
Rosmah Mansor mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selamat tiba di kediaman mereka di Langgak Duta. Beliau mula menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah bermula hari ini sehingga 23 Ogos 2028.
Rosmah Mansor Sahkan Najib Selamat Tiba Di Rumah

Hari ini menjadi momen yang paling ditunggu ramai selepas pelbagai isu penjelasan undang-undang dilalui sebelum ini. Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah baharu yang mengarahkan Najib menjalani baki hukuman kes SRC International di No. 11, Jalan Langgak Duta.
Perintah pelepasan lama telah dibatalkan oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin dan digantikan dengan arahan yang lebih jelas. Kediaman di Langgak Duta itu juga telah diwartakan secara rasmi sebagai tempat tahanan di bawah Akta Penjara.
Syarat denda sebanyak RM50 juta yang ditetapkan dalam pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah pun dijelaskan. Najib turut memuat naik ucapan rasa syukur di Facebook beliau bersama gambar kawalan ketat di mahkamah.
Mula Jalani Baki Hukuman Penjara Secara Tahanan

Bagi para penyokong, keputusan ini memberikan rasa lega yang cukup besar selepas sekian lama menanti. Apa yang pasti, kelonggaran ini hanya terpaksa untuk hukuman kes SRC International manakala kes lain kekal berjalan secara berasingan.
Ahli keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa tidak dibenarkan tinggal bersama bekas Perdana Menteri itu sepanjang beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah.

Anda mungkin berminat dengan
Menerusi info portal Sinar Harian, Datin Seri Rosmah Mansor sebaliknya dipercayai akan menetap di kediamannya di Pavilion sepanjang tempoh berkenaan. Manakala ahli keluarga yang ingin melawat perlu mematuhi waktu lawatan ditetapkan pihak berkuasa seperti prosedur di penjara.

download sekarang!
