Bila tengok wanita yang lemah lembut dan sopan santun, mesti kita ingat dia tak boleh buat kerja-kerja lasak. Sebabnya, kerja-kerja lasak nie hanya golongan lelaki saja boleh buat. Jangan pandang enteng ye!.
Kadang-kadang personaliti lembut inilah yang boleh buat kerja-kerja lasak. Angkat tong gas, bawa motorsikal besar, angkat berat dan sebagainya. Bila wanita boleh buat kerja-kerja lasak macam ini, mulalah ada kata-kata yang negatif pula, kononnya boleh menganggu kesihatan dalaman dengan kecederaan, terseliuh dan lebih teruk katanya rahim jatuh.
Kupasan tentang Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi adalah tentang ‘Personaliti Lembut Berjiwa Lasak’. Antara personaliti yang dijemput adalah Nana Al Haleq, Jurulatih Kecergasan, Dr. Aznizasuriati Burhan, Pakar Perubatan Obstetrik & Ginelogi, Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur dan Puan Rokiah Salim, Pemandu Treler ‘Kakak Lori’.
Pendapat Nana:
“Wanita yang membuat kerja-kerja lasak ini, kecederaan yang boleh dialami tidaklah terlalu ketara kecuali kalau wanita itu telah dilatih untuk manjadi seorang atlit.”
“Begitu juga dengan angkat berat. Kalau salah teknik, ia boleh menyebabkan masalah tulang belakang dan efek pada kesihatan.
Bagi Dr. Aznizasuriati pula:
“Kalau nak dibandingkan, wanita dahulu siap berkebun dan ia tidak menjadi masalah besar jika kita tahu mengimbangkan antara risiko dengan kaedah kerja lasak yang dilakukan.
Menurut Puan Rokiah Salim atau dikenali ‘Kakak Lori’, dia menceburkan diri dalam kerjaya ini adalah untuk menampung perbelanjaan keluarganya dan anak-anak sudah tahu tentang kerja ekstem yang dia lakukan ini.
Menariknya, bila melihat Kakak Lori, seorang yang kecil molek dan kemampuannya pula membawa lori 40 tan.
“Saya seronok dengan pekerjaan ini dan sudah enam tahun terlibat dalam bidang ini. Tugas saya adalah membawa kontena turun dari kapal untuk dibaiki. Biasanya ia mengambil masa antara ½ jam dan satu jam untuk ke satu tempat.
“Walaupun kadang-kadang ada pandangan negatif masyarakat tetapi saya tidak kisah. Yang penting, kita cuba dahulu, jangan seskelai putus asa. Jangan kata kita tidak boleh lakukan.
Baca lagi di sini: Kerja Driver Lori Tak Glamor, Tapi Masyukk! Akak Ni Buktikan Wanita Pun Boleh Bawa lori Kontena!
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang topik ini, ikuti siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow bersama Siti Elizad dan Sherry Al Hadad di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam nanti.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI