Ads

Dr Asyraf Wajdi Berang Ayam Mentah Dihidang Kepada Pelajar, Arah Siasat Segera MRSM Tun Ghafar Baba

Dr Asyraf Wajdi berang ayyam mentah dihidang kepada pelajar, arah siasat segera MRSM Tun Ghafar Baba.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, meluahkan rasa marah dan kesal susulan aduan mengenai hidangan ayam mentah atau tidak dimasak dengan sempurna di Dewan Selera Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka, pada petang Isnin.

Isu ini tercetus luahan dari seorang ibu di threads @mimilolita yang mengakui kecewa makanan dihidangkan kepada anak dan pelajar MRSM Tun Ghafar Baba tidak masak sebelum ini mendapat respon segera dari Dr Asyraf Wajdi.

“Tergamak betul tukang masak sediakan makanan pelajar macam ni. Anak F5 SPM. Anak F4 final exam Time anak-anak tengah bergelutlah, bagi makanan macam ni. Macam tak berotak,”luahnya di media sosial.

Ads
dr asyraf wajdi
Inilah ayam tidak masak sempurna yang dihidangkan kepada pelajar petang semalam di saat pelajar sedang berjuang untuk SPM mereka oleh pengendali makanan di MRSM tersebut

Menerusi hantaran di media sosial malam tadi, beliau memaklumkan bahawa beberapa pelajar dan ibu bapa menghubungi beliau melalui WhatsApp serta mesej peribadi bagi mengadukan isu penyediaan makanan yang tidak memuaskan itu, terutamanya ketika pelajar Tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

dr asyraf wajdi
Luahan seorang ibu yang kecewa anak-anak di MRSM diberi makanan tidak masak sempurna petang semalam mendapat respon segera dari Dr Asyraf Wajdi

Menurut beliau, hasil semakan dengan pihak pengurusan mendapati kontrak penyedia makanan berkenaan hanya berbaki kira-kira sebulan sahaja lagi. Situasi itu disifatkan sebagai seolah-olah menjadi satu “trend” apabila kualiti makanan cenderung diabaikan menjelang tempoh tamat kontrak.

“Saya amat kecewa dengan sikap kontraktor yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Saya sudah minta Pengetua segera siasat dan ambil tindakan tegas malam ini juga.

Ads

“Kesian anak-anak pelajar yang bukan ramai berkemampuan untuk beli makanan alternatif di kafe atau koperasi. Apatah lagi buat pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang sedang menduduki peperiksaan SPM,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Dr. Asyraf Wajdi menambah bahawa beliau sendiri baru beberapa minggu lalu melakukan tinjauan mengejut (#Terjah) di maktab tersebut serta memberikan amaran kepada Penyelia Dewan Selera supaya memastikan penyediaan makanan menepati piawaian yang ditetapkan oleh MARA.

Sehubungan itu, pihak pengurusan MARA khususnya Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) telah diarahkan untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu berkenaan.

dr asyraf wajdi
Bukti kebanyakan ayam tidak dimasak sempurna yang dihidangkan kepada pelajar
dr asyraf wajdi
Di saat pelajar berjuang dengan SPM, inilah menu dihidangkan buat mereka

Beliau turut memberi amaran bahawa kontraktor yang cuai boleh dikenakan penalti dan disenarai hitam daripada memperoleh sebarang manfaat atau urusan dengan MARA pada masa hadapan, sambil menegaskan bahawa keuntungan yang diperoleh daripada perbuatan curang dan menyimpang tidak akan membawa keberkatan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Nak Sambut Hari Lahir

Niat Nak Sambut Hari Lahir Bertukar Jadi Tragedi, Anak Menangis Pemergian...

Hasrat seorang ibu nak sambut hari lahir anaknya bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya, petang semalam.