keputusan tersebut dibuat ketika Janna masih berusaha merealisasikan impian bergelar ibu bersama suaminya, pelakon Dini Schatzmann.

“Mulai hari ni. Saat ni. Saya dah give up nak TTC. I’m officially ending my TTC journey & I akan start my mission untuk kurus.

“THANK YOU kepada reporter mulut hangsuang yang tak habis-habis bercakap pasal bentuk badan saya. Semoga puas hati sekarang,” luahnya.

Janna Nick Terkilan Bentuk Badan Terus Dikritik

Dalam hantaran berasingan, Janna turut menyelar tindakan seorang penulis portal hiburan yang didakwa berulang kali mengulas perubahan fizikalnya sehingga membuatkan dirinya berasa terganggu.

Apa yang lebih mengecewakan, perubahan bentuk tubuhnya itu bukan berlaku tanpa sebab sebaliknya berkait dengan pengambilan ubat hormon sebagai sebahagian daripada ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.

janna nick
Pasangan bahagia ini sering hadir membuat konten2 yang menarik perhatian peminat2 mereka

Janna turut mempersoalkan tindakan individu terbabit yang seolah-olah lebih mengambil berat tentang bentuk badannya berbanding suami sendiri.

Ads

“Kalau saya gemuk dan tembam sekali pun, awak ke yang kena peluk cium saya?

“Suami saya elok saja puji, kau nak lebih-lebih kenapa? Boleh tak berhenti komen fasal bentuk fizikal saya, berapa kali nak cakap?

“Saya makan hormon dan sedang TTC. Jangan ganggu saya kalau saya tembam ke, gemuk ke, buruk ke sekali pun,” luahnya lagi.

Kenyataan itu jelas memperlihatkan rasa terkilan Janna apabila penampilannya terus dipersoalkan meskipun dia sebelum ini sudah menjelaskan keadaan yang sedang dilalui.

Pernah Menangis, Rawatan IVF Tidak Berhasil

Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan Janna demi mengejar impian memiliki zuriat.
Sebelum ini, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner itu pernah berkongsi pengalaman menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

Ads

Malah, Janna pernah menitiskan air mata ketika menceritakan kesukaran yang dihadapinya sepanjang menjalani rawatan kesuburan.

Menurut perkongsiannya pada 2024, dia hanya memperoleh lima telur ketika menjalani IVF dan keadaan itu cukup mengecewakannya.

janna nick
Janna akui sedih kerana bentuk badan nya jadi perhatian ketika dia makan pil hormon demi mendapatkan anak

Demi meningkatkan peluang untuk hamil, Janna sanggup mengubah gaya hidup, pemakanan dan rutin kerjanya selain mengambil pelbagai ubat serta pil hormon.

Pengambilan ubat berkenaan turut menyebabkan perubahan fizikal termasuk pertambahan berat badan dan masalah jerawat.

Bukan itu sahaja, Janna juga pernah memperlahankan aktiviti seni supaya dapat memberikan sepenuh perhatian kepada usaha mendapatkan cahaya mata.

Ads

Segala pengorbanan tersebut memperlihatkan betapa besarnya keinginan Janna untuk bergelar ibu biarpun terpaksa berdepan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan TTC.

Anda mungkin berminat dengan

Suami Tetap Menerima, Janna Pernah Minta Jangan Tanya Soal Anak

Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023 dalam sebuah majlis di Langkawi, Kedah.

Sepanjang perkahwinan, pasangan ini secara terbuka berkongsi usaha mereka mendapatkan zuriat.

Janna juga pernah merayu agar orang ramai berhenti bertanyakan soal anak kerana pertanyaan sedemikian boleh memberikan tekanan emosi kepada pasangan yang sedang berusaha untuk hamil.

Pada September lalu, Janna turut menjelaskan bahawa dia tetap gembira melihat rakan-rakannya hamil dan dikurniakan cahaya mata meskipun ada ketikanya berasa sayu mengenangkan perjalanan sendiri.

Kini, luahan terbaharunya sekali lagi membuka mata tentang betapa beratnya perjuangan seorang wanita yang mendambakan kehadiran zuriat.

Bagi sesetengah wanita, perubahan bentuk badan mungkin sebahagian daripada pengorbanan dalam usaha mendapatkan cahaya mata. Namun, apabila pengorbanan itu menjadi bahan kritikan, luka yang ditanggung bukan sekadar pada perasaan, malah boleh menjejaskan semangat untuk terus berusaha.

Semoga Janna diberikan ketenangan dan kekuatan untuk melalui fasa baharu kehidupannya. Apa pun keputusan yang diambil, hanya dirinya dan suami yang benar-benar memahami perjalanan serta pengorbanan yang telah dilalui.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Rosmah Mansor

Rosmah Mansor Sahkan Najib Selamat Tiba Di Rumah, Mula Jalani Baki...

Rosmah Mansor mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selamat tiba di kediaman mereka di Langgak Duta. Beliau mula menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah bermula hari ini sehingga 23 Ogos 2028.