Ads

Wanita Dalam Edah Dicekup Khalwat Bersama Duda di Kluang, Beri Alasan Rumah Sesak Semasa Cuti

dicekup khalwat

Wanita dalam edah dicekup khalwat bersama duda di Kluang.

Seorang wanita yang masih dalam tempoh edah penceraian ditahan bersama seorang lelaki berstatus duda selepas dipercayai berkhalwat di sebuah rumah kedai dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sini, baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, pihak penguatkuasa bertindak susulan maklumat daripada orang awam. Walaupun operasi dijalankan ketika hari cuti umum, komitmen dan integriti anggota penguatkuasa tetap diteruskan demi menggalas amanah penguatkuasaan undang-undang syariah.

Sebaik tiba di lokasi, pemeriksaan mendapati pintu jeriji di bahagian bawah premis tidak berkunci. Ia merupakan situasi biasa bagi bangunan komersial yang dijadikan bilik-bilik sewa. Anggota penguatkuasa kemudiannya naik ke tingkat atas dan memeriksa deretan bilik sewa yang terdapat di situ.

Ketukan di pintu salah sebuah bilik tidak mendapat sebarang sahutan pada mulanya. Selepas ketukan berulang kali selama kira-kira tiga minit, kedengaran bunyi bising dari dalam bilik seolah-olah terdapat barang yang terjatuh akibat keadaan cemas.

dicekup khalwat

Ads
Wanita Dalam Edah Dicekup Khalwat Bersama Duda Di Kluang

Pada masa yang sama, anggota penguatkuasa yang berkawal di bahagian luar bangunan melihat kelibat seorang individu cuba melarikan diri melalui tingkap. Pihak berkuasa segera memberikan amaran menyebabkan individu tersebut kembali masuk ke dalam bilik.

Selepas amaran keras diberikan agar pintu dibuka secara sukarela, pintu akhirnya dibuka dari dalam. Pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 27 tahun berada di ruang tersebut dengan hanya memakai seluar pendek dan baju-T.

Pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan turut menemui seorang wanita berusia 26 tahun sedang duduk di atas sehelai tilam toto dengan memakai seluar panjang dan baju-T.

Ads

Hasil Soal Siasat dan Alasan Diberikan

Berdasarkan soal siasat awal yang dikongsikan di facebook Kisah Lampu Suluh,  pasangan tersebut mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan yang sah mahupun pertalian mahram.

Siasatan mendapati bilik sewa tersebut baru sahaja disewa oleh wanita berkenaan susulan perpisahannya dengan bekas suami. Sementara itu, lelaki terbabit menetap di sebuah kawasan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi dan datang ke premis tersebut menaiki motosikal.

Apabila disoal mengenai tujuan kehadirannya pada lewat malam, lelaki yang dicekup khalwat ini memberikan alasan bahawa dia hanya singgah untuk berehat dan mendakwa rumahnya sesak dengan ahli keluarga yang pulang menyambut perayaan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Namun begitu, alasan tersebut tidak boleh diterima memandangkan kedua-dua mereka telah lama mengenali antara satu sama lain. Lelaki itu turut mendakwa bahawa wanita terbabit adalah bakal isterinya.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa status pertunangan atau perancangan berkahwin tidak menghalalkan perbuatan berdua-duaan di tempat sunyi terutamanya ketika wanita itu masih terikat dengan tempoh edah penceraian.

Tindakan Undang-Undang

Keadaan bilik yang hanya dilengkapi tilam dan barangan peribadi wanita mengesahkan bahawa tempat tersebut dijadikan lokasi pertemuan tanpa mengikut batas hukum syarak. Tindakan pasangan ini bukan sahaja mencabar undang-undang keluarga Islam, malah mengundang keresahan masyarakat setempat sehingga mendorong aduan rasmi dibuat.

Kedua-dua individu berkenaan kemudiannya ditahan oleh pihak JAINJ dan kes disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana kesalahan berkhalwat. Pihak berkuasa menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil bagi memelihara kesucian institusi keluarga dan membanteras gejala maksiat di negeri ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Inna Ddin

Inna Ddin Pilih Laluan Sendiri, Bina Identiti Dalam Dunia Fesyen

Fesyen lestari bukan sekadar tentang memilih pakaian yang lebih mesra alam, tetapi turut melibatkan cara seseorang memahami identiti, nilai dan prinsip yang ingin dibawa...