
Pengasas Nieza Salon Muslimah, Shasha Masrey melakar sejarah membanggakan buat negara apabila tampil sebagai satu-satunya pendandan rambut wanita Muslimah berhijab yang diundang menyertai persembahan elit Asia Style Framesi sempena Framesi International Congress 2026 di bandar bersejarah Marrakech, baru-baru ini.
Penyertaan beliau di pentas berprestij berskala global itu bukan sekadar mempamerkan kemahiran teknikal kelas pertama dalam seni dandanan rambut malah mengangkat martabat budaya dan identiti Malaysia di mata dunia apabila tampil megah menyarung busana tradisional baju kurung lengkap berhijab rekaan Mohd Amirul Md Jonit (mode.miroljonit).

Penampilan penuh berkarisma itu berjaya mencuri tumpuan ratusan penggiat, jurugaya profesional serta lensa media industri kecantikan antarabangsa yang hadir memeriahkan kongres berkenaan.
Pentas Berprestij Himpunkan Pakar Industri Dunia
Framesi International Congress merupakan acara berprestij antarabangsa yang menghimpunkan ribuan penggiat, jurugaya dan pakar industri kecantikan dari seluruh dunia bagi berkongsi trend terkini, inovasi teknik potongan rambut, serta pertukaran idea kreatif.
Bagi edisi 2026 di Marrakech, pihak penganjur mengangkat tema besar “People Soul of the World” bagi meraikan kepelbagaian identiti serta keunikan budaya penggiat seni dandanan antarabangsa.

“Future People”: Menyatukan Modeniti dan Tradisi
Menerusi segmen persembahan utama bertemakan “Future People”, pasukan Asia mengetengahkan gabungan inovasi dandanan rambut moden bersama elemen warisan budaya dari pelbagai negara.
Di atas pentas berprestij itu, Shasha Masrey mempersembahkan demonstrasi secara langsung (live demonstration) bagi teknik potongan rambut kontemporari Asymmetric Bob sebuah gaya potongan yang menuntut ketelitian tinggi, struktur geometri yang kemas serta keseimbangan visual yang sempurna.

mode.miroljonit).Apa yang paling mencuri tumpuan dunia ialah pendirian konsisten beliau sebagai satu-satunya wanita Muslimah di pentas tersebut. Di saat kebanyakan pendandan rambut global menggayakan fesyen moden Barat, Shasha membuktikan bahawa baju kurung dan hijab adalah lambang profesionalisme yang boleh berdiri megah di pentas fesyen rambut antarabangsa tanpa sedikit pun mengurangkan nilai estetika persembahannya.
Beliau bergandingan bersama barisan pendandan hebat Asia yang turut membawa elemen budaya masing-masing termasuk wakil dari Thailand (Art), China (Oolong), serta rakan seperjuangan dari Malaysia, Kenza daripada Alph Studio.
Lambang Kebanggaan dan Potensi Salon Muslimah Malaysia
Sebagai pengasas di sebalik jenama Nieza Salon Muslimah sebuah pusat dandanan yang menitikberatkan privasi, keselesaan dan syariat buat pelanggan wanita di Malaysia penyertaan Shasha di persada global membuka lembaran baharu buat industri kecantikan tanah air.
Anda mungkin berminat dengan

Pencapaian luar biasa ini sekali gus memecahkan persepsi lama yang menganggap penggiat industri berteraskan nilai Islam sukar menembusi pasaran atau pentas profesional antarabangsa.
Sebaliknya, ia membuktikan bahawa kemahiran teknikal yang tinggi dan pegangan teguh pada identiti agama serta budaya mampu berjalan seiring untuk mencipta keunikan tersendiri.
Kejayaan Shasha Masrey di Marrakech bukan sekadar pencapaian peribadi malah menjadi mercu tanda kebanggaan negara serta inspirasi kepada bakat-bakat tempatan bahawa warisan budaya bukanlah satu tembok penghalang sebaliknya kekuatan luar biasa untuk dikenali di mata dunia.

download sekarang!
